Pengalaman membeli melalui Tesco Online

Assalamualaikum

2 hari lepas order barang melalui Tesco Online. Sengaja nak cuba perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Tesco. Sebenarnya, aku mencari 1 barang ni dekat macam-macam mall tapi tak ada. So, bila usha Tesco online ni tetiba barang tu ada dekat sini. So, dengan gigihnya aku register dan buat pembelian.

So, nak tahu tak macam mana nak beli melalui Tesco Online? Meh, aku story satu per satu step yang korang perlu buat sebelum membuat sebarang pembelian. Pada yang baru nak menjinakkan diri dengan Tesco Online macam aku ni macam biasalah korang kena REGISTER akaun dulu.


Dah selesai register? Selesai je register web Tesco ni akan kembalikan korang ke main page macam page mula-mula yang korang nampak tu. Page yang aku maksudkan tu macam dekat bawah ni. So, dah login nama korang akan dipaparkan dekat sidebar sebelah kiri.


Step seterusnya adalah mulakan pengembaraan shopping korang! Jangan risau tentang perbezaan harga sebabnya harga yang dipaparkan dalam web Tesco itu sendiri sama seperti di store diorang. Gambar bawah ni adalah contoh produk yang ada dalam web tersebut.


Ok, sekarang aku nak tunjuk pula cara-cara untuk korang buat pembelian. Sebagai contoh korang nak beli Koko Krunch. Nampak tak kotak biru ADD? Klik situ dan hasilnya macam gambar dekat bawah ni. 


Kalau pilihan barang yang dipilih tu tengah dalam tempoh promosi, aku ucapkan tahniah. Hee! 


Selesai pilih barang, korang kena pilih slot masa delivery. Harus diingat bahawa setiap  delivery bukanlah free tapi akan dikenakan CAS PENGHANTARAN. Jangan risau kalau korang rasa masa yang dipilih tu tak sesuai korang boleh klik aje dekat remove slot reservation. Oh ya, sebelum terlupa pihak Tesco akan buat penghantaran tersebut pada keesokan harinya. 


Selesai part cara pembelian. Oh ya, tentang cara pembayaran pula pihak Tesco tidak menerima sebarang pembayaran dalam bentuk wang atas sebab keselamatan staffnya. Korang boleh buat pembayaran menggunakan kad visa, kad kredit atau kad debit. Mudah bukan?

So, secara kesimpulannya semalam aku dah dapat apa yang aku order dekat Tesco Online. Alhamdulillah, barang sampai tepat jam 6:20 pm. Tadaa! inilah hasilnya....


So, tunggu apa lagi buatlah pilihan yang lebih bijak BECAUSE WE CARE!

Fakta Anak Kedua

Assalamualaikum.


Hari ini nak story pasal fakta anak kedua? Siapa anak kedua? Mohon mengaku! So, bila tengok pada list fakta anak no 2 ni hampir kesemuanya sama macam aku. Korang yang anak kedua tu macam mana pula? Sama atau tak? Meh nak describe satu per satu tentang fakta ni.

1. Senang memaafkan orang
Ehem, kalau nak ikutkan diri aku ni kengkadang je. Ngeh! Tapi ikut keadaan jugaklah. Kalau benda yang terjadi tu memang salah kita aku sendiri akan minta maaf pada pihak yang satu lagi. TAPI! kalau benda tu bukan salah aku JANGAN harap aku akan sewenang-wenangnya minta maaf.

2. Garang macam harimau tapi hanya pada sesetengah orang
Ok part ni aku tak nafikan yang sebenarnya aku seorang anak/kakak/adik/sepupu/cucu/cicit yang garang. Garang demi kebaikan. Kengkadang tu garang sebab nak ajar bebudak yang lebih kecil benda yang betul.

3. Kalau gelak tak ingat dunia
Erk! part ni lagi satu. En. Cinta kata ni memang aku. wakakaka. Awak, kalau saya gelak macam ni maknanya saya bebetul tengah happy. Eleh! dah dia yang buat lawak. Maunya orang tak gelak sakan macam orang gilak. >.<

4. Sensitif, hati lembut
Ini memang sifat semulajadi aku. Hati aku sebenarnya sangat sensitif dan lembut. Senang cerita aku memang senang nangis.

5. Ramai peminat
Ramai peminat? Mak aih! nampak sangat tak betul.. Tipu ni!

6. Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya
Yeah!

7. Sukar melupakan orang yang dia sayangi
Sudah semestinya.

8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai
Pentipu ni! Kalau tetiba jadi tumpuan tu mesti ada yang tak kena. Aku rasa jadi tumpuan ni sebab gelak macam hape tu kot. :p

9. Senyuman tetap dibibir walaupun sedang sedih
Jap nak fikir. Rasanya tak selalu pun aku akan senyum kalau tengah sedih. Yela, hati tengah sedih lagi mau tanya.

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya
Of course la weh! Kau ingat senang-senang ke aku nak lupakan kengkawan. Kecuali la kan kalau kengkawan aku tu buat-buat lupa pasal kawan dia ni. Hukhuk

11. Romantik & penyayang
Romantik? Aku tak tahu. Kena kahwin dan lepas tu kena tanya dekat suami tersayang betul ke tak. :p
Penyayang ni yeah! Aku sayangkan famili aku, cinta hati aku dan kawan-kawan aku.

12. Manja & pemurah hati
Bukan dengan semua orang aku manja. Haha!

13. Peramah
Part ramah ni kan.. yang sebenarnya aku akan ramah dengan orang yang aku dah kenal je. Kalau dengan kenalan baru kau cakap la macam mana pun. Sepatah ko tanya sepatah jugak aku jawab. Hee

14. Takut gelap
Hoi! ini paling ketara beb! Ramai yang gelakkan aku sebab aku penakut. Tapi peduli pulak aku kan. Ini sifat semulajadi aku okeh!

15. Kaki shopping & suka melancong
Menipu benor le kaki shopping. Sebenarnya aku ni kaki window shopping. Aku lagi selesa window shopping dari shopping. Biar penat berjalan jangan sesak purse! If u know what i mean. Eh btw aku ni bukanlah kedekut nak keluarkan duit bila keluar tapi entahlah ni memang aku. Dari dulu lagi. Aku akan bershopping bila perlu sahaja. Sebab aku tahu tahap dan kemampuan kewangan aku bagaimana.

Part suka melancong ni originality dari sifat ayah aku. Bak kata pepatah ayah borek anak perempuan dia ni rintik

16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya
Suka masak ye? Haha! Aku suka masak benda-benda yang simple dan tak lah sedap mana pun. Untuk tekak sendiri bolehlah.

17. Rajin
Alhamdulillah. ni lagi satu sifat semulajadi yang ada dalam diri aku ni. Sorry! Bukan nak puji atau membangga diri pulak tapi ni memang kenyataan. Contoh yang paling senang bilik. Keadaan bilik yang serabut dan penuh dengan barang yang tidak disusun dekat tempat yang sepatutnya akan membuatkan kepala aku cepat serabut, pening dan seangkatan dengannya. Lepas tu mulalah aku akan naik angin.

* adik aku selalu kena bila aku tengok biliknya yang bersepah tu. 

18. Nak tahu merajuk ke tak senang je. Kalau diam tu tandanya tengah merajuk
Hehehehe

19. Kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan ditolong
Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya yang boleh untuk menolong mereka yang dalam kesusahan.

20. Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati
Betul! Correct! True! 

Travellog : Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Last week hari Sabtu dan Ahad bercuti dengan keluarga makcik di Bagan Lalang, Sepang. First time sampai dekat Bagan Lalang ni. Teruja dan eksaited memang ada. Tak sabar nak jejakkan kaki dekat masa. So, last week juga aku buat research pasal tempat ni. Not bad juga even pantai dia tidaklah secantik pantai lain. 

Hari Sabtu pagi bertolak ke sana. Sebelum tu singgah lunch dekat Killiney Cafe, Cyberjaya.


First time jugak makan dekat Killiney Cafe ni. Harga makanan, service, dan rasa makanan not bad. Cuma keadaan cafe je panas sikit dan ruang makan yang terhad. Tapi aku jenis tak kisah pun semua tu asalkan makanan dan servicenya ok. Antara menu yang terdapat di Killiney Cafe ni.

 
  
Dan yang ni antara pilihan menu yang dipilih masa tu. Rasa mee rebus tu memang sedap baq ang. Kuahnya pekat. Mee siam tu aku tak sure macam mana rasanya sebab pakcik yang makan. 

mee rebus
mee siam

Sambil makan tu mata ni sempat la pandang pada bangunan-bangunan yang ada di sekitar tu. #eh, apa maksud nombor yang ada pada setiap bangunan ye? Melambangkan nombor bangunan ke? Selesai makan dan solat perjalanan diteruskan ke tempat yang sepatutnya. Bagan Lalang, here we come!

 

Perjalanan ke sampai kalau tak silap aku dalam 1 jam lebih kot. Tertidur masa otw ke sana. Haha! Sedar je dah sampai. Mula-mula sampai macam blur "aku dekat mana ni. dah sampai ke?". Kitorang stay di Camar Laut ni. Sementara pakcik ambil kunci bilik cousin aku si Faiqah dan Mia kata "mama, buruknya tempat ni. tak bestnya". Ahaks! Kemain budak 2 orang ni. Sekali kena sound dengan ayah diorang "jangan takbur". Nasiblah budak kecik kalau yang cakap tu sebaya aku takpun adik aku memang dah kena dengan angah depa ni. >.<

Ok, jom terjah kawasan Camar Laut ni.

  

Kalau tak silap aku chalet yang terdapat di Camar Laut ada lebih kurang 10 buah tapi jangan risau sebuah chalet tu dibahagi kepada 2 pintu. 1 pintu rumah tu ada 2 buah bilik dengan 4 buah katil single. So, macam kitorang gabungkan katil single jadi katil queen. Erk, boleh bayangkan tak? 

 
 

Depan chalet tu ada sebuah padang permainan. So, kalau nak biarkan bebudak main kat luar pun tak kisah tapi awasi setiap pergerakan diorang ok. Jangan terlalu leka bersembang.

 

Mak bapak bebudak bolehlah lepak dekat pondok ni sambil tengok anak-anak diorang main dekat padang.

Pantai Bagan Lalang
Lepak dekat pantai ni masa hari Ahad sebelum balik sambil main belon sabun. Masa duduk dekat pantai ni terpandangkan pemandangan dekat sebelah kiri. Weh! tu lah Palm Tree. Resort atas air. Teringin nak stay dekat situ.


Hopefully, dapat datang ke sini lagi. Tak kisahlah sama ada menginap atau ambil angin laut. :) One day, nak stay dekat Palm Tree Resort ni. Jom kumpul duit dari sekarang. XOXO