Picnic bersama Blogger Perak Wilayah Tengah

 
Assalamualaikum. Yahoo! mood menaip dah sampai. Hari ni nak taip pasal aktiviti kami adik-beradik Blogger Perak. BP Wilayah Tengah (bak kata cikgu Aan). Plan secara tak sengaja oleh beliau pada hari Jumaat malam. Aan memang suka buat plan last minit macam ni. Tapi, last minit pun menjadi. Terer!
 
 
Maka, pada 20.10.2013 tepat jam 10 pagi berpikniklah kami di Taman Tasik Titiwangsa. Tempat yang sangat sesuai sebab dekat dengan rumah. Hehehe. Tq kerana memudahkan urusan pemergian dan pulangku. Walaupun hanya 7 orang aje yang datang piknik tapi suasana sangat meriah. Alhamdulillah. Ok, menu piknik kitorang adalah sandwhich, roti canai, keropok leko, lain-lain. Kenyang!
 
 
Hari tu paling best bila tengok si Aan ni terjun tasik. Kekononnya nak amik bola yang dah masuk dalam tasik tu. Bila dah masuk dalam tasik bukan main lagi taknak keluar. Kemain oit! Kata beliau "klu ada polis/pengawal bagitahu cepat-cepat". Bukan sekejap dia mandi dalam tasik tu tapi lama. Orang yang lalu lalang dekat situ semua pandang pelik. Haha. Slumber betoi mamat ni. Syiiok katanya.
 
 
 

Aktiviti phostoshoot tidak dilupakan. Gambar paling best yang dishoot pada hari itu adalah... taraaa!

 
 
 

Comel kan gambar kak hanie dan abang aim kat atas ni? Apsal sweet sangat gambar ni ha? Sila tengok gambar kami kat bawah ni pulak. Mohon cari "kecomelan" kat dalam gambar ni. HAHA!



Ok, sila describe sendiri pasal gambar kat bawah ni.



Ini gambar terakhir dari kami sebelum melantak laksa. Mengidam lepas tengok instagram kak Shida terus ajak bebudak ni makan laksa dekat situ. Nasib diorang layan aje kehendak adik diorang ni. Tq korang!


 
 
 
Sekian, terima kasih. Bye!


Majlis Resepsi Admin Blogger Perak

Assalamualaikum. Ni dah masuk pertengahan bulan November. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah sebab Allah  masih berikan kesempatan dekat diri ini  untuk terus berjuang di atas muka bumi-Nya. Hai semua, seperti dimaklumkan dalam entry yang lepas, entri ni khas untuk majlis  perkahwinan abg fadil dan kak ruzz kesayangan bebudak Blogger Perak. Admin BP kahwin. Oit! dah 2 bulan lebih majlis diorang baru ko nak update ye. Peace yo! Ni teman nak cerita. Memang ohsem rasanya bila dapat tengok akak dan abang aku ni kahwin. Temanya simple tapi seriously memang menarik. Aku paling suka tengok warna baju akad nikah diorang : turqoiuse + purple. Lawa lah akak!
 
Jom kita mulakan dengan majlis akad nikah. Berlangsung pada malam hari Jumaat. Tepat jam 9.39 malam dan dengan hanya sekali lafaz "aku terima nikahnya ... " abang dan akak selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah.
sweet la hoi gambar ni
Weh, meleleh jugak air mata ni masa abang peluk dan cium ibu bapa dia. Bukannya apa, selama ni tengok dia cool je. Nak-nak pulak orangnya jenis sempoi je. Haaa, memang sepadan sangatlah dengan akak kami tu kan..
 
Esoknya masa untuk kami bebudak blogger berjimba. Yeah. Ramai weh blogger yang datang. Al-maklumlah, famous amos jugak abang dan akak aku ni. Lets expand our social networking. Rugi pada yang tak hadir. Best oit! Nak dijadikan cerita, tengahari tu kami ikut rombongan famili abang Fadil. 11.30 pagi semua berkumpul dekat homestay area Halaman Meru Permai. Sempat lagi bebudak ni bergambar. Kemain camewhore sana sini.


 
 
Pukul 12 macam tu sampai rumah kak Ruzz. Pang pung pang bunyi kompang menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Sementara nak tunggu rombongan pengantin lelaki masuk kami ni macam biasalah bergedik dengan camera dulu. Bawah teduhan pokok pun jadi haa. Tak percaya? Haa, tengoklah gambar kat bawah ni.
 

 
adik-beradik BP

Lepas tu macam biasalah. Semua serbu ke meja makan. Masa untuk makan! Lapo sangat weh. Maklumlah, pagi tu memang tahan perut sebab nak makan nasi minyak punya pasal. Sakan ko la Azwa oit. Makan! Makan! dan makan lagi. Masa makan sempat lagi bergambar dan siap bergosip la baq ang. Hoi, kalau dah namanya jumpa kengkawan memang tak sahlah kan kalau tak bergosip. Macam-macam topic hoi.
 

Selesai menyantap makanan masuk dalam rumah pulak. Sambung lagi gossip. Tak habis-habis lagi nak bergosip. Ha, part dalam rumah ni best sebab masa ni kitorang bergambar beramai-ramai. BP, KBU & blogger lain semua bergabung. Dah macam kenal sangat ha..  

 

Blogger Perak

blogger's family
Erm, apa lagi ye. Rasanya tu aje lah kot. Eh cop! Sebelum masing-masing balik ke KL, kami bebudak BP sempat lagi karaoke dan main bowling.. Keh3x.
 
 
Ucapan khas untuk abang Fadil dan kak Ruzz tersayang :
 
Selamat pengantin baru. Selamat menambah umat. Selamat menjadi ummi dan walid yang ter"ohsem". Abg, jagalah kakak kami tu dengan sebaik-baiknya. Jangan buli kak ruzz lebih-lebih. Haha. Tak sabar nak tunggu BP Junior keluar next year. yeayyy..





Sambutan Hari Raya IDSB

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik syawal pun dah berkahir. Cepatkan masa berlalu. Sebenarnya, nak dijadikan ceritu hari tu company buat majlis hari raya dekat opis. Hari Jumaat bos siap pesan suruh pakai baju raya. Kalau tak pakai kena denda. Masuk office hari Isnin, aku tengok semua orang pakai baju raya. Kemain segak, cantik dan bergaya semuanya. Cun-melecun gitu. Macam-macam juadah yang ada. Kuih raya, kek raya, makanan raya sume ada. Cuma yang takdanya adalah duit raya. Sobsob. #eh, dah dapat masa bulan puasa haritu. Hee. 

Majlis hari raya tu bermula dari pukul 12.30 tengahari sampai 2 petang. Tapi kami semua lajakkan sampai dekat pukul 3 petang. Hahaha. Makanan banyak lagi. Makan! Makan. Tak baik bazirkan makanan yang sedia ada. Nasib baik bos kitorang ni jenis sporting. Dia ye kan je tengok staff-staff dia. Demi membahagiakan perut staffnya. 

dari kanan : Asz, Kak Wanie, Kak Rose, Kak Mira, Kak Ila, Kama. 
Jamuan raya kali ni disediakan khas untuk staff dan orang yang terpilih saja. Dengar cerita tahun lepas lagi meriah sebab Dato' jemput orang luar sekali. Tak mengapa, janji majlisnya berjalan dengan lancar, Itu yang penting.

team gegurl yang terpaksa makan dalam surau. Haha
Kali ni tak ada khemah bagai macam last year, kata akak-akak senior. Tahun ni kitorang buat dalam opis saja. Tempatnya dekat level 3 iaitu pantry. Disebabkan hall dah penuh, kami 8 orang termasuk diri ini terpaksa menjamu selera dalam surau. Pantry, bilik meeting, hall semua dah penuh. Tinggal surau saja yang tak ada orang lagi nak duduk. Ini semua Kak Pah punya idea. Hahaha. Jadilah, asalkan lepas tu kitorang kemaskan balik dan tak kotorkan surau. 

Makan sambil bersembang. Memang ohsem sangat-sangat. Selesai saja makan terus si photography teragung kat opis snap macam-macam gambar. Macam-macam aksi dan lagak diorang ni pamer. Photogedik jugak rupanya korang ni. Haha. Jangan marah, saya cuma bergurau. :p Boleh dikatakan setiap sudut la. Daripada hall, bilik meeting, surau sampailah ke pantry nun ha. Ada je gambar yang budak ni tangkap. 

bilik meeting
laluan ke pantry
Selesai tangkap gambar kat area pantry, sekarang ni pulak bergambar dekat front-desk. Gigih semuanya turun ke level bawah dekat. Kali ni kitorang tangkap gambar bersama department masing-masing. #Eh silap. Sesi ni dimulakan dengan semua staff IDSB yang hadir masa tu.

  
Lepas tu hero malaya  

  
Diikuti pula dengan mak jemah sekalian. Ayu tak kami? 

 

Ha dah selesai gambar dengan semua staff, sekarang ni giliran untuk setiap department. Ok, kita mulakan dengan IT Department iaitu department aku. Percaya atau tak, akulah satu-satunya bunga dalam department tu yang dikelilingi oleh kumbang-kumbang sekalian.

 
IT Department
 Lepas tu Operation Department. Department ni lagi ramai perempuan daripada lelaki. Hikhik.  

Operation Department
Akhir sekali accounting department. Ha, kat department ni terbalik pulak dengan department aku. Sorang boboy yang lain gegurl. Haha.

 

Kalau korang perasan dalam setiap gambar ni ada lelaki yang memakai baju biru ala-ala hijau tu kan. Actually, yang ni lah bos kami. Bos ketiga dalam company ni. Bos bahagian operation. Cool, sporting dan friendlylah beliau. Satu je tabiat beliau adalah menyakat orang. Haha.

Oklah, masa x berapa nak ada ni. Nak chiow ke Ipoh sebentar. Jumpa lagi dalam entry yang yang akan datang. Apa yang pasti entry tu berkenaan dengan majlis perkahwinan abg fadil dan kak ruzz kami yang tersayang. Cewah!