Kami sahabat.. Takkan terpisah

Assalamualaikum..

Semalam bergayut dengan makcik lina kita sorang ni. Tanya perkembangan dan persiapan dia. Majlis kahwinnya dah tak lama je lagi. Hoi! Bestnya kahwin. Nak jugak. #Eh!

Pagi-pagi buta kemain dapat idea nak post gambar dengan captionnya seperti di bawah ini dekat instagram.


Kami sahabat.. Takkan terpisah..

Kiri tu tunangan orang. Bakal diijabkabulkan tidak lama lagi. Oh cikros, aku tak sabar nak jumpa ko nanti dan yang paling aku tak sabar adalah tengok ko bersanding!

Tengah ni pulak sudah selamat diijabkabulkan pada 31/5 tahun lepas. Alhamdulillah, aku tengok lepas berkahwin ni perubahan demi perubahan ke arah kebaikan berjaya dilakukan. Good job, minah! Nanti ko
buat makan~makan tu wajib ajak aku. Haha..

Kanan.. Ehem.. Bakal ok bakal. Amboi depa 2 ni tak sabo beno nak tengok aku tunang dan kahwinkan. Chillax my dear sis.sampai masa dan betul timïngnya korang yang akan diberitahu dulu. Korang doakan hubungan aku dan si dia. Semoga segala urusan kami dipermudahkan oleh~Nya.

So, secara kesimpulannya aku rindu giler nak together~gether dengan korang berdua balik. Rindu nak makan, tidur, karaoke, hangout, gosip dan macam~macam lagi dengan korang.. Argh!! Cepatnya masa berlalu.

Btw, semoga ukhwah persahabatan ini akan terus terjalin dan berpanjangan hingga nafas yang terakhir!

Salam rindu untuk korang berdua.. 



Eh kejap! Posisi gambar atas dengan yang ni sama r. Nampak tak yang si Minah ni suka duduk tengah antara kitorang. Haha. Bak kata si Minah ni la "Nmpknye ak mmg slalu jd pngadil kat tgh". Poyo sangat ayat ko Minah. Hehe..

Cik Ros siap bagi tips dan nasihat lagi sepanjang kitorang bergayut. Thanks weh. Akan aku ingat dan usahakan sampai dari sekarang. Jumpa korang nanti

Kbye!


GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum.

Hai! Untuk pertama kalinya join giveaway sepanjang berblogging ni. Hai Yui! Kita join giveaway awak ni. 

sila klik pada banner 


So, macam mana nak join GA Nurul Yui Collection ni? Senang dan mudah sahaja. Korang just follow je apa yang Kakak Yui kita ni punya arahan. Syarat-syaratnya WAJIB yang harus korang patuhi adalah :



1. Buat satu entry tajuk "GA Nurul Yui Collection", letak banner & linkkan entry tersebut

2. Follow blog & like page Nurul Yui Collection
    

3. Beri link yang korang dah buat tu.


Tarikh tutup penyertaan :
24 April 2014


Jumlah pemenang :
1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( Digi / Maxis / Celcom )


Cara pemilihan pemenang GA :
1 X top referal
2 x random org



Aha korang mesti ingat, syarat-syarat tu amatlah penting untuk korang patuhi. Kalau tidak secara automatik penyertaan korang tidak akan dikira dan tidak akan dimasukkan dalam list peserta.

Rezeki itu milik Allah

Assalamualaikum.

Rezeki itu milik Allah. Dia memberi rezeki itu kepada sesiapa sahaja di dunia ini dan Dia jugalah yang berhak untuk menarik semula rezeki tersebut pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka, dengan itu bersabarlah ketika mencari rezeki. Pada masa yang sama bersyukurlah dengan apa yang sedang kita miliki pada waktu ini. Walaupun sedikit tetapi dalam sedikit itulah keberkatannya Dia sahaja yang tahu.


Bila kita bincang soal rezeki ni mesti ramai terfikirkan bagaimana untuk mendapatkan atau menambah lagi rezeki yang sedia ada. Kira macam side income la. Setakat nak makan basic gaji je mana cukup pada zaman sekarang ni.  Hai korang, macam-macam benda boleh dilakukan. Cop! pastikan HALAL ok. Sekarang ni zaman serba boleh. IT maa. Korang boleh buat online business. Bak kata pepatah, rezeki tu ada di mana-mana sahaja. Apa yang penting kita usahakan dan insyaallah apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Cuma kita perlu bersabar dan terus bersabar. 

Jangan bersedih dan cepat berputus asa jika hasil yang diperolehi tak seberapa pada awalnya. Itu adalah salah satu cabaran untuk membuatkan korang lebih berusaha dan maju dalam mencari punca rezeki yang halal. Meh, nak bagi satu contoh dekat korang. Pernah tengok tak seorang pakcik yang menjual sate celup dengan hanya menggunakan motor pada mulanya tapi kini beliau berjaya membeli sebuah lori pickup untuk menjual sate celup tersebut. Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan".

Lagi satu jangan dengkikan kejayaan orang lain.

Allah sudah tetapkan tahap rezeki seseorang itu. Jika kita lihat seseorang itu lebih berjaya daripada kita ini bermakna itulah rezekinya yang telah ditetapkan oleh-Nya. Berusahalah wahai manusia. Setiap bidang ada cabarannya yang tersendiri. Ingat! Asalkan hati kita sentiasa pada-Nya, kita akan melihat segalanya.