Travellog : Percutian ke Pulau Pinang - Part 1

Assalamualaikum. Peringatan! Entry kali ini memang panjang berjela dan kemungkinan akan ada sambungannya. :) Percutian kali ni bersama sahabat sekolah rendah. Pada awalnya kami plan untuk ke Krabi tetapi memandangkan mata wang Malaysia dah jatuh mendadak dan kebetulan pulak ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka kami semua ambil keputusan untuk bercuti dalam Malaysia sahaja. Eh, banyak tempat yang kita boleh pergi walaupun dalam negera sendiri. Sejujurnya, Perak tempat kelahiran aku sendiri pun aku tak habis teroka lagi. So, untuk ke luar negara kita tunggu plan yang akan datang. InsyaAllah jika dipanjangkan umur. Setelah perbincangan dibuat kami ambil keputusan untuk bercuti selama 3 hari (rabu hingga jumaat). Kami pergi...

Walimatulurus : Marlina dan Firdaus

Assalamualaikum.  Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi. Salah seorang sahabat baik aku dari sekolah rendah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah Marlina dan Firdaus. Amboi! Aku yang gatal dulu tapi kau yang kahwin dahulu. Hee.    Majlis akad nikah dan bersanding diadakan pada hari yang sama. Jimat sangat dah tu. Lagipun satu negeri. Kita permudahkan segalanya. Majlis akad nikah berlangsung di Surau Kampung Ulu Chepor Tambahan. Tepat jam 10:30 pagi mereka berdua sah bergelar pasangan suami isteri. Allah, sebaknya Allah sahaja yang tahu. Kalau aku nanti macam manalah. Hee. Majlis akad nikah diorang simple dan mudah je. Akad nikah-majlis batal air sembahyang-balik.   Selesai semua upacara akad nikah...

Pages 381234 »