Jom Melawat Perak - Kellie's Castle


Korang pernah dengar tak pasal Kellie's Castle atau dalam bahasa melayunya Istana Kellie's. Ala, istana yang telah ditinggalkan sebelum siap sepenuhnya. Jom, usha sejarah mengenai istana lama ni.


Istana ni dibina pada tahun 1910 oleh William Kellies Smith. Beliau merupakan seorang peladang getah yang terkemuka dari British. Bangunan ni ada 3 tingkat. Seni binanya kalau kita lihat serupa dengan Istana Moghul, India. 

Ada 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan juga terowong rahsia yang lengkap dengan lif. Tingkat kedua pula ada sebuah padang tenis yang berlantaikan simen. Cuba korang bayangkan eh, macam mana nak main kalau bersimen. Pernah terfikir tak? Macam tak logikkan. Namun, bangunan ni tak sempat nak disiapkan sepenuhnya sebab beliau telah meninggal dunia. 

Macam mana nak sampai ke sini? Senang aje sayang-sayangku. Kalau korang dari arah selatan, keluar tol simpang pulai dan terus amik jalan ke batu gajah atau jalan nak menghala ke UTP @UiTM. Senangkan? 

Waktu melawat :
  • RM 5 - pelacong luar (foreigner)
  • RM 4 - dewasa
  • RM 3 - sek. menengah
  • RM 2 - sek. rendah
  • FREE - kanak-kanak (bawah 6 tahun)
untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 05-3651336.


Ok, cukup dengan sejarah jom kita usha apa yang ada dalam istana ni. Cikidout~

 Pintu depan 


 
lorong misteri

Di lorong ni la orang ramai selalu nampak roh Kellies berlegar-legar. Menyeramkan!

 

ok, yang ni pemandangan dari atas istana. Kata orang beliau akan naik ke atas ni untuk tinjau pekerjanya melakukan kerja. 

 

Yang ni pula jambatan utama untuk ke istana ni. Eh, tak roboh lagi la!

 

Tangga untuk ke penjara bawah tanah. Dahsyat woo. Dalam rumah pun ada penjara. 


 

Orang putih ni semangnya tak akan lari dari arak kan. Ok, ni tempat simpanan arak beliau. 



Baiklah, itu saja untuk entry ni. Harap korang enjoy! Jangan lupa lawat Perak tercinta ni tau. 

3 org mengomel :):

AL AZRUL said... Reply To This Comment

sya dtg sni, time tu free lgi rsanya, sbelum dia renovate bgi kemas, trus kena bayar.. bilik bwah tanah tmpt ni best, gelap n seram la kot

Azwa said... Reply To This Comment

@AL AZRUL

yup2.. best tapi 2 la. gelap sgt..

Azwa said... Reply To This Comment

@cynta ieda insyaallah