Walimatulurus : Ayong dan Abang G'an

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang bernafas dan terus menabur bakti atas muka bumi ini. Sekali lagi syukur sangat atas kelancaran majlis perkahwinan kakakku pada 29.11.2013 hingga 1.12.2013 yang lepas. Alhamdulillah.

Majlis akad nikah diadakan pada pagi Jumaat (29.11.2013).Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz dan satu nafas kakakku telah bergelar kepada abang iparku.

 

Berdebar jugak saat majlis akad nikah tu berlangsung. Muka abang ipar steady je. Tapi dalam hati dia aku tahu mesti berdebar-debar punya. Tambah pulak dengan debaran nak pegang tangan tok kadi tu mesti kuat. Malam sebelum tu aku ada pesan dekat ayong "ayong, make sure abg g'an buat sekali lafaz". Kahkah! Bila semua saksi kata SAH aje memang jelas terpancar wajah kelegaan dan penuh syukur dekat muka diorang. Wehuuu! Ko dah sah jadi bini orang ayong oit. Tanggungjawab ayah pada ko sekarang ni sepenuhnya beralih pada suami ko. 

  

Selesai majlis akad nikah, kami semua bersiap sedia untuk majlis walimah esoknya. Buat persiapan terakhir untuk majlis esok. Sediakan apa yang patut disediakan dan selesaikan apa yang patut diselesaikan. Ada yang siapkan props, ada yang siapkan cek special dan ada yang sibuk didapur. Dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi ayong ajak pergi ke Mydin. Nak beli segala macam candy untuk diletakkan dekat candy buffet esok. Tak sedar diri betul la minah ni. Tengah darah manis pun still lagi nak menyongket aih. Nak tahu tak? Buat props bukanlah kerja yang mudah tahu. Tapi atas usaha yang gigih dan dok bersengkang mata jugaklah nak siapkan menda alah tu. Tak mengapa, demi kakakku la katakan,. Cewah!


30 Nov 2013 :

Hari dan saat yang dinantikan oleh kami sekeluarga. Bangun seawal pagi dan sebenarnya terkena jugak leteran mak sebab terbangun lewat sikit. Alah, kul 7 tak lewat lagi kan mak? hee. Ceritanya memang tak sengaja. Biasalah manusiakan. Hikhik! Siap-siap sebab pagi tu ada majlis khatam Al-Quran. Tema biru uolls.

geng kahatam al-quran
Selesai aje majlis khatam, terus bersiap untuk majlis kemuncak. Fuh! debar pulak rasanya. Eh, kenapa aku pulak yang berdebarkan. Buang baju khatam, tukar baju kenduri. Sedondon dengan adik perempuan aku. Lari tema dengan mak, ayah dan apik. Majlis bermula pada pukul 12 tengahari sampai 6 petang. Sementara orang tak ramai lagi, kami sepupu sepapat sempat lagi snap gambar.

ehem! 
keluarga bahagia ISMAHAS
 Part paling best masa kami sekeluarga duduk bergambar dengan pengantin adalah tetamu-tetamu yang ada masa tu. Kata mereka "eh, sama giler muka depa ni. Muka sepesen". Kahkah! Wahai adik akak makcik pakcik ku sayang, kamikan adik-beradik. Anak-beranak pak mail dan cik semah. Haruslah sama. Ngee.

   
 

Ok, selesai majlis di siang hari. Jom kita move pulak ke malam hari. Pada sebelah malamnya pulak ada majlis makan-makan aka bbq, marhaban dan sesi buka hadiah. Makan, makan, dan makan lagi. Sesungguhnya hari tu perutku sangatlah kenyang. 

 

See, banyakkan hadiah yang diorang dapat. I is jeles yoo. Ahaks! Aku rasa hadiah yang paling menarik bila diorang dapat cek special tu. Idea daripada Che' Jue kami. Baiklah, Sebelum mengakhiri kata-kata, saya bagi pihak mak ayah dan sesisi keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada saudara-mara yang banyak bantu kami dalam menjayakan majlis perkahwinan ini. Tak lupa juga pada kengkawan ayong, kengkawan mak ayah, kengkawan aku,kengkawan adik-adikku dan geng-geng Blogger Perak (kak ruzz, abg padil, pakcu, nisa, pisyek, salwa dan dhuha) yang sudi melapangkan diri hadir pada majlis ni. Doakan kebahagiaan kakak dan abang aku ye. 

Bye! 

GMI convocation

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya usaha adik aku selama 3 tahun  dekat GMI membuahkan hasil. Tahniah Apik. Lepas ni sambung degree pulak ok.. Sekali lagi turun Bangi. Perasaan nak tengok adik aku konvo kuat dari pergi kenduri sepupu. Haha! Jahatnya aku. Tak apa, bak kata orang utamakan keluarga. Ye dak?

Ok, lepas kerja hari jumaat terus ke KL tunggu ayah dekat Petaling Street. Ayah tunggu dekat sana dan awal-awal lagi pesan minta tunggu dekat main gate sebab sememangnya tak berani nak masuk dalam tu sengsorang. Bahaya woo. Kalau masjid jamek tu no problem sebab dah biasa jenjalan sengsorang.

Balik ke cerita asal sampai Bangi terus check in yang aku dah reserve awal bulan ritu. Actually, aku reserve 2 hotel. Kiranya bakckup punya pasal kalau hotel yang lagi 1 tu tetiba ada orang amik ke apa kan. Nak dijadikan cerita hari Khamis tu aku dah confirmkan dengan hotel yang kitorang menginap tu tapi malangnya aku bebetul terlupa nak cancel booking. Pihak hotel berkenaan call dan ayat yang dia bagi "lain kali bagitahu awal-awal ye" *aku syak diorang bengkek kot*. Haha! Sorry, sebab memang terlupa sangat-sangat. 

Hotel yang aku reserve tu dekat Jalan Reko. Kenapa pilih situ? Senang je jawapannya. Dekat dengan GMI dan ada uptown kat area situ. Kehkeh! Lagipun dah biasa dengan kawasan tu. Al-maklumlah, dekat dengan area rumah sewa masa belajar dulu. *dulu sangat*. 

Keesokannya awal-awal pagi dah bertolak ke GMI sebabnya diorang buat sesi pagi aje. Kata adik aku tak ramai student yang grad masa tu. No prob lah, awal pagi lagi better sebenarnya sebab tak berapa nak panas sementara menunggu majlis convo tu selesai. Duduk berdua aje dengan Anis dekat luar dewan. Bosan tu jangan katalah. Apa yang best adalah kitorang berdua bergilir-gilir tidur. Kahkah! Ngantuk oit! Elok pulak haritu kepala weng sebab tak cukup tidur dan rasa penat yang aku tak tahu apa puncanya. Tepat jam 1 tengahari, majlis konvokesyen tu selesai. Yahoo! 

  
tetiba badan jadi tuff! 
 

Selesai semuanya singgah makan sate kajang dekat ramal junction. Tapi bagi pilihan aku sate willy lagi sedap. Selesai makan terus bergegas balik ke Ipoh sebabnya kami tak pergi majlis kahwin along, anak mak teh. Jadi, sampai je Ipoh terus pergi rumah makcik sebab diorang buat makan-makan dan sesi buka hadiah. 

Itu saje. Bye! 

Remaja 15 tahun kahwini pasangannya yang berumur 16 tahun

Assalamualaikum..

Rasanya trend kahwin muda makin menjadi-jadi di Malaysia. Cop! kahwin muda yang dimaksudkan bukan remaja yang berumur 21 tahun ke atas tapi ni kes budak yang masih bersekolah. Sebelum ni pun digemparkan dengan kisah budak 12 tahun kahwin dengan pasangannya yang berumur 19 tahun. Namun bertahun hanya berapa bulan aje. Haiyaa.. 


Muda giler weh. Bukan jeles ke apa tapi masing-masing masih bersekolah. Makan, pakaian semua parents yang sediakan lagi. Ok, bagi aku memang tak salah nak kahwin muda. Niat pasangan ni untuk elakkan perkara yang terlarang tu memang bagus. Hurmm..

Apa-apa pun, sama-samalah kita  doakan semoga ikatan perkahwinan pasangan tersebut berkekalan hingga akhir hayat. Kepada adik Muhamad Haikal jagalah isteri kamu tu dengan sebaiknya.