Teaser Raya : Malam Raya - Part 1

Assalamuaikum semua. Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Almaklumlah, sekarang ni musim raya. Ditambah pulak dengan macam-macam kenduri dan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh kengkawan korang. Hey, berat badan bertambah tak lepas raya ni? Mesti ada yang naik dan ada juga yang still maintainkan berat badan. *jelly tahu tak*.

Hari ni mood untuk menaip entry sangat ketara. Bangun tido terus teringatkan blog kesayangan hamba ni yang sekian lama terbengkalai sejak hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan lagi. Sadis hokeh. Nak type entry pasal apa ni? Hey, tak nampak ke tajuk entry ni? Sila tambah lagi 2 pasang mata. *gurauan di pagi* Ermm, nak mulakan dengan story pasal apa ye. Ha, let me story about takbir raya first. Kemain kau azwa. Berspeaking london lagi pepagi hari ni.

******** kisah malam raya ********


Saban tahun & setiap kali hari raya tak kiralah raya puasa atau pun raya haji pasti ayah akan menjemput orang-orang masjid datang ke rumah untuk bertakbir. Sangat syahdu apabila mendengar takbir tersebut. Lagi syahdu apabila teringatkan ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kami. 

Pepagi lagi kami bertungkus-lumus menyiapkan segala macam benda untuk hari raya yang bakal menjelma pada keesokan harinya. Penat? Ofkos. Tapi abaikan semua tuh sebab raya punya pasal. hee. Malam hari pulak dalam pukul 9 lebih dapat panggilan daripada ayah menyuruh kami 4 beranak bersiap-siap. Pihak masjid dah otw ke rumah. Yeay. Suka dengar takbir raya. Barulah bersemangat untuk berhari raya esok. 


Tak lama pun mereka bertakbir. Cuma ambil masa dalam 10 minit saja. Juadah kami untuk malam tersebut adalah bihun goreng, samosa & kuih raya. Cukup mengenyangkan! Mereka pulang kami pulang sambung aktiviti mengemas segalanya. Huuu, tired day.

* sambung dalam part 2 (update kemudian)

0 org mengomel :):