Walimatulurus : Pengantin CNY

Assalamualaikum..

Hai! Entry pertama untuk bulan Februari. What? Bulan Februari dah. Cepatnya masa berputar. Rasa macam baru semalam kita sambut tahun 2014. Ok, permulaan bulan Februari dimulakan dengan perkahwinan. Ramainya yang kahwin pada bulan Februari ni. So, kita pangil diorang ni pengantin CNY aka pengantin tahun baru cina. Angpaw tarak ka? Hiks!

First of all *omputeh kejap* selamat pengantin baru kepada rakan blogger atau bebudak Kami Blogger Utagha (KBU) panggil Mem Besar. Selamat pengantin baru kak GKSB (Gadis Kini Sudah Bersuami.. haha!).  Eh, tukarlah bak kata diorang "puan keyel suami perlis". Semoga akak dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat. Hadiah jangan tuntut dah tau sebab dah bagi masa ari selasa. Hee.Ccepat-cepatlah bagi junior #eh. Kepada geng-geng KBU minta pinjam na gambar ni.

gambar di ambil dari KBU
Ok, setel part hakak GK kita ni. Moh alih ke wedding seterusnya. Pada hari yang sama, waktu yang sama dan kemungkinan besar detik yang sama juga berlangsungnya perkahwinan adik mak aku aka makcik aku. Suaminya orang Penang. Stock-stock utara gak ha. Majlis berlangsung di kediaman rasmi opahku di Kampung Changkat Larang, Lahat. Eh, sama pulak tema majlis makcik aku ni dengan GK. Purple pink uolss.

 
mata semua ke lain. haiya!
Muka aku macam muka terpaksa. Kahkah! Lantaklah. Ok, taknak taip panjang-panjang. Korang layan ajelah gambar-gambar ni.

 
le' cousin

Ok, done itu sahaja untuk entry kali ni. Sekian dan bye!!

Farewell party sempena perpisahan Abang Nan

Assalamualaikum. Entry yang sepatutnya jadi entry sebelum cuti tapi hurm macam biasalahkan. Tak ada idea nak menaip. Haiya! Teruk betul kau ni Azwa. Last week hari Rabu bos-bos besar belanja kitorang makan dekat restoran arab.

 

First time makan dekat Restoran Sawarabina ni. Restoran ni terletak berhampiran dengan Menara Celcom dekat Jalan Semarak nun. Boleh tahan jugak makanan dekat situ. Sedap dan yang paling aku suka adalah kebab dia. Yummy! Kalau tak silap ada 5 jenis nasi dengan pelbagai warna tapi rasanya lebih kurang aje. *ke lidah yang tak reti nak beza rasa setiap nasi tu? hurm * Makanan yang lain semuanya desert belaka. Orang arab ni memang kuat makan rempah ke? Sebabnya 4 dari 5 jenis nasi yang aku ambil tu semuanya rasa rempah. 

Kitorang pergi ke sana waktu lunch. Perjalanan ke sana kalau tak silap 10 minit aje dari office kitorang ni. Sampai sana lepak kat ruang makan sekejap sementara tunggu yang lain sampai. So, bila semuanya dah ada kat situ sorang-sorang serbu tempat buffet. Masa untuk makan! Bukan main banyak lagi kitorang makan. Last-last tak habis. Kahkah! Ehem-ehem, iolss habis ye. >.<

muka kekenyangan
Selesai aje makan, Abang Nan diminta bagi ucapan. Muka beliau merah, mata berair. Hikhik! Tabah Abang Nan tabah. Tahan sebak agaknya. By the way, beliaau tak tahu sebenarnya planned nak makan dekat restoran arab ni. Al-kisahnya, pagi Rabu tu En. Hairul dah minta Abang Iwan larikan beliau awal-awal lagi. Dengar cerita macam-macam tempat yang Abang Iwan bawak. Haha! Tak apa lah bila lagi nak buat macam tu kan. Hiks! Sebelum balik, snap gambar sebagai kenang-kenangan.

 

p/s : ehem! jangan lupa open table ye.. kehkeh

Dugaan

2014..

ku kira permulaan yang mencabar
semakin hari semakin sesak
susah untuk membuat banyak perkara
payah untuk melakukan sesuatu yang aku suka
sukar untuk aku melaksanakan sesuatu yang lebih berat

mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni
Allah tak akan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya
bersabar dan terus bersabar
berdoa dan teruslah berdoa 
semoga ujian ini akan menjadikan aku seorang yang lebih bersabar dan lebih kuat pada masa akan datang
Amin..