Majlis Konvokesyen Ke 7 Unisel


Majlis istiadat konvokesyen ke 7 Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangsung pada hari sabtu dan ahad lepas. Eh, macam mana pulak aku boleh berada kat sini? Aha, of course datang sini sebab nak memeriahkan lagi kejayaan satu-satunya kakak aku yang gedik ni. Last datang ke sini 2 tahun lepas masa dia konvo untuk diploma.

Sesungguhnya dan sebenarnya aku yang terlebih suka dan terlebih eksaited daripada kakak aku ni. Serius! Ntah, maybe sebab tarikh konvo aku dah nak dekat kot. Tu yang terlebih eksaited. First time oit.  Ok, dah melalut ke mana. Btw, congratez sis on ur convocation day. We're proud of you! 2 kali dah ko banggakan mak ayah. *lap airmata*. Lepas ni turn orang pulak. Wee. Sungguh tak sabar rasanya.

Robe convo yang bertemakan warna merah mak ngah sungguh mengancam pada hari tu. Disematkan lagi dengan mortar board berwarna biru. Sangatt nice tahu! Ditambah pulak dengan kehadiran hujan yang renyai-renyai menyambut hari kegembiraan mereka. Sangat sejuk. Tapi tak menggigil la. 

sempat lagi peace sebelum masuk ke dalam dewan.
Aha, aku kira masa hari konvo tu kami 2 beradik bernasib baik sebab dapat masuk ke dalam dewan canselori tu. Teruja beb nak tengok macam mana perjalanan majlis tu. Masuk aje dalam dewan tuh, satu perasaan yang lain menyelinap dalam tubuh aku. Ye, nanti aku akan berada dekat atas pentas tu jugak. Bezanya lain dewan lain canselor, lain tema dan segalanya lain la. :p

keadaan dalam dewan canselor UNISEL
Majlis ni berlangsung sehingga pukul 1 tengahari. Baru teringat tak beli lagi bunga. Bergegas keluar semata-mata nak cari bunga dan kami terjumpa bunga yang aku kira sangat nice. Siap ada bear chipmunk lagi siak!



aku geram dengan chipmunk tuh!

bapak besar chipmunk kawan ayong ni. 
 Sesi bergambar bersama rakan-rakan beliau.


 

Tengok la kami terjumpa siapa. 





comelnya budak baju pink tu. ahaks
sebahagian ahli keluarga kami
dan yang paling penting budak kat bawah ni :


Tahniah Laila Azwa! 

notakaki : gambar ni berjaya buat kawan-kawan aku ucapkan "congratez!". haha. Turn aku insyaallah awal bulan november ni,sayangku semua. Doakan untuk aku pulak ye. Peace no war!

Opp opp Kenny Style


Ceritera semalam dibawa ke hari ini. Aha, apa dia tu? Berjimba sebentar di UTP n Aeon Kinta City bersama orang kaya Petronas dan Inmagine. Perasaan teruja bila first time masuk kampus UTP. Homai, besar & nice giler tempat ni. Suasana yang aku rasakan sangat berlainan jika hendak dibandingkan dengan universiti sendiri. Okey, bukan nak kondem kampus sendiri dan membanggakan universiti orang lain. Tapi itulah kenyataannya. Suasananya sungguh berbeza. Serius berbeza!

Tempat pertama yang dituju adalah Dewan Canselori. Bapak besar baq ang weh. Kampus aku pun tak ada tempat sebesar itu. SusuN atur bangunan UTP lebih strategik & sistematik. Berkaca-kaca gitu. Homai homai. Library UTP lebih advance daripada kampus aku. Sangat! Tapi tak mengapa. Aku tetap berbangga menjadi pelajar Universiti Tenaga Nasional, kampus Putrajaya!

Selesai semua urusan pengambilan robe convo diorang, destinasi seterusnya adalah Aeon Kinta City. Kekononnya nak tengok movie tak pun bowling. Tapi terpaksa cancel sebabnya movie sume start lambat. Bebudak dua orang ni nak kena balik kl lagi. Kemudian usha bowling. Amik kaw sekali tak bukak lagi even dah pukul 12.30 tengahari. Teruk giler management. Tempat lain pukul 10 pagi dah bukak oit!

Erm erm, ambil keputusan lunch terus memandangkan dah dekat pukul 1 tengahari. Part yang paling best bila si Adib sudi belanja kami berdua lunch dekat Kenny Rogers. Kenny Rogers Rosters *sambil chicken dance*. Thanx ya dibdib. Minggu ni sila la belanja lagi je. Jasamu akan ku kenang sampai akhir hayat. hehe

muka kelaparan


Ice lemon tea, spring, summer, chocolate & vanila muffins. Sangat pelik bila terpamer sekali spect. Sibuk aje tahu! xD


Makanan kat atas ni pisyek yang punya. Nampak tak yang sebenarnya beliau ni sedang ber"diet". Kemain sihat menu beliau haa.


Abaikan wajah gedik di atas ni. I love macaroni cheese. btw, cheesenya sangat sedikit! 


Yeay! kami dah kenyang! burppp, alhamdulillah. 


Citarasa makanan pilihan adib. Next time aku pilih yang ni sebabnya lagi nampak sedap. Apa nama set ni? Adib, sila jawab.

Pesanan ikhlas daripada penaja "lain kali belanja la lagi ye wahai kamu berdua. Opp opp Kennys Style"

Teaser Raya : Hari Raya Kedua - Part 3

Assalamualaikum.. yeah, masuk dah part ketiga. Kebiasaannya hari raya kedua kami sekeluarga akan balik kampung. *Macam jauh sangat kampung haa*. Tapi, tahun ni tak dapat balik awal sebabnya rumahku dah macam kenduri kawen. Rumah penuh daripada pagi sampai la malam. Sanak saudara bawak segerombolan ahli keluarga mereka. Bukan 1 bukan 2 tapi sekali 7 buah. 

Dan hari itu juga, untuk pertama kalinya beraya bersama rakan BloggerPerak. Kami mulakan expedisi pengembaraan membuncitkan perut di rumah Cik Fiffy. Hidangan utama adalah spagethi bolognese. How nice. My favourite tuh. Thanx ye adek fiffy. Lain kali sila buat lagi. :p. 

  
sumber : remi

Proses membuncitkan perut diteruskan pula di rumah kak hanie. Homai, kak hanie buat bihun sup. Rugi la pada sesiapa yang tak makan. 

 
sumber : kak hanie

Cukup 2 buah rumah betul-betul membuatkan perut berasa kenyang sesangat. Rasa tak boleh nak masukkan makanan lagi. Tapi apakan daya semua itu ku tolak ke tepi sebabnya terjumpa kuih raya kesukaanku. :p. Eh, snap dlu sebelum pulang sebagai tanda kami pernah beraya di rumah beliau. :p


sumber : remi

Oit kenyang la oit. Ayat yang hanya tersekat dalam hati aje. Tak mampu untuk dikeluarkan hanya kerana ingin beraya. Tak mengapa. Bukan selalu dapat beraya bersama seperti ni. Peace yo. Yeah, ekspedisi diteruskan pula ke rumah kawan Nia. Aha, kat sana dapat tau panggilan "manja" adik Nia kita ni. Hi Peah. opsss. Tersasul pulak. 

Selepas tu rumah siapa ek. Adess, kelupaan sebentar. Aha, rumah Faiz Zaini. Kat sana jumpa baby Hana yang sangat comel. Ohsem! Geram giler tengok budak kecik ni. Rasa nak cecubit puas-puas weh. Mukanya ala-aa korean gitu. Kakinya menggeletek bila kitorang dukung dia.. Eeee, geramnya.. 

 

Hari semakin petang. Muka sorang-sorang nampak lihat plus kenyang. Otw, ke rumah kak ruzz. Masa otw ke sana nampak 1 kedai kat tasek. Nama kedai tu agak censored sebenarnya. Kalaulah orang bota yang menyebutnya. Ahh, memang parah bunyinya. Tak sanggup den nak dongarnya. hewhew. 

Yeay, lastly rumahku. Thanx ye korang sebab sudi beraya kat teratak pak mail nih. Next year sila datang beraya lagi. Ok, jom usha gambar mereka sebelum kami semua bersurai dan aku bersemadi di teratak tersebut. :p

  
  
  

Fuhh, akhirnya. Selesai sudah sesi berhari raya bersama BPians. Happy raya with them. Luv u la BP. muahmuah. 

notasayang : semoga persahabatan yang terjalin ni berkekalan sampai bebila. We're Family!