Walimatulurus : Wira

Assalamualaikum. Nak kabo ni sepanjang bulan ni asyik update pasal majlis kahwin aje kan. Ye, majlis kahwin. Seronok tengok diorang ni mendirikan masjid. Majlis aku pulak bila? Haaa. Soalan ni kerap kali diorang tanya pada aku lepas majlis ayong. Jawapan aku senang aje. Cepat atau lambat majlisku semuanya bergantung pada Allah. Semua tu urusan-Nya. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh dan ikatan yang sah tu sampai secepat mungkin. Korang pun doakan untuk aku jugak ye. 

Ha azwa, kali ni kau nak cerita pasal walimah siapa pulak? Baiklah teman-teman, hari ni nak cerita pasal walimah salah seorang sepupu sepapat dua papat merangkap ahli keluargaku. Majlis Perkahwinan Wira dan pasangannya kak Sue. 

 

Temanya warna purple pink. I loike. Salah satu kombinasi warna yang paling aku suka. Sampai aje dekat rumah pengantin, cousin aku kata "angah, ko nak tau tak, Wira pepagi lagi dah karok!". Hahahaha. Ambil peluang sebelum majlis bermula katanya. Kemain kau ye Wira. 

Macam biasalah, diorang ni pantang betul nampak kamera. Nasib aku behave. Behave? Behave la sangatkan? Poyos sangat azwa oii. Haha! 

 
 

Tuan rumah buat candy booth la. Nice! "Syidah, jom pegi sana jap". Ajak beliau ke candy booth sebab nak amik gambar dekat sana. Asalnya memang tak perasan ada props tu semua. Pergi dekat baru perasan. Ok, masa untuk snap gambar bersama props. Hikhik! Bebudak ni termasuk pengantin yang tak berapa nak baru bak kata cousin aku dekat ayong *hahaha* nampak je kitorang dekat candy booth tu terus serbu. Camwhore lagi. Haiya! Tak percaya?

 

Yang ni geng-geng specky rayban. Tak nak kalah ha depa ni.. 


Masa majlis tu berlangsung rupanya ada majlis cabutan bertuah. Rupanya semua orang bertuah sebabnya setiap orang yang ada nombor cabutan bertuah tu dapat hadiah masing-masing. Yo yo o aje kitorang berteka-teki siapa punya nombor yang paling bertuah. Hamek kaw! 

Tepat pukul 4.30 petang kitorang pun bersurai. Sebelum bersurai singgah dekat Aeon Ipoh sebab malam tu nak layan movie seround. Btw, 47 ronin best. Suka tengok walaupun pada awalnya aku langsung tak paham cerita tu pasal apa. 

Baiklah, itu saja. Bye!


Inilah yang dikatakan rezeki

Assalamualaikum. Hari ini dah 30 Disember 2013. Lagi sehari je sebelum tirai 2013 menutup tirainya. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk terus menghirup udara dan menatap wajah-wajah kesayangan di dunia ini. 

Hai korang, apa macam cuti 2 hari ni? Seronok cuti? Haruslahkan. Masa untuk merehatkan badan dan minda lepas 5 hari bekerja. Ye dak? Ok, pagi ni buka Harian Metro online. Mata terpempan pada 1 tajuk ni "Takut dapat RM1 juta". Gambar pulak seorang nenek yang sedang menangis. Dalam erti kata lain tampak sedih. Klik pada link kat ayat tu. 

Oh, rupanya nenek Rokeah Mohd Sidek yang berusia 77 tahun ni telah memenangi ‘durian runtuh’ sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin. Tuah menyebelahi nenek Rokeah ni bila beliau hampir-hampir nak keluarkan semua wang simpanan SSPnya setelah 23 tahun melabur dengan BSN akibat pelaburan yang beliau buat tu tak nampak hasil.

Foto 

“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja."

“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam."

Untuk pengetahuan korang semua, nenek Rokeah ni mula menyimpan sebanyak RM300-400 sebulan hasil duit pencen arwah suaminya..

So, apa pendapat korang? Bak kata pepatah melayu "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa pun yang akan tahu".

Walimatulurus : Majlis Bertandang

Assalamualaikum..

Mari sambung celoteh. Ye, sesungguhnya aku tengah free dan tak tahu nak buat apa sekarang ni. Lagi-lagi mood tengah ada ni. Mari kita coret sesuatu dekat dalam blog ni. Cekidout! Kalau sebelum ni aku post berkenaan resepsi sebelah keluarga kami, sekarang ni nak cerita pulak resepsi sebelah lelaki aka kat rumah abang ipar aku.

Tema diorang kali ni adalah warna coklat krim. Coklat krim? warna macam mana tu? Pada mulanya memang tak dapat nak tangkap warna tu macam mana tapi bila tengok warnanya macam mana barulah otak kata "lorh, warna ni ke? Ingatkan warna macam mana tadi".

Untuk kedua kalinya aku menjadi pengapit kepada kakak dan abang ipar aku ni. Aumm sangat uolls. Pada mulanya macam malas tapi atas sebab-sebab tertentu tetiba jadi semangat kan. Membara baq ang. Kahkah! Ok, kami semua dari rumah tepat pukul 12. Pukul 11 semuanya dah get ready dan berkumpul dekat rumah kitorang. Konvoi reramai ke sana. Rumah abang ipar aku ni bukannya jauh mana. Tak sampai sejam dah sampai. Exactly time tu tak taw nak cakap berapa lama. Hee.

 

Semuanya 11 buah kereta. Banyak kan? Banyak noks. Sebenarnya kan, ada beberapa kejadian yang berlaku masa dalam perjalanan nak ke sana. Salah satunya adalah boleh pulak kitorang tertinggal payung dan kipas pengantin, Bhahaha! Kakak aku dah hangin sebab aku tak ingat pasal benda penting tu. Sebab tu lah dalam gambar kat atas ni payung warna-warni. Cantiknya! Hehehe.

Kali kedua jadi pengapit ni rasanya tak la segementar masa jadi pengapit Minah bulan 6 yang lepas. Aku rasa kemungkinan besar dan faktor utama adalah diorang semua ni dalam kalangan famili aku je. Ngee.. *Sebenarnya ada faktor lain. #eh!*


Ok, selesai tepung tawar renjis main baling-baling bagai dan tak lupa juga tangkap gambar masa untuk kami makan. Yeahh! Masa yang ditunggu-tunggu. Lepas makan, makan, makan dan makan tu kami bergambar sebentar dan pulang. Bye ayong. Selamat menjadi menantu kepada mama abang g'an. 

Ucapan orang tuk ayong "jadilah seorang isteri yang sentiasa menerima segala baik buruk dan kekurangan yang ada pada suami ko. Isikan setiap kekurangan dia dengan kelebihan yang ko ada tu. Begitu juga dengan abang g'an. Korang saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan biarkan perkara yang remeh itu menjadi besar. Sesungguhnya yang kecil itulah racun."

Selamat pengantin baru ayong dan abang g'an.