Penangan Geraham Bongsu

Penulisan hari Jumaat yang lepas :

Selalu asyik dengar aje kengkawan cerita pasal gigi bongsu. Kata mereka "sakit giler kau tahu. Rasa nak tumbuk orang aje masa tu". Ya, aku admit apa yang diorang katakan tu sangat betul. Tepat 200%. Di saat ini ku rasakan kesakitan yang maha dahsyat. Ya Allah, kurangkan kesakitan ini. Huaaa.

 

Rasa sakit ni ditambah lagi perasanya dengan sakit tekak, ulser dan bibir merekah. Haiya! Sabar ajelah. Pagi tadi kurang sikit sakitnya tapi sekarang Allah saje lah yang tahu. Cop! badan tetiba rasa semacam. Rasa tengkuk jap. Ahh sudah, panas. Kepala tetiba berdenyut. Jenuhla aku hari ni. Dah la harini nak balik Ipoh.

Sambung hari ni :

Ya Allah, maha dahsyat sakit bila geraham bongsu nak keluar. Orang yang pernah kena aje tahu macam mana dan betapa sakitnya mulut masa tu. Ok, sambung al-kisah minggu lepas. Sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh sakit tu memang sakit. Tapi memandangkan mata dah mengantuk dapatlah lelapkan mata sampai dah masuk Perak. Elok saja bus cecahkan tayarnya dekat area Tapah (kalau tak silaplah) gusi makin berdenyut. Hampir melelehkan air mata masa tu. Bila dah sampai dekat Terminal Amanjaya kesayangan suruh beli Hurix's iaitu ubat sakit gigi. Nasiblah ada. Setel bayar terus cari seat letak beg amik air dan terus telan ubat. Homai, ambil masa jugak nak kurangkan sakit ni. 


Keesokannya, pagi-pagi lagi dah ajak mak pergi klinik. Ok, part ni memang aku rasa dugaan sangat-sangat. Korang bayangkan sampai 3 buah klinik kitorang pergi. Mari aku cerita satu-persatu. Macam biasalah kalau sakit gigi kitorang akan pergi ke Sungai Siput. Ada satu klinik ni memang kitorang rasa comfortable sangat dengan layanan doktor. Buat kerja pun sangat lembut dan cermat. Tapi malangnya klinik ni tetiba off masa tu. Sabar aje lah. Kemudian, mak ajak pergi klinik dekat area Meru Raya. Dah sampai dan dengan harapan doktor ada tapi harapan memang punah sepunahnya bila ternampak perkataan CLOSED dekat pintu klinik ni. Allahurabbi. Masa ni mata dah berair ha. Sakit kau tahu! No choice mak kata pergi UTC. Sampai dekat klinik gigi 1 malaysia tu ramai giler orang. Kalau tunggu tak tahu turn no berapa dan tak tahu berapa jam kitorang akan tunggu sampai no giliran sendiri di panggil. Bak kata nurse kemungkinan besar 1/2/lebih dari tu. Ok, amibil keputusan balik. Dalam hati berdoa semoga sakit ni akan berkurangan. Dalam kereta teringat aku ada ambil name card doktor kat klinik gigi Meru Raya tu. Terus call dan buat appointment pukul 5 petang hari tu jugak.

Selesai jumpa doktor. Alahai dia cek x sampai seminit pun. Bukak mulut dan sudah. Tercengang masa tu. Untuk melambatkan masa suruh cek area gigi sebelah kanan jugak. Itu pun tak sampai seminit. Sangat tak berbaloi tunggu lama-lama. Menurut beliau sakit ni disebabkan geraham bongsu. Masa aku tercengang tu terus dia kata "ok, lagi 3 hari awak datang buat minor operation". Operate gigi? Dah la tak cakap apa-apa selain geraham bongsu then terus cakap macam tu. Mahunya terkejut segala urat kat badan ni bila dengar perkataan operation tu. Aku tanya lagi "kalau tak buat buang bolehkan?" Jawapan dan memek muka doktor ni paling menyakitkan hati aku. "boleh tapi tanggung sendiri la!. Tu gigi lagi satu bila nak buat betulkan?" Fine! Keluar dari bilik pemeriksaan dengan perasaan yang macam hape aje. Bayar dan balik. 3 jenis ubat dan cek-cek semua tu RM50. 


Sampai sekarang ni masih lagi berfikir sama ada nak buang atau tidak geraham ni. Kalau difikirkan pasal sakit ni jangan cerita la. Kemungkinan besar bakal buang. So, tunggu balik la. Nak buang sekarang pun still tak boleh sebab bengkak dekat gusi ni tak surut lagi. Bahaya kot buang masa gusi tengah bengkak. Tak silap aku ada efek. Huhu! Semoga cepat hilang sakit ni.

Ok, sekian saja untuk hari ni. Bye!

Travellog : Sungai Congkak

Assalamualaikum.

Ohoi! hari ahad minggu lepas bersamaan 23 Feb 2014 kami geng-geng Blogger Perak dan Kami Blogger Utagha Wilayah Tengah pergi piknik dekat Sungai Congkat. Eksaited baq ang nak ke sana sebab sepanjang 5 tahun dekat KL tak pernah sekali pun aku pergi sungai melainkan sungat dekat kawasan rumah aku tu. Huhu.

Mereka-mereka yang datang pada hari kejadian macam biasalah kalau bukan Kak Hanie, Abg Aim, Sapwan, GK, Mek Onie, Adi, Nami dan empunya diri ni. Mereka-mereka yang duduk dekat belah Puchong, Damansara, dan Puncak Alam kemain awal depa ni keluar. Kami yang dari Setapak ni slumber je keluar pukul 9 macam tu. Kehkeh!

 

Masa ni tengah otw ke sana. Hadoi, kenapa jauh sangat nak sampai. Ngantuk giler masa dalam kereta. Padahal baru bangun pagi tu. Haish! Nak dijadikan cerita waze gila! Haha. Padahal dah ikut jalan yang betul. Waze ooo waze. Sejam jugak la perjalanan kitorang nak sampai ke sana. Kalau ikutkan kata Abg Aim perjalanan nak ke sana tak sampai pun sejam pun. Ini semua salah waze. Grrr! 

Akhirnya!
sumber
Cop! sebelum tu bukan nak komplen atau apa cuma rasa ralat sikit bab parking dan tiket masuk. Tak kisah pun kena bayar tapi huhu. Bukan nak buat perbandingan tapi ralat je. :0 Berbeza dengan kawasan perkelahan yang ada dekat dengan rumah aku tiket masuk cuma RM2 (kereta) dan RM1 (motor). Tapi dekat Sungai Congkak tiket masuk RM1 per kepala dan parking kereta RM3. Peh, masyuk baq ang. Ehem, it's ok. Layan aje. :) Minta maaf sebab komplen macam-macam. 

Setel part bayaran, maka bermulalah pengembaraan kami dalam kawasan perkelahan Sungai Congkak. Btw, not bad suasana dekat kawasan perkelahan. Air tak deras, tenang aje bila tengok. I loike! Jalan punya jalan dan tetiba semput. Haha! Sudah ku katakan dada ku ini tak berapa nak ok kalau jalan itu mencuram. Jalan dan jalan lagi. Penat oi! Nyarislah ada pondok kosong kat tengah-tengah kawasan perkelahan. Toilet pun depan pondok tu aje. Letak barang, hilangkan penat berjalan dan santai.  Sementara tunggu geng-geng yang lain sampai kitorang makan dulu. Lapar weh! 

Selesai makan, masing-masing tersandar. Kemain! Bak kata kak Hanie "dah aku kata lepas makan semua akan menyandor". Erk, lebih kurang macam ni la ayat dia. Hehe. Take 5 dan sorang-sorang turun sungai. Aum, sejuk jugak air sungai ni tapi tak boleh lawan kesejukan air sungai dekat satu kawasan perkelahan ni. :P

 

Gedebum bunyi air. Wooo, korang ni memang la. Dah la baju tertinggal masa hari tu. Nasib kak Hanie jadi penyelamat. Haha! Thank kak. :) 

 

Em em, masa tengah layan air sungai tetiba depa cari-cari something. Tragedi lagi oi! Kalau masa piknik dekat Titiwangsa kunci kereta hilang tapi kali ni spect mata abg Aim pulak terjatuh. Nasib jumpa spect tu. Dah jumpa memasing sambung mandi. Mandi-makan-sembang-rehat-makan-makan-makan-sembang-makan-makan-mandi. Tentatif piknik masa tu.

Tak cukup piknik dekat Sungai Congkak diorang plan piknik laksa dekat Tasik Titiwangsa. Piknik laksa? Erk! Maknanya makan laksa la oi. Btw, laksa yang ni ok dari hari tu. Pedas, kuah pekat peh memang suka habeh tapi kuah dia macam kureng sikit. Tapi tak mengapa. Lapo punya pasai kan. Ngeh3!


Sekian sahaja laporan untuk entry kali ni. Bye!

Selamat Hari Lahir, Ibunda



Happy Birthday, mum
May you have a great birthday
May Allah bless u, my dear Mum.

You are the strongest women, superwomen & wonderwomen that I have.
You have the greatest patience that other's don't have.
You sacrifice many things and try your best to make everyone's happy even though at that time there is something happened.
No one can challenge your cooking especially nasi goreng kampung, mee rebus blackpaper, gulai tempoyak and etc. Yeah! Haha.

Mum,
thanks for being a great mum in this world.
You are my inspiration, best teacher and my bestfriend.

Happy birthday mum,
We love you so much. 
muahhhhh!!