Walimatulurus : Cikros dan Hazman

Assalamualaikum Salam Ahad semua. Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Korang puasa ke tak ni? Berbalik kepada tajuk entry ini sebelum aku teruskan ayat sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada bff aku iaitu Lina aka Cikros dan pasangannya Hazman. Aku doakan semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke syurga. Amin!

3 hari aku menetap dekat rumah Cikros. Suasana, persekitaran dan yang paling ketara sekali adalah bahasa diorang. Nasib baik aku paham jugak penggunaan bahasa diorang ni sebabnya sejak dekat Uniten lagi kengkawan aku ramai dari kalangan Pantai Timur. Ok, nak kata paham sepenuhnya tipulahkan. Kengkadang blur jugak dan nasib baiklah Puan Cikros kita ni baik hati jadi translator aku. Haha!

Pengalaman naik bas ke pantai timur seorang diri bagi aku agak mencabar. Sebab apa mencabar? Salah satu sebab adalah aku sendiri tak biasa dengan keadaan dalam stesen bus Putra. Walaupun dekat je dengan rumah sewa tapi aku decide keluar ke sana 1 1/2 jam awal walaupun bus bertolak pukul 9.30 malam. Sebenarnya aku takut nak jalan seorang diri dari stesen LRT PWTC tu. Padahal pukul 7 aku sampai sana tengok ramai je orang. Apalah aku ni. Bukan apa fikirkan keselamatan diri sebenarnya. Yelah, sekarang ni kan macam-macam kes. Menakutkan weh! Dah la belum kahwin lagi. :p. 1 1/2 jam tunggu akhirnya pengambaraan ke sana pun bermula. Dengan lafaz bismillah dan berbekalkan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan diri aku mulakan pengambaraan dengan hati yang berdebar.

Alhamdulillah, sampai di sana 10 minit sebelum Subuh. Syukur perjalanan ke sana berjalan dengan lancar. :) Sampai je rumah Cikros terus solat dan kemudian sambung balik tidur. Haha! Pukul 7 bangun dan tak banyak benda yang dibuat pagi tu. Sebelah malam bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Berdebar jugak masa majlis akad nikah tu berlangsung. Tak tahu kenapa setiap kali sahabat baik aku akad nikah aku yang terlebih gementar. Bak kata orang putih "I feel what you feel". Over sangat tau!

Majlis akad nikah berlangsung di masjid berdekatan. Hujan turun dengan lebat seolah-olah meraikan 3 pasangan pengantin pada malam tersebut. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Usai akad nikah apa lagi bergambar la weh!

kiri : harus berselfie berdua dengan Pn Minah
kanan : yeay! officially Pn Cikros
Majlis yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kau cantik weh masa ni. Suka tengok! Dok berangan macam manalah muka aku nanti kalau dimake up. Kahkah! Kemain serba hijau kau, Cikros.


Ketara betul kependekan aku dalam gambar ni. Haha! Its ok, orang pendek ni kan comel. *ttdmka*. Majlis berakhir lewat petang. Tapi pukul 5.45 petang aku minta izin dari Cikros nak keluar dengan Minah. Jenjalan dekat KB Mall, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Wakaf Che Yeh. Best sebab first time sampai dekat 3 tempat ni. Hiks! Tapi sayang 1000x sayang sebab PCB tengah dibaikpulih. Sampai aje dekat sana terus patah ke next destination iaitu Wakaf Che Yeh.

Esoknya, last day aku dekat sana. Sebelum balik kitorang makan kenduri lagi sekali. Kali ni dekat rumah husband Cikros pulak. Ala, macam biasalah adat menyambut menantu.

  
 

Ok, mari nak cerita serba sedikit tentang adat-adat orang sana. Ada yang sama seperti kita orang belah utara dan selatan. Apa yang membezakan adat yang biasa aku tengok adalah :

1. adat mengenal pengantin / menantu
adat ni first time aku dengar. Tak pasti korang pun first time atau dah banyak kali dengar. Masa tengah sibuk pack goodies beg diorang ada la sebut perkataan mengenal ni. Aku dengar je tapi dalam hati tertanya-tanya. Bila dah sampai waktu bersanding tu tetiba mak andam Cikros cakap "ok, sekarang kita buat sesi mengenal dulu". Ok, dari saat itu aku baru tahu adat mengenal diorang macam mana. Erm, sebenarnya adat ni ada je kita-kita belah utara dan selatan buat. Tapi dalam versi lain. Macam family aku biasanya sesi pengenalan suami/isteri pengantin tu kitorang pergi berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Tapi diorang punya adat macam ni. Kedua-dua pasangan pengantin diminta duduk dibawah sambil berlutut dan kemudian ahli keluarga belah pasangan beliau akan bersalam sambil hulurkan sedikit sumbangan. Kemudian duit yang beliau dapat diletakkan dalam bekas yang telah disediakan di sebelah beliau. Boleh bayangkan tak? Maaf la weh, masa ni terlupa betul nak ambil gambar. :) Duit-duit yang ada dalam bekas tadi sepenuhnya hak milik pengantin perempuan tersebut. Peh Cikros, belanja aku pelizzzz. Ahaks!

2. hantaran / mas kahwin
biasanya kita dengar mas kahwin hak milik pengantin perempuan sepenuhnya kan? Tapi bagi adat di sebelah sana hantaran adalah mas kahwin untuk pengantin perempuan.

3. majlis menyambut menantu
sebelum aku mulakan ayat untuk part ni nak cerita sesuatu. Macam biasalah kan kalau pengantin lelaki bersanding pada hari tu malam tersebut beliau akan menginap di rumah mak mentuanya. Alkisah aku macam ni, Pagi ahad tu aku bangun dari tidur lalu Cikros pun kata "weh, pergilah masuk dalam bilik aku tu. Ko bersiap dekat sana. Laki aku tak ada dia dah balik rumah". Masa tu aku blur giler sebabnya kenapa pulak laki si Cikros ni balik rumah mak dia pepagi buta. Lepas tu beliau terang pasal adat depa memang macam tu.

Ok, berbalik kepada part sambut menantu ni. Rupa-rupanya adat menyambut menantu sebelah sana memang berbeza dengan apa yang pernah keluarga aku buat. Diorang punya adat macam ni. Pagi-pagi lagi si suami akan pulang ke rumah maknya. Bersiap di sana dan kemudian tunggu rombongan isteri beliau sampai di rumahnya. Ha macam tu.

Erm, ok lah itu sahaja! Kepada Cikros dan Hazman sekali lagi aku ucapkan tahniah dan cecepat bagi dapat baby yang comel-comel ye. Hiks!

Reunion SKCC Batch '97

Assalamualaikum.

Reunion yang diplan menjadi kenyataan. Memang dah lama sangat tak jumpa kengkawan SKCC batch '97. Bertahun mencari diorang terutama sekali yang berpindah awal ke sekolah yang lain. Perasaan bila jumpa semula dengan diorang walaupun tak semuanya dapat hadirkan diri sememangnya seronok. Teruja! Kalau ikutkan ni perjumpaan kedua yang diplan oleh kami semua. Actually masa sesi perjumpaan yang pertama aku tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.


Macam-macam yang diplan. Alhamdulillah, segala yang kami plankan tu terlaksana dengan jayanya. Niat aku nak bawa diorang ke Street Art Ipoh akhirnya berjaya. Ingatkan aku sorang je budak Ipoh yang tak tahu tentang kewujudan Street Art tapi rupanya diorang pun sama. Haha! Nasib dah pergi awal dengan kesayangan. :) Kalau tak jenuh jugak nak mencari. Sebelum hari kejadian tanya diorang kali ni nak hangout ke mana. Disebabkan plan diorang macam biasa sahaja so aku cadangkan pergi ke Street Art. Bukan main eksaited bila aku aku share gambar Street Art.

So hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 24 Mei 2014 semua orang berkumpul dekat Padang Polo. Tempat yang sepatutnya kitorang berkumpul terpaksa ditukar sebab masa tu pun dah lewat petang. Lagipun bebudak ni nak ambil angin dekat sana. Apa yang penting hajat aku nak makan laksa terlaksana. Wakaka! Aku dan laksa sememangnya tak dapat dipisahkan. :P

Makan sembang dan gosip dekat lori pikup Laksa Ipoh. Laksanya kemain pedas. Disebabkan semua dah besar gedabak kekonon si Seha kata nak kembali ke zaman kanak-kanak. Maka pergilah kitorang lepak pula dekat port buaian sambil makan aiskrim. Lalala. Lepas tu? Actually, masa lepak dekat buaian tu kitorang tengah tunggu lagi seorang. Boleh pula masa tu dia kerja. Its ok, cari rezeki punya pasal. Hee.

Bila semuanya dah ada tempat yang dituju adalah.. Err kejap. Lupa oi pergi mana. Haha! Kejap na. Ok dah ingat. Next place adalah Street Art. Yeppi Yabedabedu. Dalam hati sumpah cuak sebab yelah manalah tau tetiba depa kata "alorh, tempat ceni ke?, alorh macam ni je, alorh lukisan ceni". At that time kalau itu yang keluar dari mulut depa aku rasa memang down giler. Bhaha! Tapi alhamdulillah diorang memang teruja habis weh. Ada yang kata "weh, tempat ni lah yang aku cari selama ni. Dekat sini rupanya". See! Fuhh!

 

Ok, setel dekat Street Art. Penat bergambar sakan dekat sana terus shoot ke McD. Yummy! Btw, thank Marlina sebab treat kitorang. Kalau aku tau ko nak belanja memang big mac aku order. Haha! Bukan main lagi depa ni mengata Najmi. Hoi! Sape suruh ko kawen dulu. Kan dah kena ngata dengan bebudak ni. Wakaka! 

 
Dah kenyang. Puas mengumpat. Depa nak buat sesi sumbangkan suara yang sememangnya sudah sumbang tu. Bebudak ni suka beno karok. Aku dah la malu nak karok. Tapi dalam segan tu ada jugaklah sumbang 2 lagu. Bhahaha! Ayat depa masa aku nyanyi "comelnya suara ko". Kurang asam gelugur betul la depa ni. Tau la suara aku tak sesedap korang. Nganjing lebih. Haha. 


Maaf gambar kabur. So, selesai sudah reunion SKCC batch '97. Next gath kenduri kahwin Najmi dan pasangan. Tahniah! 

Secret Laxing, supplemen yang menakjubkan penggunanya

Assalamualaikum.

Hai korang. Ingat lagi tak entry sebelum ni aku pernah cerita tentang supplemen Secret Laxing? Ok, pada yang belum tahu lagi kebaikan dan khasiat supplemen ni korang boleh baca dekat entry ini. Nak tahu tak apa yang aku rasa selama 4 minggu mengamalkan supplemen SL ni? Walaupun baru 4 minggu tapi kesannya sedikit sebanyak sudah muncul.


Al-kisah masa balik kampung salah seorang cikgu tadika tempat mak kerja tegur "eh Wa, dah kuruslah. Ko diet ke?". Masa dia cakap tu aku buat dek je sebab tak percaya. Tang mana ntah kurus. Balik rumah terus tengok dekat cermin. Ala sama je. Lagipun badan aku memang tak fixed mana. Kadang-kadang nampak kurus dan kadangkala nampak sangat mokmok. Hiks! Itu yang tak terasa sangat.

Kalau korang nak tahu sebelum mengamalkan Secret Laxing aku memang payah nak membuang. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang tu memang ambil masa 3-4 hari jugaklah baru proses  pembentungan berlaku. Tapi sekarang ni tidak weh! Seronok sangat ha. I tell you, supplemen ni memang berkesan untuk golongan seperti aku. Selepas menggunakannya aku lebih kerap ke tandas. Kalau sebelum ni kena tunggu 3-4 hari tapi sekarang setiap hari. Dari apa yang aku alami sendiri 2 jam selepas minum supplemen Secret Laxing perut terkinja-kinja nak ke tandas. 

Lagi satu apa yang aku perasan juga pinggang seluar dah longgar sedikit. Ehem! yippi. Happy? Ya, aku sangat, sangat dan sangatlah gembira dengan keadaan ini. Tang peha pun dah kecut sikit. Alhamdulillah.


Ehem, nak tahu lagi? Masa aku buat revision pasal supplemen Secret Laxing ni ada orang kata nafsu makan akan berkurangan. Pada mulanya memang tak percaya. Tapi bila dah amalkan Secret Laxing kata-kata tersebut ternyata betul. Seriusly, aku sememangnya seorang yang banyak makan dan cepat lapar. Makan setiap masa tapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Senang cerita makan secara berkala. Ha gitu! Tapi dalam masa 4 minggu ni keadaan seakan berubah. Dalam sehari tu boleh dikira berapa kali aku makan. 

gambar terbaru. tak ada gambar seorang. :)
So, korang dah tahukan betapa berkesannya supplemen Secret Laxing ni. Tunggu apa lagi weh. Cepat dapatkan supplemen ohsem ni. 100% dijamin halal. Bagaimana untuk dapatkan supplemen ni? Mudah sahaja. Korang hanya pergi ke salah satu dari senarai page Secret Laxing dan order di situ.


Oh ya, sebelum itu kesan dari supplemen ni tak akan nampak sangat kalau korang hanya duduk diam dan tunggu kesannya datang sendiri. Jangan lupa. Disamping mengamalkan supplemen Secret Laxing korang juga perlu bersenam. Ala paling kurang pun kalau tak ada masa sangat berjalan pun boleh. Bagi keluar sikit peluh dalam badan tu. :) Jangan lupa juga perbanyakkan minum air dan makan buah.

Semoga apa yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk korang semua. Tak salah kalau hendak mencuba benda baru. Apa yang penting korang kena pastikan apa yang korang ambil tu dapat pengiktirafan dari pihak KKKM dan halal untuk digunakan. :)

Sekian, wassalam.