Hadiah dari Langkawi!


Assalamualaikum...

Daim dan Ferrero Rocher! 2 jenis coklat yang sememangnya menjadi kegilaan aku sejak dari kecik lagi. Korang sua je coklat ni pasti cepat aje tangan ni ambil. Sedap! dan jugak favourite aku. So, pada sesiapa yang nak bagi hadiah birthday padaku sila lah bagi coklat-coklat ni ye. Hikhik.


Coklat-coklat ni adalah hadiah daripada group KIK, PSM. Ala, tempat aku praktikal hari tu. Sebagai penghargaan tolong diorang siapkan system e-Perjawatan. Diorang mewakili Perak dalam peringkat kebangsaan di Langkawi. Cayalah PSM! Bangga den sekojap. heee.

Ucapan ikhlas dari laila untuk akak-akak dan abang-abang PSM :
  • terima kasih daun keladi sebab masih ingat lagi dekat budak nakal yang bernama Laila Azwa ni. 
  • ada event jangan lupa jemput lagi. heee

Graduate Employability Management (GEMS) Programme

Asssalamualaikum.

Korang pernah dengar GEMS programme ni?


Dipendekkan cerita, semalam dapat call daripada pihak GEMS. Mereka mengatakan bahawa aku terpilih dan layak untuk menyertai program ni. Sebenarnya, haritu sesaje apply untuk join program ni. Tak sangka pulak terpilih. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, program ni dorang buat dekat Johor. Hotel Seri Malaysia, Mersing. Dan aku nak pergi. Tapi keadaan macam tak mengizinkan aku untuk join program ni. 

Elaun program ni lagi best daripada program GCAP yang kakak aku join. Senang cerita lagi masyuk, beb! Ok, aku tak kisah pasal elaun tu semua. Yang ada dalam akal fikiran sekarang ni adalah tentang pengalaman dan skill-skill yang aku akan dapat kalau aku join program ni. Huhuhu. 

Program ni akan bermula pada 9 Disember ni. Nak pergi! Nak pergi! huaaa. Doakan semoga aku dapat join program ni ye kengkawan. 

BBQ Haji

Assalamualakum semua.

Entry ni special untuk para-para sakura dan sakuri keluarga Hajah Sabariah. Uiks kaum kerabat jiwa bangsaku. Marilah kome semua ke sini. Baca entry ni. Nak ngumpat sikit pasal kome ni. Jangan marah nanti kena jual. Dua singgit dua singgit bak kata Mail dalam cerita Upin Ipin. Haha.

Malam hari raya korban baru-baru ni kitorag buat bbq. Malam tu kenduri makan daging aje. Ada daging kijang dan daging korban. Nasib baik ayam takda. Rasanya ayam dulu aku  bantai. hikhok. First time makan daging kijang. Dan not bad la rasanya. Makan sehingga menjilat jari. Nak nak pulak dicicah dengan air asam. Pergh! Meleleh wa cakap beb. Taknak story berjela-jela. Layan aje gambar-gambar yang tak berapa nak banyak ni.

dari kiri : mia boolat, husna, faiqah, nina
syafiq & kak yong
kamilah "peri-peri sekuri"

description untuk gambo nih?
Orang yang kat depan yang hanya nampak kepala tu adalah pakcikku. We call him as Che' El. Tetiba masuk masa nak snap gambar diorang nih. Hewhew.

geng peru-peru hitam
 Acu menyebok aje. Dah la dia sorang baju putih. Hahaha.


Che' Eh dan mak anjang bersama anak buahnya. Geng hitam lagi. Nampak aje ganas pakcik aku ni tapi sebenarnya baik. 


Geng kapak keluarga Sabariah.


Orang kuat bbq malam tu. Rupanya orang yang cop tulang tu adalah mereka. Cis cis.


Gambar paling tak senonoh dari apik. *tetiba rasa nak tag ain*. hahaha

Sekian saja liputan dari azwa untuk keluarga Hajah Sabariah. Semoga berjumpa lagi pada event akan datang. Hari keluarga jangan dilupakan ya wahai pakcik dan makcik ku semua.