Jom Melawat Perak - Nasi Ganja. *Vanggey Vanggey*

Salam blogger, Salam Perak Aman Jaya. Sekali lagi entry yang berkaitan dengan Segmen Melawat Perak. Kali ini nak cerita tentang makanan yang sememangnya menarik lagi best *sambil nyanyi iklan perodua - lagi best!* yang ada di Perak.

Korang pernah dengar tentang nasi vanggey? Atau lebih nama popularnya nasi ganja.

 

Nasi ganja ni amat popular di ipoh. Pelancong yang datang ke Ipoh pasti akan cari nasi ni. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa nasi ganja. Jawapannya cuma satu. Setiap orang yang makan nasi ni pasti nak makan lagi. Senang cerita ketagih la. 

Awak, mana nak cari nasi ganja ni? Abang manis, akak cun, adik comel, ni akak manis mahu bercerita. Senang saja nak cari kedai nasi ganja ni. Kedai ni terletak di Jalan Yang Kalsom. Tak pasti di mana kedainya? Sila cari atok google ye. 

Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri korang kalau datang pada waktu lunch. Sebabnya korang perlu beratur panjang. Ini benar! Aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi tak mengapa. Demi perut yang dah buat aksi keroncongnya tersendiri aku tak kisah. Beratur pun beraturlah. 

Pesanan penting dari penaja "Selamat Menjamu Selera"

ohmai, blogku dihack!



aku kena hack? ya! memang dihack oleh someone yang secara tak sengaja atau sengaja. pepagi lagi dapat mesej daripada encik pisyek. beliau mengatakan bahawa blogku telah di hack. seriusly, memang terkejut beruk la *beruk pun boleh kawal cunnya*. thanx ye picek sebab inform pasal benda ni. kalau tak hari ni baru tau.

suruh kawan yang lain cek sekali. blog memang telah dihack! kemain sadis pepagi tuh. mana taknya blog kesayangan nih. masa tuh macam-macam yang aku pikir. apa akan jadi dengan blog. lepas ni kena buat blog baru ke? nak hack balik orang yang hack blog ni ke *aku tak la sekejam itu kan*. tapi tak apa la. aku halalkan saja apa yang dia buat. kemungkinan besar sesaje nak try main-main hack ni kot. ok, berfikiran positf. *padahal nak sedapkan hati*. huhu.


untuk orang berkenaan :

thanx ye rootrider2012 sebab dah berjaya hack blog saya ini. awak memang HEBAT! jasamu ku kenang sampai bila-bila.

Bowling aje!


Persahabatan yang terjalin tak akan putus dengan sendirinya melainkan kita yang memutuskannya. Persahabatan itu umpama air yang mengalir deras tanpa mengira halangan & rintangan yang ada di depannya. ok, dah mula merepek. Tapi itulah kupasan untuk entry kali ini. Berkisarkan tentang 7 sekawan yang berbowling di pagi hari.

Ok, sebenarnya kisah ni berlaku 2 bulan lepas. Kemain lama diperam gambar-gambar ni untuk dijadikan pekasam. Ditambah pulak busy dengan FYP & final exam. Sememangnya tak ingat langsung pasal aktiviti ni. APTB sungguhlah!

Seriusly, memang dah lama sangat tak keluar hangout dengan diorang. Kawan aku si Sos kemain ajak aku. Mula-mula memang malas gila nak pergi. Tapi, tambah tolak tu semua + last sem kat uniten tercinta nih, akhirnya hangout la kami bersama. Pepagi lagi dah bertolak ke Mines sebab early birds games. 3 games = rm10. Murahkan!


zaza (hitam), syukor & yani (putih)
See, kemain gembiranya mereka pada hari kejadian. Semuanya senyum kambing. :)

yani bersama en. pres PRS. aweknya? tak hado...


perkenalkan, ni la orang yang semangat dok ajak aku main bowling. si Sos. Salah seorang bowlers yang hebak! tunjuk ajar ku sifu!

yani, zaza & una

Pada hari kejadian boys tak sempat pun nak habiskan games sebab kena bergegas ke masjid. Kesian sungguh score mereka. Hancuss lebur dibuat bebuda nih. Aku? Mestilah try sekaki tapi sekali aje. Kononnya nak masukkan dalam longkang tpi ttba pin tuh jatuh pulak. Hoho. Thanx ye kekorang semua. Nice to know & meet korang semua. Ada masa kita jumpa lagi. Ingat aku selalu. Insyaallah..