Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah diberi untuk terus menghirup udara dan terus memperbaiki kekurangan menjadi seorang muslimah dan hamba-Nya atas muka bumi ini. Salam November semua. Semoga hidup kita akan terus disinari dan dilimpahi dengan cahaya Ilahi. Insyaallah.

 

Siapa pernah baca buku motivasi Sebelum Aku Bernikah hasil karya Hilal Asyraf ni? Aku baru sahaja habis baca buku ni. Best dan yang penting banyak ilmu serta motivasi-motivasi yang dikongsi oleh penulis Hilal Asyraf.

Kenapa aku baca buku ni? Dah gatal sangat ke nak kahwin? Eh cop, sebelum lagi banyak pertanyaan seumpama itu, ni aku nak tegaskan. Aku baca bukan sebab dah merenyam sangat nak kahwin. Tapi nak tambah ilmu sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Isi kandungan buku ini memang menarik. Penulis menerapkan pendekatan mengenai apa itu cinta yang sebenar, larangan-larangan semasa bertunang, dan persediaan mental dan fizikal sebelum berkahwin. Penulis juga turut menyelit cerita-cerita bagaimana beliau boleh jatuh cinta dengan isterinya. 

Sangat sesuai untuk remaja, pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan dan golongan yang berkahwin. Selamat membeli dan hayatilah bait-bait coretan penulis. 

0 org mengomel :):