Sultan Perak Mangkat


Assalamualaikum.


Salam takziah dariku dan ahli keluargaku untuk ahli keluarga kerabat Diraja Perak.

Semoga alhmarhum Tuanku dirahmati dan diberkati oleh-Nya.
Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Amin ya rabbalamin..

Kucing Jalanan

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Antara kucing jalanan yang aku sayang. Si Belang, Kelabu dan Oren. Nama simple saja ikut warna bulu diorang. Hari-hari aku akan tunggu diorang datang tak kira sama ada pagi sebelum pergi kerja atau petang selepas balik kerja. 

Frieskis memang sudah sedia ada dalam seat motor. Diorang datang je terus bagi. Sabtu lepas masa tengah bagi si Kelabu makan datang seorang auntie cina ni. Rupanya dia pun nak bagi makan dekat kucing-kucing yang ada dekat bawah flat kitorang. Masing-masing sembang pasal kucing-kucing yang ada dekat blok kitorang ni.

belang
Si Belang.. Sebenarnya aku baru aje feed dia dalam seminggu. Benda pertama yang aku terpandang dekat kucing ni adalah kurap. Ya Allah! kesiannya dia. Mesti gatal sangat-sangat. Semalam waktu balik dari kerja aku terpandang seekor kucing di bawah salah sebuah kereta. Meow! Aku panggil kucing tu. Rupa-rupanya si Belang. 

Apa yang aku perasan setiap kaliaku panggil dan bagi dia makan, Belang tak berapa nak makan sangat. So, pergi kedai runcit beli susu. Alhamdulillah dia minum. Dahaga sangat-sangat aku tengok. Tak bestnya semalam bagi lagi susu tapi dia taknak. Makan pun macam tersekat-sekat. Dalam hati dah tertanya kurap dia dah merebak ke dalam badan ke? Huhu. Masa usap badan dia memang terasa kerak-kerak keras. Ya Allah, sembuhkanlah kucing ni. Tak sanggup nak lihat dia menderita lagi.

kelabu 
Ini pula Kelabu. Kepala dia seakan-akan terteleng. Menurut auntie tersebut katanya sebelum ni kepala Kelabu ok. Kepala dia jadi teleng sejak 4 bulan yang lepas. Aku tak sure kenapa. Animal abuse lagi ke? :'( Kakinya pula terhinjut-hinjut masa berjalan. Allahurabbi. 

oren (RIP)
RIP Oren. Si kucing yang paling awal aku jumpa. Sentiasa tercari-cari si Oren ni. Kalau sehari tak jumpa macam tak lengkap hari tu. Tak tahu kenapa. Rindu kucing dekat rumah kot. :P Kejadian Rabu lepas masih lagi terngiang-ngiang dekat kepala aku. Dia datang tanpa aku undang, dia pergi tanpa aku duga. Tiada sebanrang pun pada si Oren. Tak silap masa pertama kali jumpa dan lihat dia mati, si Oren ni tengah bunting. Allahurabbi. Semoga si pelaku terima balasan, insaf dan tak buat pada kucing-kucing yang lain.

Travellog : Ke Pulau Pinang ke Kita

Assalamualaikum..

Sempena hari ibu yang lepas, kitorang satu family pergi ke Penang. Semalamnya pada 10 Mei sambut hari ibu ramai-ramai dekat kampung. So, 11 Mei 2014 adalah masa untuk bercuti. Tenangkan fikiran. Yeah! sebenarnya dah lama plan nak pergi ke sana tapi terpaksa tangguh atas sebab-sebab tertentu. Tujuan utama nak naik jambatan kedua Pulau Pinang je pun. Hee

Panjang baq ang jambatan kedua tu. Kalau dari selatan memang dekat je nak naik jambatan tersebut. Cuma 27km sahaja dari RnR Bukit Merah. Lebih kurang 27 minit macam tu la. Maaf gambar tak berapa nak cantik. Almaklumlah handphone murah aje.

 

Say hi to JK2PP! Perasaan masa tu teruja pun ada. Masa dah naik atas jambatan tu perasaan aku cuma nak tangkap gambar je. Then sent dekat whatsapp group famili. Kekonon nak bagi depa ni jeles. Ahaks! JK2PP ni memang panjang. Aku tak sure panjang sebenar tapi apa yang dapat aku simpulkan dekat sini jambatan ni lebih selamat berbanding dengan jambatan pertama tu. Kenapa aku kata selamat sebabnya kita tak dapat nak tengok  laut dengan jelas. Erk, paham ke tak ni. Lagi satu terdapat pembahagian jalan raya antara laluan kereta dan motorsikal. *sebab tulah masa awal-awal pembukaan JK2PP ni ada yang buat aksi superman*. Bak kata ayah jauh sikit dari bandar Pulau Pinang. 

Plan pada hari tu? Erm, kitorang tak ada plan nak pergi ke mana-mana pun. Just enjoy the day. Pergi ke shopping mall yang ada dekat pekan Penang tu sambil cuci-cuci mata tengok gelagat orang dekat sana. Then macam biasalah aku ni sebenarnya pantang kalau pergi ke tempat orang. Mesti nak beli baju sebagai tanda kenangan. Ehem azwa, berapa banyak baju penang kau ada da. Berlambak dalam almari kau tu. Tak cukup-cukup lagi gamaknya!

Sebelum balik ke Ipoh, gigih ajak ayah pergi ke Street Art Penang. Akhirnya! Sampai jugak aku ke Street Art Penang ni. Ngeh2. Masa dah sampai dekat sana mak kata "lah, mak ingatkan tengok dalam galeri". :) 

Jenuh jugak nak mencari Street Art ni. SA yang kitorang pergi ni dekat Lebuh Armenian. Orang Penang mesti tau. So, this is the result!

 
  

Untuk pengetahuan korang banyak lagi tempat lain yang ada SA ni tapi tak berkesempatan nak pergi. Huhu. Tapi tak mengapa lain kali boleh pergi lagi. :) So, cerita korang masa cuti hari itu apa?

Datang tanpa diundang, pergi tanpa diduga


Assalamualaikum..

 

Kucing ini,
datang tanpa diundang
hadir tanpa ku pinta
pergi tanpa ku duga.
Allahurabbi...

kejadian 2 hari yang lepas. Kejadian yang boleh dikatakan berlaku depan mata aku. Terdiam, tergamam dan tersentap bila tengok kucing ni terkulai layu tanpa sebarang nyawa. alkisahnya berlaku selepas aku balik dari kerja.

Sampai dekat tempat parking motor aku aku terpandang dekat kucing yang aku selalu bagi makan. Terbaring dekat tepi dinding sambil usap bulunya. Hati berkata "haa, dia dah datang. nak bagi makan la". Ok, disebabkan stock makanan kucing dah habis maka aku pergi dulu kedai then beli makanan kucing. Usai beli terus pergi dekat kucing ni. Pergi dekat sekali aku tengok terbaring dan tak bergerak langsung. Hati terus rasa lain macam. Jangan kata... 

Allahurabbi! Apa yang aku taknak terjadi telah pun terjadi. Aku tengok mata dia terbukak. Allah.. Saat tu juga mata terus berair dan air mata mengalir dengan laju. Lantak la apa orang nak kata bila tengok aku menangis. Cuba usap badan kucing ni kot-kot tetiba bergerak tapi tak berjaya. Masa usap badan dan kepala dia secara tiba-tiba darah keluar. Banyak! Allahurabbi.. Apa aku dah buat sampai berdarah ni. 

Datang 2 orang budak perempuan india. Diorang kata dengar ada benda jatuh. Kuat sangat bunyinya dan masa pergi dekat benda yang jatuh tu diorang tengok kucing. Kebetulan salah seorang dari diorang nampak seseorang campak kucing dari tingkat 9. TINGKAT 9 beb! Tingkat 9.. Lagi laju aku nangis.

Kesal dengan tindakan manusia yang tak berperikemanusiaan tersebut. Aku tak kisahlah sama ada lelaki / perempuan melayu/cina/india yang buat benda bodoh gini. Apa yang aku tau dan nak tahu kenapa buat binatang macam ni. Tak ada otak eh? Kalau betul pun kucing malang tu dah ganggu hidup korang turunkan dia secara elok. Guna lif yang ada la bengong!

Ya Allah, berilah balasan yang sepatutnya pada sesiapa yang telah menganiaya kucing malang tersebut. 
Semoga kucing tersebut aman di sana.

Review Produk : Jom bakar lemak bersama Secret Laxing

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekali lagi diri ini berpeluang untuk membuat review tentang produk baru keluaran Legacy Secret Network Sdn. Bhd. So, kali ni produk apakah yang akan aku bincangkan? Sebelum aku teruskan nak la juga tanya ada tak sesiapa  yang sedang berusaha untuk membuang segala lemak tepu yang ada dalam badan korang? Tak pun yang sedang mencari produk pelansingan badan yang efektif dan kebabom? Sudah jumpa tapi produk yang korang beli itu tak bersesuaian?

Aha! Adik, kakak, abang, pakcik dan makcik sekalian perkenalkan Secret Laxing! Mesti korang tertanya-tanya apa ke bendanya ni? Elok tak? Tak ada effect apa-apa ke bila amalkan supplemen ni? Sebelum aku jawab soalan tersebut mari aku cerita serba sedikit pasal produk Secret Laxing ni.

 

Secret Laxing merupakan produk pelangsingan yang telah digabungkan dengan pelbagai aspek untuk mengurangkan / membakar lemak dalam tubuh badan yang hanya terdapat dalam satu botol sahaja secara mudah, sihat dan lebih efektif. Yeah, rasanya semua orang sudah sedia maklum bahawa Malaysia merupakan antara negera Asia yang mempunyai penduduk obesiti yang ramai. Tudia! So, korang nak tambahkan lagi kapasiti tersebut? Kalau tak nak mari amalkan Secret Laxing ni. 


Fungsi Secret Laxing apa ?

Banyak fungsinya weh! Meh aku senaraikan satu per satu. Antaranya adalah ia
  • membantu tubuh membakar kalori / lemak secara berganda 
  • dapat meningkatkan metabolisma badan
  • meningkatkan lagi tenaga dalam badan 
  • yang penting dapat mengecilkan saiz badan 

Khasiat Secret Laxing pula ? 
  • membantu mengawal berat badan
  • membantu mengecilkan lingkaran pinggan dan merampingkan perut
  • membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak tubuh (thermogenic) supaya penurunan massa lemak dan peningkatan massa otot terjadi
  • sebagai anti-oksidan dan mengoptimumkan proses detoks racun dan pada masa yang sama dapat memperbaiki sistem pencernaan
  • mengawal rasa lapar
  • meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan
  • mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses pembuangan air besar

Cara pengambilan Secret Laxing :

Korang tak perlu risau. Supplemen ni sangat mudah digunakan.
  • boleh diminum terus
  • digalakkan minum 2x sehari
Ok, korang mesti nak dapatkan kesan yang lebih cepatkan? Lagipun supplemen ni amat menggalakkan korang untuk ambil 2 sudu besar pada waktu pagi sebelum breakfast dan 2 sudu besar sebelum tidur.


Amaran untuk semua pengguna Secret Laxing :
  • jangan makan lebih dari yang dianjurkan
  • ibu mengandung. menyusukan anak, pesakit gatrik, tekanan darah tinggi dan yang mengalami masalah jantung dilarang sama sekali ambil supplemen ini
  • sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun
  • elakkan dari minum minuman bersoda / beralkohol sebab ia akan mengurangkan efek supplemen ni
  • tolong minum air putih dan makan buah sebanyak mungkin untuk melancarkan lagi sistem metabolisme tubuh

Kandungan Secret Laxing :

Ia diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi. Antaranya adalah :
  • honey | prune | delima | goji | sireh | L- carnitine | senna | garcinia cambogia | green tea | acai berry | dandellion | white kidney bean | grape extract  

Harganya mahal atau tidak ?


 


I tell you, my dear friends. Harga Secret Laxing ni mampu milik punya. Tak mahal mana pun weh! 

RM 33 (SEM) | RM35 (SS)
BRD 18 (Brunei) | SGD 18.00 (S'pore)

See, murahkan? Eh, sebelum terlupa pada yang berminat dengan supplemen Secret Laxing ni, cepat-cepatlah hubungi Legacy Secret Network di :

Secret Laxing By Legacy Secret
B-Vite HQ
Masalah Wanita
Wanita Perfect
Legacy Secret Trading
Harum Malam HQ


Ehem, korang pun sudah maklumkan tentang Secret Laxing ni. Tunggu apa lagi weh! Grab it faster before late. Raya dah dekat ni. Cepat! Cepat! Aku doakan semoga dengan pengambilan supplemen ni korang akan dapat berat seperti yang diidamkan selama ini. Doakan aku jugak ye! I want my weight back...