Tragedi Oktober

Assalamualaikum

 

Baru ada kekuatan untuk coret sesuatu untuk si comel ni. Sebelum ni taip mata mesti berair punya. Allahurabbi! Namanya koko. Antara anak kucing yang aku sayangi. Baru sahaja mati lebih kurang 3 minggu yang lalu. Dilanggar secara tidak sengaja oleh pakcik. Kejadian berlaku masa kami semua sibuk masak untuk hari raya. Ya Allah, Engkau sahaja yang tahu betapa sedihnya aku tengok keadaan Koko masa tu. Alkisahnya, seperti yang aku katakan masa tu kami sibuk masak untuk hari raya aidiladha keesokan hari dan hidangan untuk rombongan dari masjid pada malam tu juga. Secara tiba-tiba aku dengar riuh dekat luar rumah. Sesaje jenguk ke luar dan pada masa tu luruh segala jasad aku dek terpandang akan tubuhnya yang menggeletek kesakitan. Darah keluar dengan banyaknya. Allah! Allah! Allah! Allahurabbi. 

Secara automatik berlari keluar mendapatkan Koko. Secara jujurnya aku memang tak boleh nak fikir panjang apa yang aku buat masa tu. Aku ambil Koko dan hampir nak peluk dia dalam keadaan dia berdarah. Ayah larang sebab takut darahnya terkena pada baju. Letak tubuh dia atas lantai lalu aku usap badannya dengan harapan dia akan hidup lagi. Tetiba terpandang matanya. Bola matanya terkeluar. Allahurabbi! Bola mata yang sakit itu baru sahaja sembuh. :'(

Aku usap lagi. Air mata memang merembes keluar laju masa usap dia. Allah Allah Allah. Tak lama lepas aku usap Koko, nafasnya berhenti dan badannya tidak lagi menggeletek kesakitan seperti tadi. Aku tahu dia telah pergi.

Duhai Koko, 
ingatlah bahawa aku senantiasa sayang kau walaupun kau tiada lagi depan mata aku. 
ingatlah bahawa aku senantiasa merindui keletehan kau ketika kau masih hidup.
aku redha dengan pemergian kau ini.
pergilah dengan tenang duhai koko sayang.
semoga kau dapat bertemu semula dengan ibu kau.
Aku redha.

hugs,
your owner..

Wordless Wednesday #11 : Axia vs Iriz


 


ATAU