Majlis Perasmian Mydin Manjoi







Assalamualaikum. Hi bloggerz semua. Seperti semua sedia maklum, Mydin ke-2 di negeri Perak telah dibuka secara rasminya mulai 22 Jun iaitu hari Jumaat yang lepas. Upacara pembukaan dilakukan secara sederhana ini dirasmikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Tuan Mydin Mohamed. 

Namun satu lagi perasmian secara besar-besaran telah berlangsung pada hari Ahad iaitu 24 Jun yang lalu. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Menteri Kewangan II merangakap Ahli Parlimen Tambun diiringi oleh YB. Dato’ Hj. Nadzri bin Hj. Ismail (ADUN Manjoi), YB. Dato’ Hajah Rusnah bt Kassim (ADUN Ulu Kinta), Yg Bhg, Dato’ (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin).

Majlis ini didahului dengan nyanyian lagu negaraku (lagu wajib)&  bacaan ikrar taat setia oleh staff Mydin. Kerja baik-baik ya wahai abang & akak sekalian. Seterusnya diikuti pula ucapan pembukaan oleh Dato’ (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin. Untuk pengetahuan anda semua Mydin di Manjoi ni merupakan rangkaian yang ke-100. Fuh! kemain banyak. Kayo-kayo.

Baiklah, korang tentu lebih suka tengok gambar daripada tengok segala macam tulisan yang berjela-jela kan. Jom kita layan gambar-gambar di bawah ni. Selamat menjamu mata!

~ Ucapan oleh Dato' (Dr) Hj Ameer Ali~
~ Ucapan oleh YB. Husni ~

~ penyampaian cek kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah ~

~ yeay. YB memotong riben ~
~ YB. menandatangani plak ~

Selesai sudah dengan acara ucapan, potong riben & tandatangan plak, sampailah masanya untuk "tour" 1 mall dengan YB. Fuh! seriusly agak penat main kejar-kejar dengan YB tapi sangat best. Selama ni tak pernah pulak terpikir akan buat kerje macam ni. Tapi, tak apa. Suatu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Cewah, poyoz sungguh! Antara pihak media yang hadir sudah tentulah media daripada Blogger Perak. Wee. Terserlah kehepian anda semua. 


~ BPians bergambar bersama YB Husni & Dato' (Dr) Hj Ameer Ali ~

dari kiri : nisa, ain, nia & ayu

~ BPians bersama En. Ezact


~ dari kiri : ayu, azwa, ain, nia, remi & meor ~

~ Setelah memboncitttkan perut masing-masing ~

Bergambar sudah, makan pun sudah. sekarang masanya untuk bershopping. Wee, kemain korang ye. Shopping sakan naa. Untung la kami bershopping. Siap buat kad mydin. Free ok! Kau hado? Jalan-jalan tetiba jumpa retis. Sempat lagi snap dengan mereka. Ok, lagi sekali, kau hado? hee.


 ~ Dari kiri : ayu, remi, nasir wahab & saya ~

~ seronoknya jumpa bienda ~

~ untung la aku kena peluk dengan retis! ~


Sebelum pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, sempat lagi bercendolan dengan adik-adik dekat Silibin. Kemain semangat si Nia bercerita suka duka beliau dengan cendol. haha. Wa tahan je time lu cerita pasal cendol. Hakhak.. Sekian saja entry kali ini. Jumpa lagi..



p/s : En. Ezact, saya dah berjaya buat entry ini. weee. Thanx again sebab sudi jemput kami ke majlis perasmian ini. Jasamu ku kenang sampai akhir hayat.

4 org mengomel :):

Anonymous said... Reply To This Comment

HAHA , gambo aku mcm anak gajah hg masuk kan yeww :p *huduh*

Azwa said... Reply To This Comment

kahkahkah,....

Pisyek K said... Reply To This Comment

dem, peluk artis tu, bukan retis~~ :P

Azwa said... Reply To This Comment

hak3. bienda yg mulakan pelukan tersebut. then apa lagi.. balas la. bukan senang nak dpt pelukan drpada adrtis wooo.. picek, sla jgn jeles.. hee