Kementerian Pelancongan (KPL)

Semalam berjam-jam dekat bangunan admin. Fuhh, sumpah aku penat. Bukan penat sebab apa tapi penat beratur. Panjang la weh. Tak sukanya. Demi convo yang bakal menjelma ni redah aje la. Hey u. Jangan lupa datang tau. hikhik

Try baju konvo sekali nak ambik size s tapi dah habis. Tapi yang bestnya ada seorang pegawai ni tolong aku. Yeay. Patutlah dia asyik usha je kitorang masa try jubah tu. Dan paling kelakarnya size M yang aku dapat tu dah macam baju tido. Sampai ke kaki. Seiusly sangat besar. Dah la aku ni cenonet. Buruk buruk. FuhFuh! Nasib aku sangat baik. Beliau yang tolong adjust pengambilan jubah saiz s. Terima kasih Puan. *taktaw namanya*.

Ok, setel amik jubah, bayar gambar dan plague terus bergegas ke putrajaya. Dan semalam memang bernasib baik sebab Izan tak ada kelas sebelah petangnya. Kami terus ke Putrajaya. Lunch bersama orang kaya KPL, si Faiz. Eh, ada officemate dia sekali. Hi awak! haha.

Perut pun dah kenyang. Mari kempiskannya semula dengan membuat lawatan agung ke  KPL. Eh, ni first time tau masuk KPL ni. Terujanya! Ukiran bangunan KPL & KPT sangat cantik. Sorry takda gambar la. Jom terjah apa yang ada dalam KPL ni. Lukisan!

Love of Folk shoes
Eh, ada ke orang nak pakai kasut macam ni? Bila pikir balik macam tak logik je heels ada roda. Tapi senangkan. Malas nak kelutuk keletak, seret je kasut tu dengan roda. Senang!

 

Abaikan budak berkemeja tersebut. Sekarang usha betul-betul kat gambar ni. Hiasan apakah ini.

Jejari Kaki
  

Sape punya tiub tayar ni? 

 

Paling suka lukisan ni. Sangat kreatif! 

 

Faiz sebagai kaunter infomasi. hikhik. Sebelum pulang sempat lagi bergambar bersama mereka. Yeah!

 
 
 

Oit! Nampak sangat kau membongkokkan badan weh. Nganjing aku ke hape? hahaha. Ok, itu saja buat masa ini. Salam.

notakaki : next time belanja lagi ye. Redwork plizz.. >.<

Akulah Juara!

Assalamualaikum...

Akhirnya pusat bowling dekat Mydin Mall Meru dah bukak! Dan aku antara orang "kenamaan" yang sangat teruja bila dengar berita tersebut. Dinamakan sebagai Ole-Ole Superbowl! Eh, ni company yang sama dekat pusat bowling Shah Alam. Btw, thanks to Ole-Ole Superbowl sebab sudi memeriahkan lagi mydin kat Meru ni ye. Yabedabedu!

3 games RM10. Murahkan! Sangat dan aku suka giler. Sebab aku ni kaki bowling. Ahaks. Lepas ni tanya je aku dekat mana. Kompem aku jawab "sila datang ke mydin". Sempena pembukaannya, pihak management OOS bagi peluang kepada rakyat jelata main 3 games = RM10. murahkan!Sangat murah. Tapi bila difikirkan balik sama aje sebenarnya dengan early bird games kat mana-mana superbowl. Apa yang membezakannya cuma untuk early bird games ni start dari pukul 10 am - 12 pm. Tapi yang dekat mydin ni 10am - 5pm. Teruja tak? Teruja tak? Ok, terlupa nak bagitau tadi. Prmosi ni berakhir 31 Oct ni. Eh, hari ni la kan. Ok, cecepatlah ke mydin meru raya.

Haish, panjangnya muqaddimah aku ni ha. Heh. Cerita sebenarnya nak story pasal aku pergi main bowling ni dengan retis-retis Blogger Perak. Plan last minute sebenarnya. Last-last menjadi jugak. hikhik! Thanks ye korang. Ok, takmau cerita panjang lebar. Jom usha aje gambar ni.

sila teka aku yang mana 1.
Yang ni pulak aksi-aksi semasa membuat lotaran peluru. Acewah!

 
 
 

Aksi-aksi pro striker.

 
 
 
Score board.


First game dimenangi oleh Pisyek. cis cis. Tarapappa. Ada lagi 2 games. Wait n see.



Second games aku menang! yeay. Saya suka. Saya suka. *sambil buat gaya MeiMei*


Yang atas ni pulak third games. Sekali lagi aku menang. Yahoo! Tak sempat nak snap score last sekali. Tapi score aku untuk games pada hari tu 330++. Cayalah!

notakaki : next time main lagi! 

Peace No War

 

notakaki : peace yoo semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah.