ceritera reunite..




semalam best glerrr.... dapat reunite balik dengan kawan sekolah rendah..lama sesangat tak jumpa dengan budak sorang nih...kan sayahidah kan... rindu gler kat ko..last kitorang jumpa pun raya 2 tahun lepas..2 tahun.. lame tuh,.. chat punya chat kat fb kitorang plan nak jumpa balik memandangkan masing-masing ada kat kl..actually, plan nak kuar bertiga dengan sorang lagi kawan kitorang tapi last minute dapat mesej dari dia mengatakan tak dapat join sebab nak siapkan assignment.. orite roopa.. next time keyh...

plan nak jumpa kul 10.30 kat central market alih-alih kul 11.30 bru jumpa..sebabnya dah terlepas tren pada mulanya..tunggu punya tunggu terlepas lagi sebab dah full.. ok, part ni bengkek cket sebab manusia-manusia dalam tren tuh dok bertenggek kat pintu... padahal luas gler kat ruangan tengah.. bengkek!! tunggu lagi 30 min.fuh, nasib baik dapat naik.. tapi apa ak dapat? kena tolak kaw-kaw dengan minah senget mane ntah.. woit2.. x beragak langsung then ada plak 3 orang mamat indon x silap aku dok bertenggek kat dalam coach wanita.. sampai bts kena sound dengan warga polis.. hamek kau. padan muka.. hahaha..

sampai sudah kl sentral.. opsss, 11.25 daaa.. sian kawanku.. lama dah menunggu..sory beb.. bukan salahku.. :(.. amik tket terus ke masjid jamek..wahhh, best gler jumpa.. kata ak masih ganas..hahhaa... wuteva la mokcik.. jenjalan jap kat situ sambil cuci mata.. ramai betul manusia. pedulik hape.. redah sajaaa.. abis pusing terus ke central market cari kedai medal tuk adik aku sorang nih... medal tuk tournament.. nasib baik jumpa.. survey then deal dengan orang kedai tuh.. 

eh eh! ada novelis laa.. sha ibrahim penulis novel biarkan rindu berlalu & ridha reenawani (merah cinta epal). nice to both of u, sis & bro.. novel korang memang best.. 


wif kak sha..
next place midvalley.. abiskan masa kat sana.. dan lunch time..



thank u soo much my bff.. next time treat ak g eh.. rugi ak tak order bebanyak..hehehe... 4.30pm pulang ke rumah.. home sweet home..

p/s : next plan genting dengan budak chepor... batch kita je keyh!!




tamat sudah riwayat sang beruk







Merah Cinta Epal





hua. hua. hua. lame bebenor tak update belog ni. actually, bukan sengaja tak update tapi masa tak mengizinkan. erkk. berfesbuk tweet-tweet sempat pulakkan? apa pun tak boleh..
nampak tajuk entry nih? haaa.. agak-agaknya pasal apa eh.
cintan? cintun? epal? ce teka ce teka..

tak dapat? tak apa.. hangpa dengar bek-bek ye..
baiklah anak-anak  rakan-rakan sekalian..
arini cikgu saya nak review 1 novel nih.
eh cop-cop sebelum tu. sapa yang minat baca novel? sila angkat ketiak.. luas-luas tau.. hik3.
novel ni diberi nama MERAH CINTA EPAL
mesti hangpa sekalian pelik noh kenapa namanya sebegitu rupa..
hang tanya ceq, manalah ceq tau.. dah penulisnya bagi nama macam tuh..
erk..loyar buruk pulakk.. orite, straight to the point..



ni sinopsis novel nih.. layannnzzzz


Sinopsis:-
Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.



ulasanku :

novel ni memang best. antara top novel sekarang nih..
beli jangan tak beli.. sokonglah barangan buatan Malaysia..
erk.. tetiba aje..

ps : nak epal!!