baucar buku dilanjutkan?




BB1M ni sampai 30 April?
eh betul ke?
okie dokie uniten student kesayanganmu yang sorang nih nak lgi 4 keping.
boleh? pliz pliz piz...

p/s : kalaulah dapatkan... untunglahh


10 surah2 mustajab



okie, sesungguhnya entry kali ni memang panjang sebabnya copy pes daripada emel yang HOD bagi... sekadar renungan n selamat beramal...

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

emo again...



lagi lagi bila masuk blog rasa nak emo aje..
hello, emo bersebab okk..
bukan sesaje je nak emo.. xda masa...
arghhh... tension2.. cepat lah 23 may..
tension kot!!

3 orang dalam 1 hari




sekarang ni aje dah dapat 3 message daripada unknown people. orang yang betul-betul aku tak kenal..adakah ini suratan atau kebetulan? erk.. dah macam tajuk lagu plak..

message 1 :
unknown : assalamualaikum. awak ni umi kan. saya ***** kawan awak masa kita belajar sesama kat UIA.
aku : umi? sory salah orang.. *kerek gler aku.ahaha*
unknown : aik, bukan eh.. 
aku : ....
unknown : boleh sya tau awak ni spe? nak berkenalan boleh?
aku : saya manusia yang hdup dekat bumi.. <--- mesti dia bengang...hikhikhik

message 2 :
unknown :  salam. weh, ko ada dekat mne? ak dah tunggu ko dari tadi lagi. mne ko?
aku : erk..ttba ckap cam2..pe kes? *selamba rodok je ak reply gtu..spe suh sergah ttba kan.padan muka.ahaks*
unknown : eh, ko biar btl wan. xkan dgn aku pun ko x kenal.. 

-- pastu kol ak. x perasan no tadi sebab bz --

unknown : eh wan. xkan ko x kenal aku..
aku : spe nih.. 
unknown : ak **** la...xkan x kenal aku kot.
aku : *sambil buat suara operator*orang yang anda cri tiada dalam senarai kenalan saya. sekian. <<-- mesti bengang..

message 3 :
unknown : salam.. awak ni aisyah kan.. saya yang baru add awak kat facebook tadi..dapat tak?
aku :
*sambil berfkir.. bla masa plak ak ni aisyah.. biar je la..*

p/s : sungguh ak musykil..

 

ceritera reunite..




semalam best glerrr.... dapat reunite balik dengan kawan sekolah rendah..lama sesangat tak jumpa dengan budak sorang nih...kan sayahidah kan... rindu gler kat ko..last kitorang jumpa pun raya 2 tahun lepas..2 tahun.. lame tuh,.. chat punya chat kat fb kitorang plan nak jumpa balik memandangkan masing-masing ada kat kl..actually, plan nak kuar bertiga dengan sorang lagi kawan kitorang tapi last minute dapat mesej dari dia mengatakan tak dapat join sebab nak siapkan assignment.. orite roopa.. next time keyh...

plan nak jumpa kul 10.30 kat central market alih-alih kul 11.30 bru jumpa..sebabnya dah terlepas tren pada mulanya..tunggu punya tunggu terlepas lagi sebab dah full.. ok, part ni bengkek cket sebab manusia-manusia dalam tren tuh dok bertenggek kat pintu... padahal luas gler kat ruangan tengah.. bengkek!! tunggu lagi 30 min.fuh, nasib baik dapat naik.. tapi apa ak dapat? kena tolak kaw-kaw dengan minah senget mane ntah.. woit2.. x beragak langsung then ada plak 3 orang mamat indon x silap aku dok bertenggek kat dalam coach wanita.. sampai bts kena sound dengan warga polis.. hamek kau. padan muka.. hahaha..

sampai sudah kl sentral.. opsss, 11.25 daaa.. sian kawanku.. lama dah menunggu..sory beb.. bukan salahku.. :(.. amik tket terus ke masjid jamek..wahhh, best gler jumpa.. kata ak masih ganas..hahhaa... wuteva la mokcik.. jenjalan jap kat situ sambil cuci mata.. ramai betul manusia. pedulik hape.. redah sajaaa.. abis pusing terus ke central market cari kedai medal tuk adik aku sorang nih... medal tuk tournament.. nasib baik jumpa.. survey then deal dengan orang kedai tuh.. 

eh eh! ada novelis laa.. sha ibrahim penulis novel biarkan rindu berlalu & ridha reenawani (merah cinta epal). nice to both of u, sis & bro.. novel korang memang best.. 


wif kak sha..
next place midvalley.. abiskan masa kat sana.. dan lunch time..



thank u soo much my bff.. next time treat ak g eh.. rugi ak tak order bebanyak..hehehe... 4.30pm pulang ke rumah.. home sweet home..

p/s : next plan genting dengan budak chepor... batch kita je keyh!!




tamat sudah riwayat sang beruk







Merah Cinta Epal





hua. hua. hua. lame bebenor tak update belog ni. actually, bukan sengaja tak update tapi masa tak mengizinkan. erkk. berfesbuk tweet-tweet sempat pulakkan? apa pun tak boleh..
nampak tajuk entry nih? haaa.. agak-agaknya pasal apa eh.
cintan? cintun? epal? ce teka ce teka..

tak dapat? tak apa.. hangpa dengar bek-bek ye..
baiklah anak-anak  rakan-rakan sekalian..
arini cikgu saya nak review 1 novel nih.
eh cop-cop sebelum tu. sapa yang minat baca novel? sila angkat ketiak.. luas-luas tau.. hik3.
novel ni diberi nama MERAH CINTA EPAL
mesti hangpa sekalian pelik noh kenapa namanya sebegitu rupa..
hang tanya ceq, manalah ceq tau.. dah penulisnya bagi nama macam tuh..
erk..loyar buruk pulakk.. orite, straight to the point..



ni sinopsis novel nih.. layannnzzzz


Sinopsis:-
Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.



ulasanku :

novel ni memang best. antara top novel sekarang nih..
beli jangan tak beli.. sokonglah barangan buatan Malaysia..
erk.. tetiba aje..

ps : nak epal!!