Assalamualaikum..
Baca utusan online tadi. Tajuknya kahwin lepas PRU-13 boleh dapat RM1000. Weh, best weh! Cop! sebelum tu. Tawaran istimewa ni khas untuk rakyat Terengganu ni. Tak percaya? Sila baca keratan akhbar ni.
KUALA TERENGGANU: Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500.
Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13. Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini.
Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.
"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. - BERNAMA
So,ulasan aku di sini aku kira abang padil boleh dapat RM1000 tak? Abang! mohon belanja kami ye! hahaha..
5 org mengomel :):
cpt cari calon org ganu
Mari kawen lepas raya ramai ramai. hahahaha.
@aDisH.sHidAhaha.. taknak
@Pisyek Kumar sila2. siapa calonnya? nak gak tau oit! haha
bukan org ganu....
alahai melepas
Post a Comment