sebut saje pasal LWT ni mesti korang terujakan. mana taknya, tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong even penduduk tempatan sendiri. ok, LWT ni memang best sebab setiap kali aku datang ke sini pasti ada tarikan baru yang pihak LWT perkenalkan. senang cite management kat sini up-to-date la. ringkaskan cerita macam-macam benda korang boleh lakukan. dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa (10am - 6pm). harganya pula amat berpatutan iaitu RM45 (dewasa), RM38 (kanak-kanak bawah 12 tahun & warga emas), free (kanak-kanak bawah 90cm).
pintu utama |
LWT ni lebih kurang macam Sunway Lagoon. antara theme park yang ada water park, amusement park, tiger valley, petting zoo (bagi haiwan makan), hot spring & spa (buang segala penyakit & virus yg ada dalam badan), kawasan bijih timah & rekreasi.
- Water Park
water park ni ada 6 park iaitu jungle wave pool, sandy bay, adventure river, cliff racer, tube raiders, & kid's explorabay
- Amusement Park
ha, memang tak lengkaplah aktiviti korang kalau tak ke amusement park ni. kanak-kanak pasti teruja bila berada di sini. ok, park ni ada 5 jenis iaitu adventure express, giddy galeon, dragon flight, perak parade & storm rider. pilih aje mana yang berkenan di hati. ok, sesape yang tak tahan naik (cepat pening) benda alah macam kat gambar atas ni, korang dinasihatkan jangan naik.
- Tiger Valley
di tiger valley ni korang boleh bagi makan dekat harimau-harimau yang sedang kelaparan. waktunya adalah seperti berikut :
Weekdays : 3 - 4 pm
weekend / school holiday / public holiday : 3 - 5 pm
weekend / school holiday / public holiday : 3 - 5 pm
- Petting Zoo
bagi pencinta haiwan, korang pasti teruja nak pergi ke sini. ok, dalam petting zoo ni ada lebih kurang 4000 haiwan dari 55 jenis spesies. dekat sini para pengunjung boleh menyentuh, beri makanan dan bermain dengan haiwan-haiwan yang comel-comel. sudah pasti ia akan satu pengalaman yang indah & penuh cabaran untuk seisi keluarga.
- Hot Spring & Spa
wah! cantikknya hotspring ni. ok, ni pemandangan pada waktu malam. aku sendiri tak pernah pergi LWT ni waktu malam. selalu pergi pagi balik petang. memang totally tak ada kalerkaler macam ni. masuk saje dalam hotspring ni bdan terus terasa segar. mula-mula memang panas tapi dala beberapa minit aje suhu air ni dah boleh ngam dengan suhu badan kita. syok weh! ok, kat sini korang boleh meremajakan diri. amboi, kemain meremajakan diri ek! mengikut research yang telah dibuat dikatakan air hotspring ni 100% mineral semula jadi panas.
- Tin Valley (bijih timah)
tin valley ni merupakan tarikan terbaru yang dibuat oleh pihak LWT. ianya diwujudkan bertujuan untuk mendidik generasi hari ini tentang warisan bijih timah yang ada di ipoh sebelum ini. ia dilengkapi dengan palung (kotak sluis) yang bersaiz sebenar, monitor pam kelikir asal dan kawasan besar untuk pelawat muda untuk merasai pengalaman mencuci dulang yang dilakukan oleh orang dulu-dulu.
- Rekreasi
Harga tiket :
- kanak-kanak : RM38 (12 tahun & ke atas)
- dewasa : RM45
Pakej yang ditawarkan termasuk :
- tiket masuk
- minuman isotonik
tidak lupa juga, pihak LWT turut menyediakan hotel untuk para pengunjung.
selesai sudah dengan LWT. insyaAllah, segmen ini akan bersambung lagi. nantikan segmen yang berikutnya.
2 org mengomel :):
terasa nak pegi..hehe
ima : silakan. heee..
Post a Comment