Doa pembuka 12 pintu

Assalamualaikum & selama pagi. Berpuasakah anda pada hari ini. Bagi yang sedang berpuasa saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi hari yang ke-10. Fuh, diam tak diam dah 10 hari kita berpuasa. Sekejap aje kan rasanya. Jom kita jamu rohani dengan doa ni : 


Diharapakan semoga dengan adanya doa ini akan dipermudahkan lagi segala-galanya. Insyaallah

Blogger Perak : Iftar di Hotel Syuen

Assalamualaikum. First entry sempena bulan Ramadhan. Malas nak taip panjang. Yang pasti entri kali ni pun akan dipenuhi dengan gambar. Blogger Perak, lebleb u la! Baiklah, straight to the point, jumaat baru-baru ni (27/7) aku join iftar BPians. Beriftar la kami di Hotel Syuen. Kemain kau jah iftar kat Syuen. Sekali sekala kan. Secara ringkasnya ni adalah pertama kali aku join iftar dengan mereka. Memang happening habis. Tempat itu bagaikan kami yang punya. Seriusly, riuh sekampung bila yong yop ni bergabung. 


Tema kami pada hari kejadian adalah hitam putih. Tapi aku macam lari tema sikit. Jangan marah ye kakak adik abam. Yang penting wa pakai kaler putih & ada warna hitam sekali. Lu marah lu bukak puasa sekarang gak! ok, ramai gak yang datang. Dan ada yang sememangnya aku betul-betul tak kenal. 

Antara yang hadir malam tu :

 


Macam-macam gelagat diorang nih. Happening habis! Lihat saja wajah kegembiraan mereka selepas berbuka. 

teruja sebenarnya tengok si kak ruzz ni pakai jubah. ohsem!
   

Tak puas lagi nak mengumpat, kitorang sambung pulak dekat dataran. shrekkk.. Kena tangkap gambar dulu sebelum ke sana.

KSP diapit oleh 2 orang retis BP
 
 
weewitt. Nisa & pasangannya Amal
Nia & Nisa
fie siap amik no najwa woo. kemain kau ye fie
muka yg seakan-akan garang tapi sememangnya tak garang pun.  :)
Nak komen sikit pasal makanan kat hotel nih. Kak Ruzz n Nisa jangan marah ek. Korang tak salah apa-apa pun dalam bab nih. Yang salahnya chef tu. :) Cuma nak cakap 1 je la. Makanannya ok tapi tu la. Still banyak yang perlu pihak hotel especially chef yang memasak makanan ni perlu perbaiki. Bayangkan ek wa yang tergoda tengok air sarsi kemudiannya minum air tersebut terus gulpppppp.. Mak aih, airnya tawar. Wa tak suka tawar-tawar nih. I is like manis. Tambahkan manisan salam senyuman. #Eh memang tak ada kaitan langsungkan. Bab makanan pulak nasib baik ada udang tempura. My pebret tu! Makanan yang lain? Ok la. 

Ok kengkawan. sampai di sini saja dulu ek. Semoga berjumpa lagi pada event yang akan berlangsung kat rumah Kak Reena. Dan semoga aku dapat join event tersebut. Insyaallah. :)

Mini Gath Blogger Perak - 15 Jul 2012

Hi semua. Untuk pengetahuan korang, pada hari ahad lepas (15/7) aku join mini gath Blogger Perak. Kali kedua join BP tapi ni mini gath BP yang first aku join. Sebelum ni dah banyak kali try nak join tapi masa tak mengizinkan. Memandangkan sekarang ni dah jadi balik anak jati ipoh, so peluang yang ada ini terus aku amik even sekejap aje masa aku dengan mereka.

Bak kata abang long & kak long BP "korang ada mata, hidung, telinga, mulut, tak perlu nak malu-malu". Setuju sesangat dengan kenyataan otai-otai BP nih. Buat apa kita nak malu dengan orang sedangkan kita dah kenal dengan mereka even dalam dunia maya. Bila chat kemain mesranya tapi bila orang ajak pergi gath banyak sangat alasan. Kami semua manusia sama seperti anda yang buat kenyataan malu-malu bagai tuh. Ok, teremo sekejap. Sorry!

Seperti yang dipost oleh abang aim mini gath ni diadakan di Aeon Kinta City (JJ Ipoh). Dengan semangat yang berkobar-kobar bertolak lah aku dari rumah pukul 9.40 bersama kakak & kawan. Sampai aje kat fudcot memang tak ada seorang pun. Ohmai. Sepatutnya kena ada dekat fudcot pukul 10 am. 10 pagi ok. Tapi ramai yang datang lepas pukul 11 lebih sebab memasing ada hal. Ok, jangan marahkan sesiapa yang datang lambat. Wa tau lu orang ada hal. Tidak mengapa! Wa maafkan. Peace yo. 

Snap sana snap sini sementara nak tunggu BPians yang lain. Sila lihat wajah-wajah kegembiraan mereka ni. Layann...



Kami antara yang datang awal. :)

~ wif kak reena ~
~ DM & Syakir ~
~ Sinichi Yaya & Sepupu ~
~ kak reena, azwa & remi ~
"kami BP"
~ ayong & kak maya ~
Puas snap gambo bersama retis BP, bergegas pulang ke rumah untuk bersiap-siap pergi kenduri. Dengar cerita mereka-mereka ni makan dekat Restoran Ayam Penyet. Sedap tak? Wa jelly tahu tak sebab tak dapat join korang meeting.

      

Bak kata kak reena tentang gambar kat atas ni "tetiba rasa mcm reena jadi guru kelas".

 
Apa motif gambar ni sebenarnya ek? kak reena, sila terangkan!

ain : jangan la pandang ain centu. I malu tahu!
dm : tak perlu malu sebab abang tengok ain makin comel. :)
Ain, sila jangan marah dengan dialog di atas. Hahahaa. Lepas habis meeting terus sambung lagi enjoy. Welcome to Mydin Mall. Buat apa lagi kalau bukan karok. Yeah karok. Antara aktiviti yang mesti dilakukan oleh BPians. Setiap sorang kena sumbangkan 1 lagu. Berduet lah aku dengan remi. Nyanyikan lagu Jangan Menangis Sayang. Eh, ada yang tak pernah dengar lagu ni ke? 

Korang nak tengok tak sorang budak ni yang gila bergambo. Perkenalkan :

   

Korang sendiri nampakkan macam mana perangai si syakir nih. 


Pe ke halnya muka si Ain ni macam ni? Ain, wa x tahan tengok muka lu ceni. Tiap kali tengok gambo ni mesti wa gelak sakan. hahaha.

merpati 2 sejoli. #eh
 

Geng! korang tengok sendiri betapa curangnya si Zali dengan buah hatinya, Ain. Ain, mohon kick budak zali ni. Hahahaha.

abam reez ni boikot dorang ke hape?
 
 

We are 1 happy family. Love you, BPians. Bagi korang yang tak join gath ni mesti jeles sesangatkan. Huntungnya kami dan ruginya kamu yang tak join. Hakhak. Ok lah korang, ini saja untuk entry kali ni. Bpians sekalian semoga berjumpa lagi di gath yang akan datang. Oh, tak sabarnya! 

Jom Melawat Perak - Kellie's Castle


Korang pernah dengar tak pasal Kellie's Castle atau dalam bahasa melayunya Istana Kellie's. Ala, istana yang telah ditinggalkan sebelum siap sepenuhnya. Jom, usha sejarah mengenai istana lama ni.


Istana ni dibina pada tahun 1910 oleh William Kellies Smith. Beliau merupakan seorang peladang getah yang terkemuka dari British. Bangunan ni ada 3 tingkat. Seni binanya kalau kita lihat serupa dengan Istana Moghul, India. 

Ada 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan juga terowong rahsia yang lengkap dengan lif. Tingkat kedua pula ada sebuah padang tenis yang berlantaikan simen. Cuba korang bayangkan eh, macam mana nak main kalau bersimen. Pernah terfikir tak? Macam tak logikkan. Namun, bangunan ni tak sempat nak disiapkan sepenuhnya sebab beliau telah meninggal dunia. 

Macam mana nak sampai ke sini? Senang aje sayang-sayangku. Kalau korang dari arah selatan, keluar tol simpang pulai dan terus amik jalan ke batu gajah atau jalan nak menghala ke UTP @UiTM. Senangkan? 

Waktu melawat :
  • RM 5 - pelacong luar (foreigner)
  • RM 4 - dewasa
  • RM 3 - sek. menengah
  • RM 2 - sek. rendah
  • FREE - kanak-kanak (bawah 6 tahun)
untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 05-3651336.


Ok, cukup dengan sejarah jom kita usha apa yang ada dalam istana ni. Cikidout~

 Pintu depan 


 
lorong misteri

Di lorong ni la orang ramai selalu nampak roh Kellies berlegar-legar. Menyeramkan!

 

ok, yang ni pemandangan dari atas istana. Kata orang beliau akan naik ke atas ni untuk tinjau pekerjanya melakukan kerja. 

 

Yang ni pula jambatan utama untuk ke istana ni. Eh, tak roboh lagi la!

 

Tangga untuk ke penjara bawah tanah. Dahsyat woo. Dalam rumah pun ada penjara. 


 

Orang putih ni semangnya tak akan lari dari arak kan. Ok, ni tempat simpanan arak beliau. 



Baiklah, itu saja untuk entry ni. Harap korang enjoy! Jangan lupa lawat Perak tercinta ni tau. 

Wordless Wednesday #4 : Bertemu Imam Muda Asyraf


 


p/s : saje nak bagitau last wik join program ni. hee. best!

Jom Melawat Perak - Taman Rekreasi Gunung Lang

Hi semua. Ini adalah entry ketiga tentang segmen "Jom Melawat Perak". Semangat tak wa buat entry pasal segmen ni? Memey r! Ok kengkawan jom usha apa yang ada dekat Gunung Lang ni. 

Taman Rekreasi ni terletak di Bandaraya Ipoh. Kalau korang turun dari Lebuh Raya Utara Selatan tu memang dah boleh nampak kawasan ni. Ia berlatarbelakang alam semula jadi yang dikelilingi dengan hamparan bukit batu kapur. Terdapat sebuah tasik dan limpahan air terjun yang menjadi tarikan utama para pengunjung. Kata orang kawasan rekreasi ni ada lebih kurang 4 buah gua. Wallahuallam.

 

Cantikkan! Teruja tak? Kata kawanku yang pernah praktikal kat sini, air terjun ni sebenarnya buatan manusia. 

 

ini pula pemandangan daripada atas bot. 


 

Kawasan kedua selepas korang seberang tasik. Nice ok. Aku suka pergi dekat sini sebab ada banyak pondok! Haha. Alasan yang tak munasabah langsung. Selain dari pondok ada juga terdapat kandang binatang. Nak tau binatang apa? Sila datang ke Gunung Lang ni dengan segera. xp. Terupa nak mention, untuk ke sini korang perlu menaiki bot. Bayarannya tak mahal mana pun. Cuma RM3. 

 

Apa yang korang boleh lakukan dekat sini :

- Berkelah bersama keluarga, sahabat andai & yang tersayang. Itu yang penting. Hakhak.

- Bagi makan dekat ikan-ikan yang sedang kelaparan. Masa ni korang dapat tengok betapa besarnya ikan-ikan tersebut. Wa kagum! Mesti sedap kalau dibuat goreng. Kenyang setahun.



Pesanan penaja : Selamat menjalani aktiviti rekreasi di sini sambil menghirup udara yang segar-bugar lagi nyaman.