Assalamualaikum. Ni dah masuk pertengahan bulan November. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah sebab Allah masih berikan kesempatan dekat diri ini untuk terus berjuang di atas muka bumi-Nya. Hai semua, seperti dimaklumkan dalam entry yang lepas, entri ni khas untuk majlis perkahwinan abg fadil dan kak ruzz kesayangan bebudak Blogger Perak. Admin BP kahwin. Oit! dah 2 bulan lebih majlis diorang baru ko nak update ye. Peace yo! Ni teman nak cerita. Memang ohsem rasanya bila dapat tengok akak dan abang aku ni kahwin. Temanya simple tapi seriously memang menarik. Aku paling suka tengok warna baju akad nikah diorang : turqoiuse + purple. Lawa lah akak!
Jom kita mulakan dengan majlis akad nikah. Berlangsung pada malam hari Jumaat. Tepat jam 9.39 malam dan dengan hanya sekali lafaz "aku terima nikahnya ... " abang dan akak selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah.
![]() |
sweet la hoi gambar ni |
Weh, meleleh jugak air mata ni masa abang peluk dan cium ibu bapa dia. Bukannya apa, selama ni tengok dia cool je. Nak-nak pulak orangnya jenis sempoi je. Haaa, memang sepadan sangatlah dengan akak kami tu kan..
Esoknya masa untuk kami bebudak blogger berjimba. Yeah. Ramai weh blogger yang datang. Al-maklumlah, famous amos jugak abang dan akak aku ni. Lets expand our social networking. Rugi pada yang tak hadir. Best oit! Nak dijadikan cerita, tengahari tu kami ikut rombongan famili abang Fadil. 11.30 pagi semua berkumpul dekat homestay area Halaman Meru Permai. Sempat lagi bebudak ni bergambar. Kemain camewhore sana sini.
Lepas tu macam biasalah. Semua serbu ke meja makan. Masa untuk makan! Lapo sangat weh. Maklumlah, pagi tu memang tahan perut sebab nak makan nasi minyak punya pasal. Sakan ko la Azwa oit. Makan! Makan! dan makan lagi. Masa makan sempat lagi bergambar dan siap bergosip la baq ang. Hoi, kalau dah namanya jumpa kengkawan memang tak sahlah kan kalau tak bergosip. Macam-macam topic hoi.
Selesai menyantap makanan masuk dalam rumah pulak. Sambung lagi gossip. Tak habis-habis lagi nak bergosip. Ha, part dalam rumah ni best sebab masa ni kitorang bergambar beramai-ramai. BP, KBU & blogger lain semua bergabung. Dah macam kenal sangat ha..
![]() |
Blogger Perak |
![]() |
blogger's family |
Erm, apa lagi ye. Rasanya tu aje lah kot. Eh cop! Sebelum masing-masing balik ke KL, kami bebudak BP sempat lagi karaoke dan main bowling.. Keh3x.
Ucapan khas untuk abang Fadil dan kak Ruzz tersayang :
Selamat pengantin baru. Selamat menambah umat. Selamat menjadi ummi dan walid yang ter"ohsem". Abg, jagalah kakak kami tu dengan sebaik-baiknya. Jangan buli kak ruzz lebih-lebih. Haha. Tak sabar nak tunggu BP Junior keluar next year. yeayyy..
0 org mengomel :):
Post a Comment