Penat

Assalamualaikum..


PENAT!

Ya, ini yang sedang aku alami sekarang ini. Penat untuk menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang sama dari orang yang berlainan. Allahurabbi..

Korang, boleh tak berhenti tanya soalan yang boleh tersebut? Boleh tak berhenti tanya soalan yang membuatkan diri ini tersentap? Soalan yang membuatkan diriku ini totally down? Boleh tak? Ada orang bertanya pasal salah satu aset terpenting. "ko tak jaga ke weh gigi ko tu?", "kenapa jadi macam tu?", "ko taknak betulkan ke?", "eee, kenapa gigi ko macam tu. eee", "peliknya aku tengok gigi ko ni", "weh, dahsyatnya gigi ko". 

Ok, ini jawapan aku untuk soalan-soalan tersebut. Tolong paham jawapan ini. Aku ditakdirkan dapat gigi yang macam ni. Bukannya tak nak betulkan. Aku nak tapi kosnya tu yang menyebabkan aku berfikir beribu kali. Kos rawatan bukanlah puluh ringgit, bukan ratus ringgit tapi ribuan ringgit. Ribuan ringgit kau tahu. Ribuan ringgit. Ye, aku tak nafikan dari kecil lagi keadaannya memang macam ni. Well, masa kecil manalah kita tau nak segankan. Kalau orang cakap pun kita fikir kejap then sambung balik main dengan kengkawan. Then lupa dengan pertanyaan tersebut.

Cuba kalau yang asyik bertanya tu di pihak aku, apa yang korang akan rasa? Mesti sama macam apa yang aku rasakan? Ya, aku kompem yang korang juga akan rasa apa yang aku rasakan sampai sekarang ni. Secara jujurnya aku sangat-sangat fobia nak berjumpa dengan kengkawan baru. Setiap kali jumpa dengan kenalan baru mesti ada yang akan tanya tersebut. Allahurabbi. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Setiap pertanyaan yang keluar tu akan disertakan sekali dengan mimik muka. Ada sekali tu, seorang hamba Allah yang baru aku kenal ni bertanya dan siap buat mimik muka yang menggelikan bila bersembang dengan aku. Allahurabbi, bercampur-baur giler perasaan masa tu.

Ya Allah, tabahkan hati aku. Aku tahu setiap orang ada kekurangannya yang tersendiri. Tiada yang lebih sempurna melainkan-Mu, Ya Allah. 

Pray for MH370


  

Tribute Song for MH370 - Amar & Magictawau Alif

Kesedihan kini melanda
Seluruh dunia menanti berita
Harapan selamat kami pinta
Sediakala seperti biasa

Segunung doa kami panjatkan
Berpolitik dini bukan tempatnya
Tiadak ada yang lebih berkuasa
Hanya Engkau penentu segala

Andainya kau di langit turunkanlah
Andainya kau di bumi temukanlah
Andai di alam lain singkapkanlah
Pada-Mu Allah kami berserah

MH370 muncullah ...


Allahuakhbar, dah masuk hari keenam Malaysia kehilangan pesawat MH370. 
Di manakah kedudukan sebenar MH370?
Pelbagai andaian dan spekulasi yang dibuat oleh semua orang.
Terhempas, dirampas oleh pengganas, termasuk ke dalam segi tiga bermuda dan sebagainya.
Allahurabbi.

Ya Allah,
Temukanlah kami dengan pesawat MH370 ini.
Permudahkanlah urusan pencarian tersebut.
Kuatkanlah hati ahli keluarga yang terlibat.
Tabahkanlah hati mereka.
Cekalkanlah jiwa mereka.

Duhai manusia segenap alam,
Marilah kita berdoa agar krew dan penumpang yang terlibat selamat dari segala musibah
Janganlah engkau tambahkan lagi andaian dan spekulasi yang semakin rancak ini.
Hentikanlah perkara yang tidak benar itu.
Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga yang terlibat.

Duhai tok bomoh,
hentikanlah perbuatan tersebut
sesungguhnya perkara tersebut amat memalukan Malaysia.
Dunia melihat perbuatan tersebut
Tidakkah engkau berasa malu dan segan?

#letsprayforMH370


Travellog : Street Art, Ipoh

Assalamualaikum.

Ehem, buat pertama kalinya pergi ke Street Art. Street art dekat Penang ke? No! No! No! Street art ni dekat Ipoh. Wah! Makin maju Ipoh. Lepas satu, satu yang diorang wujudkan. Btw, masa pergi penang awal bulan 1 hari itu plan asalnya nak pergi ke street art sana dengan kesayangan tapi terpaksa tukar plan saat-saat akhir. 

Apa yang ada dekat street art ni. Kalau korang pernah pergi street art yang dekat Penang confirm korang boleh bayangkan apa yang ada dekat street art Ipoh. Lukisan? Yeah lukisan. Lebih kurang macam mural. Siapa yang minat seni sudah tentu paham maksud lukisan tersebut. Tapi kan korang, kalau dekat street art ni orang yang tak paham bahasa seni macam aku ni pun boleh paham dan olah maksud lukisan tersebut.

Sebenarnya, aku tak pernah tahu pun tentang kewujudan street art ni. Ini suratan atau kebetulan aku pun tak tahu nak bagitahu macam mana. Kalau ikutkan hari selasa minggu lepas search street art dekat Google. Tiba-tiba keluar yang dekat Ipoh punya. Baca dan terus baca. Woah, macam menarik dan terdetik dalam hati nak pergi bila balik Ipoh. Masa keluar dengan kesayangan tiba-tiba beliau ajak pergi street art ni. Teruja habis beb! Tq awak. Hee. Gigih google dekat mana tempatnya. Cari punya cari akhirnya jumpa. Senang aje nak pergi tempat tu. Selalu sangat lalu ha. Ok, jom terjah apa yang ada kat sana.

 
 
 
 
 
 

 
 
 

Cantikkan? Setiap gambar ada maksudnya yang tersendiri. Kalau dilihat pada setiap lukisan ni korang sendiri dapat tengokkan tentang kebudayaan, persahabatan, permainan traditional, permainan zaman budak-budak dan sebagainya. Antara banyak-banyak lukisan yang ada dekat street art ni aku paling suka gambar kat bawah ni. 

 

Seriusly nampak cantik sangat. Tengok keadaan dinding yang macam berlumut tu menambahkan lagi kecantikan gambar ni. Pandai betul siapa yang punya lukisan ni. Kalau tak silap budak cina yang lukis. Thumbs up! 

So, warga Ipoh tunggu apa lagi. Manfaatkan apa yang ada dekat Ipoh ni. Oh ya, memandangkan tahun ni Tahun Melawat Malaysia rasanya bolehlah dijadikan salah satu tempat tarikan di Ipoh. Promote! Promote!

Gusiku digunting

Assalamulaikum..

Salam 1 Malaysia dan salam 1 Ipoh. Hee. Heaven gila bila setiap minggu balik rumah. Kena bebel tak dengan mak? Haruslah! Mahunya beliau tak membebel. Tapi bebelan beliau tu aku jadikan suatu kuatan untuk terus balik rumah. Haha! 

Ok, pagi tadi pergi ke klinik gigi dekat Sungai Siput. Klinik yang biasa family kitorang pergi setiap kali gigi sakit ke berlubang ke nak cabut ke. Macam yang ku pernah cerita dalam entry sebelum ni berkenaan gigi geraham bongsu tu. Klinik S. P. Dental Clinic. Wajib datang kalau korang sakit gigi. Disyorkan sangat-sangat.

Ceritanya begini. Kan last wik aku menderita sakit gigi akibat geraham bongsu. Sakit ya rabbi kau tahu! So, pagi tadi pergi dan sampai-sampai nama terus dipanggil oleh bini doktor tu sendiri. Dup dap dup dap! Doktor datang dekat aku then aku terus bagitahu pasal gigi bongsu. Doktor ni bagitahu dekat klinik dia, dia tawarkan 2 cara untuk rawatan gigi bongsu. Cara pertama dengan menggunting sikit gusi-gusi dekat area gigi geraham bongsu tu. Cara kedua pula tak lain tak bukan cabut gigi tersebut. Tapi cara kedua ni kena operate la. Korang nak operate gigi or gunting gusi? Sila pilih demi kebaikan diri anda sendiri. Doktor cek dekat are gusi yang bengkak tu dan kata beliau dah surut sikit. Beliau minta aku kumur dengan air garam untuk surutkan lagi bengkak.

Lepas tu beliau terangkan keadaan gusi aku. Rupa-rupanya macam dalam gambar yang aku bulatkan kat bawah ni. 


Gigi bongsu aku ni tumbuh secara normal tapi itulah yang menyebabkan gigi sakit bila ada daging-daging gusi dekat atasnya. Nak tahu tak pilihan aku tadi apa?


Nampak gambar gunting kat atas ni? Inilah pilihan yang aku buat. Gunting gusi beb! Ngeri dan seramkan? Tapi demi kebaikan gigi ni jugak aku buat. No choice sebab aku lagi takut operate gigi dari gunting gusi. Sebelum doktor lakukan step seterusnya dia cucuk dulu gusi. Tak terasa sakit pun dia cucuk. Bila gusi dah kebas barulah dia sambung sesi menggunting tu. Btw, masa doktor ni buat kerja dia, aku boleh dengar macam mana bunyi gunting. Boleh bayangkan tak macam mana bunyi korang gunting kertas atau macam mana kain digunting? Haha! ngeri beb. Tapi memang tak sakit. :)

Tak lama pun masa yang diambil. Cuma 10 min macam tu je. Tengah leka kena gunting tiba-tiba doktor kata "ok, dah siap". Fuh! Selesai sudah sesi gunting gusi ni. Part paling tak best kena makan ubat lagi. Huaaa..


Happy Birthday, Kesayangan



 

Ehem2. 
Dah 7 Mac 2014 rupanya.
Special day for him!!

To my dear,
im wishing you ...

HAPPY BIRTHDAY ...
HAPPY BIRTHDAY ...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ...


Let the numbers of years you have lived
NOT 
be a reminder of how old you are
BUT
see it as a medal of all you have been through in life.


and i hope that you will

surrounded with Happiness,
filled with Laughter,
brightened with Fun,
Blessed with loved one *ehem*,
remembered with Joy
AND
enriched with hopes
AND ALSO
may Allah SWT bless you.


From the bottom of my heart,
<3 LOVE <3

Renungan untuk kita semua

Al-kisah ...

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik[truncated by WhatsApp]


========================================================================

Ayat ni dapat dari whatsapp. Kengkawan copt paste dan aku pun share la dekat sini. Sebagai renungan kita bersama. Btw, dah habis baca? Dapat pengajaran daripada cerita ni? So, moral of the story beringat! Pada pendangan dan pendapat aku la, perkara macam ni memang kena pratik dan praktis dari awal lagi. Aku tukar situasi dalam cerita ni kepada pasangan yang tengah bercinta ye. Maksudnya begini kengkorang yang tengah dilamun cinta tu cuba-cubalah amalkan amalan GIVE & TAKE. Paham ke tidak maksud give & take ni? Dipendekkan cerita begini, aku bagi situasi dan korang hadam serta pahamkan situasi ni.

Situasi Pertama :

Girl : Awak, jom tengok wayang. Lama lah tak tengok. Banyak cerita baru sekarang ni.
Boy : Ok awak. Jom.

-: Situasi di panggung wayang :-

Boy : Awak pilih la nak cerita apa. Saya ok aje.
Girl : Ok, cerita ni lah awak. Jom tengok Robocop. Orang kata cerita ni best giler!
Boy : Ok awak. *senyum sambil buat bayaran*
Girl : Awak, saya laparlah. Kita beli Set B ye? Tapi awak belanja boleh?
Boy : Boleh awak. 
Girl : Yeay! 

Situasi Kedua (di kedai makan) :

Boy : Awak nak makan apa?

Girl : Saya nak makan kuewtiaw kungfu, air fresh oren
Boy : Ok. Saya nasi goreng kampung dan teh ais.

-: Selesai makan :-

Boy                : Bang kira. *sambil lambai dekat budak kedai*
Budak Kedai : Semuanya RM16.50
Girl              : Awak belanja ye?
Boy              : Ok awak. *Hulur duit dekat budak kedai*
Girl             : Tq. Heee




So, dari situasi ni korang boleh pahamkan apa itu amalan give & take yang macam aku cakapkan? Korang, kalau nak keluar dating tu jangan la asyik minta cik abang korang belanja dan bayarkan semua yang korang nak. Kengkadang, kita tak tahu pun berapa banyak wang yang dia masih ada sementara nak tunggu gaji yang akan datang. Jangan minta yang mahal-mahal. Berpada-padalah wei. Kesian dekat cik abang korang tu. 

Apa salahnya masa korang keluar dating tu, masa nak pergi tengok wayang ke makan ke korang bahagi-bahagi bayar. Contoh macam situasi dekat atas ni. Kalau si pakwe bayar tiket wayang, si makwe pulak bayarlah set makanan. Korang kan sama-sama nak makan. Tak pun buat macam ni. Kalau si pakwe bayar tiket wayang dan set makanan, si makwe pulak bayarlah masa dekat kedai makan. Vice versa gitu. Barulah adil dan saksama. Kata saling sayang-menyayangi dan cinta-menyintai antara satu sama lain. Kata nak susah senang bersama. Kata nak hidup sesama mati sesama.

Btw, bila baca cerita ni dekat whatsapp tadi terus terdetik semoga aku dielakkan dari menjadi isteri yang macam ni. Slumber aje tuduh suami sendiri tanpa dia ketahui situasi suaminya yang sebenar. Oh ya, aku selalu dengar orang cakap macam ni "duit suami adalah duit aku dan duit aku adalah duit aku" Come one! Jangan sewenang-wenangnya cakap macam tu. Kesian suami weh! Kalau korang suami isteri bekerja cubalah bahagi sama rata bil-bil yang nak dibayar. Jangan bebankan semuanya dekat suami. Kejap! Bagi aku tak salah kalau korang nak cakap macam tu tapi beringatlah. Memang tugas seorang suami bagi nafkah zahir dan batin dekat isteri dan keluarga. Sediakan wang, makan, minum, pakaian dan tempat tinggal untuk anak dan isteri. Huhu.

Berpada-padalah wahai kaum hawa semua. Cerita kat atas ni kita jadikan pengajaran. Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Semoga kita dielakkan dari perangai seperti itu. Amin..

Penangan Geraham Bongsu

Penulisan hari Jumaat yang lepas :

Selalu asyik dengar aje kengkawan cerita pasal gigi bongsu. Kata mereka "sakit giler kau tahu. Rasa nak tumbuk orang aje masa tu". Ya, aku admit apa yang diorang katakan tu sangat betul. Tepat 200%. Di saat ini ku rasakan kesakitan yang maha dahsyat. Ya Allah, kurangkan kesakitan ini. Huaaa.

 

Rasa sakit ni ditambah lagi perasanya dengan sakit tekak, ulser dan bibir merekah. Haiya! Sabar ajelah. Pagi tadi kurang sikit sakitnya tapi sekarang Allah saje lah yang tahu. Cop! badan tetiba rasa semacam. Rasa tengkuk jap. Ahh sudah, panas. Kepala tetiba berdenyut. Jenuhla aku hari ni. Dah la harini nak balik Ipoh.

Sambung hari ni :

Ya Allah, maha dahsyat sakit bila geraham bongsu nak keluar. Orang yang pernah kena aje tahu macam mana dan betapa sakitnya mulut masa tu. Ok, sambung al-kisah minggu lepas. Sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh sakit tu memang sakit. Tapi memandangkan mata dah mengantuk dapatlah lelapkan mata sampai dah masuk Perak. Elok saja bus cecahkan tayarnya dekat area Tapah (kalau tak silaplah) gusi makin berdenyut. Hampir melelehkan air mata masa tu. Bila dah sampai dekat Terminal Amanjaya kesayangan suruh beli Hurix's iaitu ubat sakit gigi. Nasiblah ada. Setel bayar terus cari seat letak beg amik air dan terus telan ubat. Homai, ambil masa jugak nak kurangkan sakit ni. 


Keesokannya, pagi-pagi lagi dah ajak mak pergi klinik. Ok, part ni memang aku rasa dugaan sangat-sangat. Korang bayangkan sampai 3 buah klinik kitorang pergi. Mari aku cerita satu-persatu. Macam biasalah kalau sakit gigi kitorang akan pergi ke Sungai Siput. Ada satu klinik ni memang kitorang rasa comfortable sangat dengan layanan doktor. Buat kerja pun sangat lembut dan cermat. Tapi malangnya klinik ni tetiba off masa tu. Sabar aje lah. Kemudian, mak ajak pergi klinik dekat area Meru Raya. Dah sampai dan dengan harapan doktor ada tapi harapan memang punah sepunahnya bila ternampak perkataan CLOSED dekat pintu klinik ni. Allahurabbi. Masa ni mata dah berair ha. Sakit kau tahu! No choice mak kata pergi UTC. Sampai dekat klinik gigi 1 malaysia tu ramai giler orang. Kalau tunggu tak tahu turn no berapa dan tak tahu berapa jam kitorang akan tunggu sampai no giliran sendiri di panggil. Bak kata nurse kemungkinan besar 1/2/lebih dari tu. Ok, amibil keputusan balik. Dalam hati berdoa semoga sakit ni akan berkurangan. Dalam kereta teringat aku ada ambil name card doktor kat klinik gigi Meru Raya tu. Terus call dan buat appointment pukul 5 petang hari tu jugak.

Selesai jumpa doktor. Alahai dia cek x sampai seminit pun. Bukak mulut dan sudah. Tercengang masa tu. Untuk melambatkan masa suruh cek area gigi sebelah kanan jugak. Itu pun tak sampai seminit. Sangat tak berbaloi tunggu lama-lama. Menurut beliau sakit ni disebabkan geraham bongsu. Masa aku tercengang tu terus dia kata "ok, lagi 3 hari awak datang buat minor operation". Operate gigi? Dah la tak cakap apa-apa selain geraham bongsu then terus cakap macam tu. Mahunya terkejut segala urat kat badan ni bila dengar perkataan operation tu. Aku tanya lagi "kalau tak buat buang bolehkan?" Jawapan dan memek muka doktor ni paling menyakitkan hati aku. "boleh tapi tanggung sendiri la!. Tu gigi lagi satu bila nak buat betulkan?" Fine! Keluar dari bilik pemeriksaan dengan perasaan yang macam hape aje. Bayar dan balik. 3 jenis ubat dan cek-cek semua tu RM50. 


Sampai sekarang ni masih lagi berfikir sama ada nak buang atau tidak geraham ni. Kalau difikirkan pasal sakit ni jangan cerita la. Kemungkinan besar bakal buang. So, tunggu balik la. Nak buang sekarang pun still tak boleh sebab bengkak dekat gusi ni tak surut lagi. Bahaya kot buang masa gusi tengah bengkak. Tak silap aku ada efek. Huhu! Semoga cepat hilang sakit ni.

Ok, sekian saja untuk hari ni. Bye!