Assalamualaikum. Hi bloggerz semua. Seperti semua sedia maklum,
Mydin ke-2 di negeri Perak telah dibuka secara rasminya mulai 22 Jun iaitu hari Jumaat yang lepas. Upacara pembukaan dilakukan secara
sederhana ini dirasmikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Tuan Mydin
Mohamed.
Namun satu lagi perasmian secara besar-besaran telah berlangsung pada hari Ahad iaitu 24 Jun yang lalu. Majlis
perasmian ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Haji
Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Menteri Kewangan II merangakap Ahli
Parlimen Tambun diiringi oleh YB. Dato’ Hj. Nadzri bin Hj. Ismail (ADUN Manjoi),
YB. Dato’ Hajah Rusnah bt Kassim (ADUN Ulu Kinta), Yg Bhg, Dato’ (Dr.) Hj Ameer
Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin).
Majlis...