Blogku berwajah baru


Assalamualaikum. Hi semua. Pepagi ni mesti ada yang masih lagi buat peta kat bantal kan. Ala, awal lagi. Buat apa bangun pepagi sangat. Mengantuk lagi nih. Jangan Kacau. Ha, begitulah kata-kata orang yang malas bangun awal. 

 

Hey, kengkawan. Blogku dah berubah wajah la. Syok habis ni. Design ini telah direvamped oleh Adib. Thanx ye DibDibDib. Suka design ni. Design simple tapi pada pandangan mataku ia nampak menarik. Yang penting templatenya purple. Sememangnya purple & azwa memang tak dapat dipisahkan.

Ok, segala adib-beradik tak seibu sebapa nuffnang ni tak letak lagi. Coming soon. Yeah babeh! Itu saje tuk entry ni. Saja nak bagitau yang blog ni dah bertukar wajah. :)




pesanan penaja : abaikan followers box tuh. tak boleh view sebab guna intranet opis. 

Jom Melawat Perak - Nasi Ganja. *Vanggey Vanggey*

Salam blogger, Salam Perak Aman Jaya. Sekali lagi entry yang berkaitan dengan Segmen Melawat Perak. Kali ini nak cerita tentang makanan yang sememangnya menarik lagi best *sambil nyanyi iklan perodua - lagi best!* yang ada di Perak.

Korang pernah dengar tentang nasi vanggey? Atau lebih nama popularnya nasi ganja.

 

Nasi ganja ni amat popular di ipoh. Pelancong yang datang ke Ipoh pasti akan cari nasi ni. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa nasi ganja. Jawapannya cuma satu. Setiap orang yang makan nasi ni pasti nak makan lagi. Senang cerita ketagih la. 

Awak, mana nak cari nasi ganja ni? Abang manis, akak cun, adik comel, ni akak manis mahu bercerita. Senang saja nak cari kedai nasi ganja ni. Kedai ni terletak di Jalan Yang Kalsom. Tak pasti di mana kedainya? Sila cari atok google ye. 

Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri korang kalau datang pada waktu lunch. Sebabnya korang perlu beratur panjang. Ini benar! Aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi tak mengapa. Demi perut yang dah buat aksi keroncongnya tersendiri aku tak kisah. Beratur pun beraturlah. 

Pesanan penting dari penaja "Selamat Menjamu Selera"

ohmai, blogku dihack!



aku kena hack? ya! memang dihack oleh someone yang secara tak sengaja atau sengaja. pepagi lagi dapat mesej daripada encik pisyek. beliau mengatakan bahawa blogku telah di hack. seriusly, memang terkejut beruk la *beruk pun boleh kawal cunnya*. thanx ye picek sebab inform pasal benda ni. kalau tak hari ni baru tau.

suruh kawan yang lain cek sekali. blog memang telah dihack! kemain sadis pepagi tuh. mana taknya blog kesayangan nih. masa tuh macam-macam yang aku pikir. apa akan jadi dengan blog. lepas ni kena buat blog baru ke? nak hack balik orang yang hack blog ni ke *aku tak la sekejam itu kan*. tapi tak apa la. aku halalkan saja apa yang dia buat. kemungkinan besar sesaje nak try main-main hack ni kot. ok, berfikiran positf. *padahal nak sedapkan hati*. huhu.


untuk orang berkenaan :

thanx ye rootrider2012 sebab dah berjaya hack blog saya ini. awak memang HEBAT! jasamu ku kenang sampai bila-bila.