Majlis Aqiqah Qayla Batrisyia

Assalamualaikum.

6 Dis 2014 yang lepas *dekat sebulan baru nak update. bhahaha*. Alhamdulillah, majlis aqiqah Qayla Batrisyia dan majlis tahlil berjalan dengan lancar. Cuaca pun baik pada hari kejadian. Syukur! Apa yang paling penting anak menakan kesayangan makngah ni behave sangat tau. Tak banyak ragam pun masa tu. Kemain sedap si Qayla ni tidur masa makcik-makcik tengah marhaban.

apa ke bendanya budak kenit ni pikir

Terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis kami sekeluarga. 


Kami sekeluarga mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga Allah merahmati kalian semua. Amin..

Walimatulurus : Kak Maya

Assalamualaikum..

 

Selamat pengantin baru kak maya dan suami.
Semoga baitulmuslim ini berkekalan hingga ke akhir hayat. :)


BR1M 2015

Assalamualaikum.

  

BR1M 2015 dah boleh dikemaskini bermula 1 Disember hingga 31 Disember yang lepas. Pada yang belum mengemaskini maklumat korang sila lakukan dengan segera sebelum tempoh yang diberikan tamat. Nyesal tak sudah nanti. Sila klik pada gambar di atas untuk ke web BR1M 2015.

Insyaallah, tahun ini bakal dapat BR1M seperti tahun-tahun sebelumnya. Maka, dengan itu bertambahlah duit simpanan untuk kahwin. #eh :p

Saya sudah. Anda bila lagi :p

Walimatulurus : Syafiqah dan Faiz

Assalamualaikum

Tengok tajuk pun dah tahu apa yang aku nak kongsikan. Ok, mari ringkaskan cerita. 

 

Bertolak dari KL lebih kurang pukul 10.30 pagi dan alhamdulillah selamat sampai di rumah Syafiqah tepat jam 2.15 petang. Maaf kerana lewat ye. Makan, sembang dan lepas tu bergambar. 

 

Btw, merah makngah kau masa kenduri tu. Cantik! Weh, minta maaf sekali lagi kerana tak dapat stay lama masa tu. Nak ke Ipoh pulak. :) 

Apa-apa pun aku ucapkan selamat pengantin bar. Semoga masjid yang dibina ini berkekalam hingga ke syurga Allah. Amin. :)