comelnya kamu wahai budak kecik

kali ini nak bercerita tentang budak-budak kecik yang ada dalam kalangan kaum kerabat kesayangan aku ni. comel-comel belaka naa. rasa nak cubit-cubit aja bebudak nih. ok, let me introduce them one by one. pergh, tetiba speaking english. 

1. Faiqah the dora's :

 

mata dia ni bukan main bulat lagi time kecik. aww, geramlah angah tengok. hee. bila dah makin besar ni  makin suka make up la. habis la mama faiqah. che'jue, sila sediakan 1 set make up dekat untuk anakmu seorang ni ya.

2. Mia booolat :

hi nama saya mia bulat. kenapa orang panggil saya bulat? sebab pipi saya yang bulat gitu. comelkan budak sorang ni. memang! kalau jumpa si bulat ni mesti aku gomol-gomol dia. nak bagitau ni. dialah klon aku masa kecik. sebijik la kami. kan miakan. inilah gengku! ayatnya tiap kali call aku "mia suka angah dengan abang rahmat je. tu je. tu je.". hahaha. aku suka ayat tu je tu je. comel la mia oii. 

3. Adam hebat! :

ok yang ini pulak namanya adam. sebaya dengan mia. beza 1 hari aja umur diorang. budak ni kan takut dengan cicak. haha. adam oi, badan bukan main besar tapi penakut rupanya. masa umurnya baru 5 bulan dah boleh pakai seluar jeans. apa yang kelakarnya pasal budak kecik ni, boleh pulak panggil si syafiq tu adik. padahal dialah adik.


4. husna the kinting gurl :

hi kinting girl. sebenarnya kinting maksudnya kerinting. malas nak sebut panjang. lembut aja budak kecik sorang ni. suara pun bukan main halus lagi. dia ni selalu bergaduh dengan faiqah. haha. serius kelakar bila tengok 2 orang budak ni bergaduh. berebut benda yang 1.

5. syafiq the gegurl :

ha...ni la syafiq yang adam panggil adik tuh. muka + rambut sebijik macam perempuan. suara pun halus je. kamcing dengan ayah aku. 1 je tabiat budak kecik ni. setiap kali sampai je kat rumah aku mesti masuk bilik adik lelaki aku semata-mata nak cari mercun. peliknya mesti jumpa.


ok, itu saja untuk kali ini. bye2. 

1 org mengomel :):

lailatul fatiqah said... Reply To This Comment

banyak la ko punye syafiq the gegurl ! syafis da pendek sesuai gitu !kihkhihkih