Travellog : Jalan-jalan Cuci Mata ke Melaka - Part 2

Assalamualaikum...

Part 2. Ermm, maksudnya story ni pasal hari Ahad la. Dipendekkan cerita kitorang mandi-manda dekat Melaka Wonderland. 

 

Nak story ni. Melaka Wonderland tak best! Best lagi A'Famosa Waterworld. Seriusly. Even dekat sini banyak jugak slidenya tapi aku lagi suka slide dekat AFamosa. Lagi mencabar dan menakutkan. Eh, tapi tak apa. Itu Semua tak penting. Yang penting kita enjoy. Haha. Perkara paling tak best bila mandi-manda ni adalah masa main body slide tu tetiba pinggang sakit. Terasa macam cramp sekejap. Ini semua gara-gara nak betulkan benda alah warna biru tu la. Huaaa.

Puas main semua benda yang ada dalam Melaka Wonderland ni. Masa untuk lunch pulak. Weh, perut bebetul lapar tengahari tu. Tak senonoh betul. Tapi biasa la kan. Lepas mandi mesti la lapar. Nak nak pulak dah tengahari. Perjalanan diteruskan ke Aeon terdekat. Lunch dan shopping time!

 

Rasa gila kejap tengok sale Padini & Branch Outlet. Cuba korang bayangkan. Handbag section boleh jadi kosong. Hebak orang Melaka shopping haa. Cadang nak shopping baju tapi baju yang nak dibeli tu tak ada saiz. Punah harapan weh. Harapan.. harapan menjadi layu. Perjalanan balik ke KL pun sama daa. Sekali lagi tempuh jam. Ciskek betul. Jam yang ntah apa-apa jam. 

Ok, sekian sahaja siaran tak langsung dari blog azwa. Semoga berjumpa lagi di entry yang lain. Pasal convo tak update lagi ni. Apapuntakleh daa.. Byeee.

Travellog : Jalan-jalan Cuci Mata ke Melaka - Part 1

Assalamualaikum wbt...

Holiday! holiday! dan holiday! Eh, ni dikira sebagai holiday ke? I think so. Ahaks. It's Melaka Bandar Bersejarah time. Yahoo. This is what I called happy. Actuallykan, plan sebenarnya nak pergi Perlis. Nun ha kat hujung Malaysia. Tapi tuptup petang hari Jumaat tetiba si Pisyek tukar plan nak ke Melaka pulak. Haiya. Pasrah! 

Maka, pepagi sesudah subuh hari Sabtu tepat jam 6.30 pagi dengan menaiki bus Plusliner bertolaklah daku ke Kuala Lumpur. Nak jalan jauh ni. Sampai KL Sentral pukul 8.35 pagi. Tunggu Adib sekejap. Sambil-sambil tu usha jualan novel. Adib sampai terus bergegas ke Wangsa Maju. Ceriteranya, sepanjang perjalanan ke Melaka jam ohoi! Tetiba aje. Jamnya pulak bukannya disebabkan eksiden ke apa tapi sebab orang repair pagar hijau highway tu. Pffft. Bengang tak? Bengang tak. 

Sampai Melaka dalam tengahari macam tu. Lunch time! Gosip sudah, makan pun sudah. Masa untuk tengok movie. Life of Pi. Pi aka Piscine Patel. Cuba korang google apa maksud "PISCINE" ni. Lalala. Ok, malam pulak pergi ke Cahaya Bay. Dinner dengan ikan bakar. Woot Woot! Not bad la makanan dekat situ. Apa aku nak cakap dekat sini adalah ni pertama kali makan ikan bakar bersama nasi lemak. Sedap. Teruja ai tau. Hehe.

dinner kami
Selesai aktiviti membuncitkan perut, masa untuk menguruskan semula perut pula. Berjalan sebentar dekat Jonker Walk. Pertama kali rasa air kampai. I loike! Strawberry flavour yoo. Arghh, malam masih dara muda. Perjalanan diteruskan ke sekitar kawasan Melaka Cruise tu. Ciskek, terlupa nama kawasan ni. Grr.


Penat, mengantuk semua ada. Lagipun dah pukul 12 tengah malam. Anak dara tak elok keluar memalam buta. Apa pepatah Melayu kata? Tak manis dek pandangan orang? Aha. Baiklah korang, sambung dalam part 2. 

Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)

Assalamualaikum..

Baru dapat mesej ini dalam minggu ni. Homai! Ingatkan den ni akan terus kecewa, kecewa dan terus kecewa. Yela, program GEMS kat johor sah-sah memang tak dapat nak join. Sadis tahu tak!. So, at least dengan adanya invitation daripada pihak GCAP sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kepasrahan tersebut.

Kalau entry sebelum ni ada menceritakan tentang program GEMS, kali ni nak cerita serba sedikit tentang program GCAP. Cop, sebelum tu nak tanya lagi sekali. Pernah dengar tak pasal GCAP ni? Apa? Tak? Tak mengapa. Dengar sini penduduk kampung sekalian. Ini ada 1 cerita. Cerita apa? GCAP la oit! haha. 

GCAP atau Graduate Career Accelerated Programme menawarkan latihan peningkatan kemahiran kepada para siswazah sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh TalentCopt iaitu sebuah badan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan diuruskan oleh My Partners Sdn. Bhd bersama Scicom Education Group.

“Program ini ditaja kerajaan untuk meningkatkan peluang siswazah menganggur diambil bekerja. Tujuan GCAP ialah untuk membentuk modal insan yang cekap serta memiliki kemahiran khusus untuk membolehkan mereka menyertai industri perkhidmatan, mampu meningkatkan kerjaya dalam persekitaran teknikal serta profesional dan akhirnya diberi peluang memainkan peranan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan,” kata Mohan-Ketua Pegawai Operasi Scicom Education Group.

Ok, nampak dah apa itu GCAP? Bagus. So, tunggu apa lagi. Ambil perluang keemasan ini wahai pemegang-pemegang siswazah sekalian. Sesungguhnya dengan melibatkan diri dalam program ini adalah tidak merugikan. Malah, kita akan dapat suatu pengalaman yang baru dan juga kenalan-kenalan baru. Itu yang penting. Haha. 

So, untuk program ni aku akan berada di kolej masterskill, Ipoh. First time nak masuk kolej ni. Terasa begitu teruja beb! Cari anakayam baru. kuikui. Ok itu sangat tipu. Jangan risau ye kengkawan semua. Elaun, tempat tinggal pihak GCAP akan sediakan. Disebabkan aku anak jati ipoh, sememangnya aku akan berulang-alik dari rumah. Itu lebih baik! Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi pihak GCAP atau layari website GCAP.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi entry yang akan datang. Chow sinchi!