Datang tanpa diundang, pergi tanpa diduga


Assalamualaikum..

 

Kucing ini,
datang tanpa diundang
hadir tanpa ku pinta
pergi tanpa ku duga.
Allahurabbi...

kejadian 2 hari yang lepas. Kejadian yang boleh dikatakan berlaku depan mata aku. Terdiam, tergamam dan tersentap bila tengok kucing ni terkulai layu tanpa sebarang nyawa. alkisahnya berlaku selepas aku balik dari kerja.

Sampai dekat tempat parking motor aku aku terpandang dekat kucing yang aku selalu bagi makan. Terbaring dekat tepi dinding sambil usap bulunya. Hati berkata "haa, dia dah datang. nak bagi makan la". Ok, disebabkan stock makanan kucing dah habis maka aku pergi dulu kedai then beli makanan kucing. Usai beli terus pergi dekat kucing ni. Pergi dekat sekali aku tengok terbaring dan tak bergerak langsung. Hati terus rasa lain macam. Jangan kata... 

Allahurabbi! Apa yang aku taknak terjadi telah pun terjadi. Aku tengok mata dia terbukak. Allah.. Saat tu juga mata terus berair dan air mata mengalir dengan laju. Lantak la apa orang nak kata bila tengok aku menangis. Cuba usap badan kucing ni kot-kot tetiba bergerak tapi tak berjaya. Masa usap badan dan kepala dia secara tiba-tiba darah keluar. Banyak! Allahurabbi.. Apa aku dah buat sampai berdarah ni. 

Datang 2 orang budak perempuan india. Diorang kata dengar ada benda jatuh. Kuat sangat bunyinya dan masa pergi dekat benda yang jatuh tu diorang tengok kucing. Kebetulan salah seorang dari diorang nampak seseorang campak kucing dari tingkat 9. TINGKAT 9 beb! Tingkat 9.. Lagi laju aku nangis.

Kesal dengan tindakan manusia yang tak berperikemanusiaan tersebut. Aku tak kisahlah sama ada lelaki / perempuan melayu/cina/india yang buat benda bodoh gini. Apa yang aku tau dan nak tahu kenapa buat binatang macam ni. Tak ada otak eh? Kalau betul pun kucing malang tu dah ganggu hidup korang turunkan dia secara elok. Guna lif yang ada la bengong!

Ya Allah, berilah balasan yang sepatutnya pada sesiapa yang telah menganiaya kucing malang tersebut. 
Semoga kucing tersebut aman di sana.

0 org mengomel :):