Travellog : Cherating! Aku Datang

Assalamualaikum..

Yes! Akhirnya sampai jua aku di Cherating ni setelah sekian lama mengimpikannya. Cewah, ayat kau sangat tak boleh blah. Ni dikira sebagai famili outing la. Makcik aku ajak dari awal bulan 2 lagi. Katanya pastikan aku dapat join kali ni sebabnya asal dia ajak je mesti last minit cancel. Nak buat macam mana tuntutan peribadi. Ahaks.

Berholiday sempena Chinese New Year. 4 hari di sana bermula 10/2 - 13/2. Holiday sakan ha! Bertolak ke sana seawal 8 pagi ambil cazen kat Gombak. Breakfast dengan kek birthday si Aimi. Rupa-rupanya birthday si debab tu. Dalam hati tak sabar-sabar nak sampai. Al-maklumlah, first time nak pegi sana. Hee.  Alhamdulillah, perjalanan ke sana sangat lancar dan tak ada jam pun. Kitorang sampai Cherating tepat pukul 12.30 tengah hari. Sampai aje kat bumi Cherating perut terus keluarkan irama keroncong, dangdut, hitz. Singgah kat kedai makan area mana aku sendiri tak tahu. Kitorang makan dulu sebelum check in sebabnya waktu check in pukul 3 petang. Hadeii, lambatkan. Usai je makan terus ke hotel, The Legend Resort. Pemandangan kat situ cantik. Hotel bebetul tepi laut. I loike! 

aksi Mia & Husna masa baru sampai
Bosan tunggu bilik siap dikemas, ajaklah bebudak ni pegi usha kawasan sekitar hotel tu. Sebenarnya dalam hati nak pergi tepi pantai tu. Tapi hajat tak kesampaian sebabnya hujan pulak daa. So sad. Tak apa, kau dekat sini 4 hari. Sabar Azwa sabar!

Mia ni tak sah kalau tak buat aksi gitu. Senonoh betoi
Aktiviti selama 4 hari kat Cherating ni? Pagi bawak bebudak ni mandi swimming pool. Dengan aku sekali mandi. Lalala. Pastu keluar pegi jenjalan, shopping baju & sourveniour kat Kuantan, Cherating dan beli segala macam keropok untuk famili dekat Chukai, Terengganu. Borong sakan! Haha.. Sebelah petang pulak macam biasa la lepaking dekat tepi pantai. I love pantai. That's why kalau orang ajak pergi pantai aku memang akan teruja giler. Pandang ciptaan Allah ni betul-betul membuatkan hati aku rasa tenang, damai dan tenteram. 

swimming pool
penginapan kami!
kami budak comel! haha
Ombak dekat Cherating ni memang kuat giler. Mula-mula tu ingatkan air pasang tapi bila tengok sepanjang hari dari pagi sampai ke malam sama aje. Kira memang bahaya la kalau nak mandi sebabnya pihak berkuasa dah letak bendera merah dekat tepi pantai tu. Nak mandi boleh tapi memang kena berjaga-jaga. Petang hari kedua bawak cazen pergi pantai. Bawak diorang jenjalan sekitar pantai tu. Nak tau apa diorang buat. Tengok ni.

   
kiri : hasil kreativiti faiqah & husna
kanan : nampak smiley tu? Hug! 



Seronok ha main pasir. Sampai taknak naik ke bilik. Padahal dah senja masa tu. Sekali makcik turun bawah suruh naik. Hamek kau! Tulis nama la, buat istana yang tak berapa nak menjadi la. Tak mengapa. Diorang seronok, aku pun seronok. :)

Sepanjang 4 hari dekat sana, hari yang paling ohsem adalah hari selasa tu. Petang tu kitorang mandi laut. Even ombak dia menakutkan tapi memang best! Bebudak ni awal-awal je takut tapi lepas tu hamek kau. Makin lama makin ketengah aku tengok. Budak yang paling teruja adalah Mia. Bukan main lagi dia. Main  ombak tak ingat dunia. Tak percaya? Tengok segala macam aksi yang dia buat masa kat laut ni.

kat pantai 


Gambar kat atas ni baru aksi kat pantai. Belum lagi dekat Natural Batik Village tu. Lagi la memacam aksi yang dia tunjuk. Geram betul tengok kegedikan beliau. Ahaks!


Itu saja. Bye semua!

Blogger Perak - Gathering New Year di Teluk Senangin

Assalamualaikum.

Lambat! Ya sangat lambat untuk diri ini menceritakan tentang gathering new year ni yang berlaku seminggu yang lepas. Orang lain tak sabar nak buat entry pasal gath ni tapi aku. Tapi peduli pulak aku kan. Hakhak. Janji ada sikit coretan pasal gath ni. Sedikit ke? Haha. 

Tempat : Teluk Senangin
Tarikh : 19 - 20 Jan 2013
Pihak yang terlibat : Ahli Blogger Perak yang mendaftar

Bertempat di Teluk Senangin. First time woo sampai kat sini. Sebelum ni tak pernah tau pun pantai ni wujud. Ini serius. Even aku anak jati Perak. APTB giler la weh. Tempat peranginan kat negeri sendiri pun tak tau.

  

Aku kira gath kali ni lebih meriah sebab gabungan antara 2 group blogger terkenal kat Malaysia ni iaitu Blogger Perak (BP) dan Kami Blogger Utagha (KBU). Mantop baq hang. Rugi pada sesapa yang tak join dan tak dapat join gath ni. 

Admin BP (berdiri) & KBU (duduk)
Ok, bermacam-macam benda yang kitorang buat dari mula kitorang jejakkan kaki kat tanah Teluk Senangin ni sampai la kitorang balik ke pangkuan yang tercinta. #Eh. Aktiviti utama dah tentulah mandi lautkan. Kalau dah buat aktiviti kat tepi laut ni memang tak sah la tak mandi laut. *aku tak berapa nak mandi sebab tak suka sangat mandi laut. duduk melepak tepi laut tu, ok* Nak tengok tak dugong-dugong comel dan hensem yang terdampar dekat laut tu?

apa motif budak PHP ni buat muka centu ntah. Hahaha!
  
Tak ohsem lagi gambar-gambar dekat atas ni. Ada lagi ha. Sabar! Ok, malam tu kitorang ada aktiviti bebas. Pada awalnya ada talk bersama blogger famous amos, Bro Framestone dan abg Reez. Tapi disebabkan ada sedikit masalah maka terpaksa cancelkan sesi tu. Tidak mengapa! Aktiviti diteruskan dengan free show oleh 2 orang retis BP : Ajek & Papa Aan. *memang melekat sampai sekarang aku panggil dia ni "papa"* Ni aktiviti lepas membuncitkan perut memasing. 

bagung! bagung! bagung!
Live show dari Ajek & Aan. agum tengok kebolehan diorang ni main alat musik. Ajar pelisss..

 
 

Pergh, dah lama sangat tak duduk melepak ramai-ramai macam ni. Rindu zaman kegemilangan sekolah. Bercanda di tepi pantai. #eh. Keesokan harinya pulak pepagi lagi ada games. Mari kita isi perut dulu. 

 

Sesi kempiskan perut yang membuncit pulak.

 

Daan, bermulalah pengembaraan kami bersama games-games pada pagi tu. Group aku menang apa ye? Tak ingat la pulak. Dalam first game tu ada adengan romantik dari Naq & Jeton. Comell! 

game 1 : cari perbezaan 
game 2 : galah panjang
game 3 : hoki bola beso 
Selesai game! Secara keseluruhannya group aku dapat 2nd place. Ok apa! Good job Syawanadib! Sape bagi nama ni oit. Dah serupa sawadikap kap pung kap. Hahaha 

Syawanadib terbaik! *tangga meh o.0*
Secara keseluruahannya sangat enjoy join gath ni. Mohon adakan lagi gath yang lain. Eh, KBU nak buat bulan 6 kan. Ok akak abang KBU & BP, diharapkan anda semua sediakan hadiah untuk adik wawa ni ya. Nak besar tau tak nak kecik! >.<

Sekian saja laporan dari ahli BP023

GCAP - Laser Battle.

Assalamualaikum.

Siapa pernah main laser battle? Aku? Memang tak pernah. Paintball lagi la tak pernah. It's ok. Belum rezeki lagi nak main kot. One day ok! This time bebudak kami plan nak main laser battle. Kat area Bercham. Hah, first time aku dengar ada dekat Ipoh. Ke aku yang tak pernah perasan sebelum ni eh?

Mastermindnya adalah si Naqeeb. Kemain bersemangat nak main ha. Siap bagitau lagi pricenya berapa. RM35 untuk setengah jam. Mahal ke tak seriusly tak tahu lah. Janji enjoy dan dapat eratkan lagi persahabatan kami. Wee. Malang sungguh tak dapat join bebudak ni main. I is sad tahu & opcoz jeles giler! Btw, happy tengok korang happy. Itu dah cukup bagi hamba yang kerdil ni. Cewah! Malas nak type pepanjang. Layan je la gambo yang ada ni. ye. Yezza!

 

Pe ke halnya si Yadi buat muka centu. Handsome sangat la tu eh? Eh, rupanya si Fendi pun sama. Ceh! Dedua buat muka hampeh! Hahaha

 

Para pejuang GCAP 1. Amboih korang. Ini mengundang jeles yang kaw-kaw tahu tak? Haha. Semoga semangat pejuang ni kekal abadi dalam diri korang ye. Aminn.

Tu saja. Bye!