Majlis Perasmian Mydin Manjoi







Assalamualaikum. Hi bloggerz semua. Seperti semua sedia maklum, Mydin ke-2 di negeri Perak telah dibuka secara rasminya mulai 22 Jun iaitu hari Jumaat yang lepas. Upacara pembukaan dilakukan secara sederhana ini dirasmikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Tuan Mydin Mohamed. 

Namun satu lagi perasmian secara besar-besaran telah berlangsung pada hari Ahad iaitu 24 Jun yang lalu. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Menteri Kewangan II merangakap Ahli Parlimen Tambun diiringi oleh YB. Dato’ Hj. Nadzri bin Hj. Ismail (ADUN Manjoi), YB. Dato’ Hajah Rusnah bt Kassim (ADUN Ulu Kinta), Yg Bhg, Dato’ (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin).

Majlis ini didahului dengan nyanyian lagu negaraku (lagu wajib)&  bacaan ikrar taat setia oleh staff Mydin. Kerja baik-baik ya wahai abang & akak sekalian. Seterusnya diikuti pula ucapan pembukaan oleh Dato’ (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin. Untuk pengetahuan anda semua Mydin di Manjoi ni merupakan rangkaian yang ke-100. Fuh! kemain banyak. Kayo-kayo.

Baiklah, korang tentu lebih suka tengok gambar daripada tengok segala macam tulisan yang berjela-jela kan. Jom kita layan gambar-gambar di bawah ni. Selamat menjamu mata!

~ Ucapan oleh Dato' (Dr) Hj Ameer Ali~
~ Ucapan oleh YB. Husni ~

~ penyampaian cek kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah ~

~ yeay. YB memotong riben ~
~ YB. menandatangani plak ~

Selesai sudah dengan acara ucapan, potong riben & tandatangan plak, sampailah masanya untuk "tour" 1 mall dengan YB. Fuh! seriusly agak penat main kejar-kejar dengan YB tapi sangat best. Selama ni tak pernah pulak terpikir akan buat kerje macam ni. Tapi, tak apa. Suatu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Cewah, poyoz sungguh! Antara pihak media yang hadir sudah tentulah media daripada Blogger Perak. Wee. Terserlah kehepian anda semua. 


~ BPians bergambar bersama YB Husni & Dato' (Dr) Hj Ameer Ali ~

dari kiri : nisa, ain, nia & ayu

~ BPians bersama En. Ezact


~ dari kiri : ayu, azwa, ain, nia, remi & meor ~

~ Setelah memboncitttkan perut masing-masing ~

Bergambar sudah, makan pun sudah. sekarang masanya untuk bershopping. Wee, kemain korang ye. Shopping sakan naa. Untung la kami bershopping. Siap buat kad mydin. Free ok! Kau hado? Jalan-jalan tetiba jumpa retis. Sempat lagi snap dengan mereka. Ok, lagi sekali, kau hado? hee.


 ~ Dari kiri : ayu, remi, nasir wahab & saya ~

~ seronoknya jumpa bienda ~

~ untung la aku kena peluk dengan retis! ~


Sebelum pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, sempat lagi bercendolan dengan adik-adik dekat Silibin. Kemain semangat si Nia bercerita suka duka beliau dengan cendol. haha. Wa tahan je time lu cerita pasal cendol. Hakhak.. Sekian saja entry kali ini. Jumpa lagi..



p/s : En. Ezact, saya dah berjaya buat entry ini. weee. Thanx again sebab sudi jemput kami ke majlis perasmian ini. Jasamu ku kenang sampai akhir hayat.

Jom Melawat Perak - Lost World of Tambun



hello bloggerz sekalian. Adakah anda tahu, bahawa tahun ni adalah Tahun Melawat Perak.  Ayuh kome-kome semua, moh le kita semua jelajah 1 perak. macam-macam tempat yang korang boleh pergi. korang request apa-apa aje. makanan, tempat peranginan, shopping, ronggeng haa semuanya sudah tersedia kat perak nih. ok, demi menyahut seruan bloggerperak.com, aku sebagai salah seorang ahli Blogger Perak diwajibkan membuat entry pasal benda ni. even dah terlambat tapi tetap jugak nak buat. semangat nak promote la katakan. 


sebut saje pasal LWT ni mesti korang terujakan. mana taknya, tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong even penduduk tempatan sendiri. ok, LWT ni memang best sebab setiap kali aku datang ke sini pasti ada tarikan baru yang pihak LWT perkenalkan. senang cite management kat sini up-to-date la. ringkaskan cerita macam-macam benda korang boleh lakukan. dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa (10am - 6pm). harganya pula amat berpatutan iaitu RM45 (dewasa), RM38 (kanak-kanak bawah 12 tahun & warga emas), free (kanak-kanak bawah 90cm). 

pintu utama
LWT ni lebih kurang macam Sunway Lagoon. antara theme park yang ada water park, amusement park, tiger valley, petting zoo (bagi haiwan makan), hot spring & spa (buang segala penyakit & virus yg ada dalam badan), kawasan bijih timah & rekreasi. 

  • Water Park
 

water park ni ada 6 park iaitu jungle wave pool, sandy bay, adventure river, cliff racer, tube raiders, & kid's explorabay

  • Amusement Park
 

ha, memang tak lengkaplah aktiviti korang kalau tak ke amusement park ni. kanak-kanak pasti teruja bila berada di sini. ok, park ni ada 5 jenis iaitu adventure express, giddy galeon, dragon flight, perak parade & storm rider. pilih aje mana yang berkenan di hati. ok, sesape yang tak tahan naik (cepat pening) benda alah macam kat gambar atas ni, korang dinasihatkan jangan naik. 

  • Tiger Valley
 

di tiger valley ni korang boleh bagi makan dekat harimau-harimau yang sedang kelaparan. waktunya adalah seperti berikut :
Weekdays : 3 - 4 pm
weekend / school holiday / public holiday : 3 - 5 pm

  • Petting Zoo
 

bagi pencinta haiwan, korang pasti teruja nak pergi ke sini. ok, dalam petting zoo ni ada lebih kurang 4000 haiwan dari 55 jenis spesies. dekat sini para pengunjung boleh menyentuh, beri makanan dan bermain dengan haiwan-haiwan yang comel-comel. sudah pasti ia akan satu pengalaman yang indah & penuh cabaran untuk seisi keluarga.

  • Hot Spring & Spa
 

wah! cantikknya hotspring ni. ok, ni pemandangan pada waktu malam. aku sendiri tak pernah pergi LWT ni waktu malam. selalu pergi pagi balik petang. memang totally tak ada kalerkaler macam ni. masuk saje dalam hotspring ni bdan terus terasa segar. mula-mula memang panas tapi dala beberapa minit aje suhu air ni dah boleh ngam dengan suhu badan kita. syok weh! ok, kat sini korang boleh meremajakan diri. amboi, kemain meremajakan diri ek! mengikut research yang telah dibuat dikatakan air hotspring ni 100% mineral semula jadi panas.  

  • Tin Valley (bijih timah)

tin valley ni merupakan tarikan terbaru yang dibuat oleh pihak LWT. ianya diwujudkan bertujuan untuk mendidik generasi hari ini tentang warisan bijih timah yang ada di ipoh sebelum ini. ia dilengkapi dengan palung (kotak sluis) yang bersaiz sebenar, monitor pam kelikir asal dan kawasan besar untuk pelawat muda untuk merasai pengalaman mencuci dulang yang dilakukan oleh orang dulu-dulu.

  • Rekreasi
 

Harga tiket :
- kanak-kanak : RM38 (12 tahun & ke atas)
- dewasa : RM45

Pakej yang ditawarkan termasuk :
- tiket masuk
- minuman isotonik


tidak lupa juga, pihak LWT turut menyediakan hotel untuk para pengunjung.


selesai sudah dengan LWT. insyaAllah, segmen ini akan bersambung lagi. nantikan segmen yang berikutnya. 

Bercanda di Taman Botani ♥

Hello bloggerz, buat apa arini? Mesti tengah bersiap nak pergi date bagi yang sedang bercouple. Ok, yang single pulak dok watpe je kat umah? Layan movie? Jadi la. Eh awak semua, kita nak cerita nih. Semalam pepagi lagi siap-siap ke kelas make up. Kemain kau jah pergi kelas make up. Sesaje join event ni sebab akak aku yang keding tuh dok ajak dari harituh lagi. Selesai event tuh terus balik umah. on lappy macam biasa then dapat mesej dari remi. Teman dia pergi beli barang kat giant. Ok, kami sebenarnya bukan ke giant tapi ke mydin meru.

Tempat yang memula kami singgah adalah Shiaz Ma Enterprise. Erk, booth sape la tuh kan.  Booth sape lagi kalau bukan booth Meor aka DM. Sampai aje kat booth disogok dengan air roselle. Thanx ye dik oi sebab bagi akak kamu nih minum. Dahaga sebenarnya masa tu. Air tuh sedap. I loike! habis air dihidang pulak dengan rojak. Ok, tak tahan tengok rojak tuh. Cepat aje tangan ni ambil rojak. Hee. Dah orang bagi kita makan je la kan. rezeki jangan ditolak. Bala jangan dicari. Kankan? Erk, ada kaitan ke?


  

Habis round mydin terus decide ke taman botani. Lepaking dekat sana sebentar sambil hirup udara yang nyaman. Cewah! Bila si Remi ni kata nak ke Taman Botani hati terus terkinja-kinja. Tak sabar nak ke sana sebab selama ni dengar aje pasal  Taman Botani  tapi seriusly memang tak pernah sampai. Sebelum ni memang ada plan nak pergi tak tuptup cancel. Oh, sadiskan? Huu. Habis satu taman tu kami jelajah. Penat (tak penat sebenarnya) tapi best! Yang tak bestnya sebab tak ada orang jual minuman dalam kawasan tu. Yang ada cuma pakcik aiskrim mat kool aje. Erm, masa ni tahan aje la dahaga. 

  
~ Remi ~

 

Penat snap, gosip, mengumpat terus balik rumah. wee, thanx ye remi sebab sudi bawak aku datang Taman Botani nih. Cakap kat kawan hang tuh lain kali kalau nak join toksah nak memamlu kambing sangat ye! hahhaa.. Muka jambu tapi pemalu. Cet! 

Hati tak tenang? jom baca doa ni



doa penenang hati yang lara, gelisah dan tak tenteram. 


سْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ   بِشِفـَائِكَوَأَغْنِنِيْ  بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك


maksudnya : dengan nama Allah, wahai Allah, rawailah daku dengan rawatanMu, sembuhkanlah daku dengan penawarMu dan cukupkanlah daku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharapkan selain dariMu.

pesta makan la weh!


ini kisah pasal ahad lepas. kemain lambat aku nak update pasal story nihkan. tapi tak pe. peduli apakan. blog sendiri. sendiri punya cerita. ok, selama 2 hari berturut-turut pegi kenduri kawin. sabtu pegi kenduri kawin abam reez Blogger Perak. Ahad lak pepagi lagi dah bertolak ke rawang untuk kenduri kawin kawan kakak. pergh, gomuk la den kalau tetiap minggu ada kenduri kawin. 

nak mencari tempat kenduri ni kemain susah. erk, jauh sebenarnya. nak cakap macam masuk dalam hutan. hakhak. time tuh dah pukul 1 lebih dan perut kemain lagi krukkk krukk. tak senonoh betul. tentang makanan? tak sedap! ini serius. eh, penat la cite panjang-panjang. layan je la gambo kat bawah ni.


~ yeah. 3 of us. muka selepas kenyang. bruppppp ~



ok, selesai makan-makan & sesi mem"fotogenik"kan diri segera caw cincau dari sana. bukan apa hari pun dah petang. lagipun nak buat macam-macam benda lepas tuh. amik barang dekat kajang then anta adik balik kolej dia. fuh, dari rawang ke kajang pun amik masa. siap semua.. its sate kajang time! saya suka saya suka. jemput sorang retis BP. diimport khas dari bangi.


 
 
~ betapa buruknya muka mereka. wakkakaka ~






~ aksi kurang comel dri apik.. ~


makan sembang makan sembang sampai kembung perut barulah pulang ke ipoh tercinta. eh, miz dis momment la.. lalalalaa. eh awak, thx a lot yaa.. jumpa next time..

sekian saje untuk kali ini. semoga berjumpa lagi di lain hari lain waktu lain minit & saat.daaa

bestnya kalau jadi kanak-kanak ribena







helo semua. sape yang pernah pergi Kidzania? angkat ketiak tangan cepat. hikhik. ok, kenapa perlu story-mory pasal kidzania ni kan? tetiba aje takda angin takda ribut cerita pasal tempat ni kan. pedulik apa aku.. :) eh, macam mana boleh terlepas dekat tempat bebudak ni? kau budak kecik ke? ok, meh nak cerita serba sedikit pasal kidzania ni nih. tempat di mana setiap kanak-kanak merealisasikan segala impian mereka. sebagai contoh pilot, doktor, penyampai tv & radio, ahli bomba dan sebagainya. secara keseluruhannya ada lebih kurang 90 pekerjaan dekat dalam ni. menakjubkan! takmo cite panjang lebo marilah usha bebudak nih. 


sebelum bertolak
ok, jejom tengok orang kuat rombongan tadika ni.

     

sampai saje dekat kidzania nih kami disambut mesra oleh pihak kidzania. kehadiran kami disambut meriah dengan lemparan carpet merah & paluan kompang. ok, paluan kompang tuh memang tipu. dibawa terus ke level 5. level 5 tuh weh. aku taktaw bangunan ni ada berapa tingkat. nampak macam rendah je. ok, dah siap tag itu ini bebudak tadika nih kena pergi ke cimb sebab nak cash-out money. pergh, siap ada bank lagi tuh. macam betul-betul aje. seorang dapat 50 kidzo. ok taktaw nak letak simbol pe. duitnya macam duit jutaria. ini serius! tak caya? tengok gambo bawah ni.


tempat pertama yang wakil kidzania ni bawa ni kat tempat disco. disco? kemain lagi bebudak ni main music chair. best pulak aku tengoknya. eh, tetiba teringat zaman kecik-kecik dolu. selalu aje menang kalau main music chair nih. 

 

selesai dengan permainan ni dibawa pulak turun ke tingkat bawah. ok, time nih boleh pergi ke mana aje yang bebudak ni suka. bukan bermaksud boleh merayap sesuka hati ye dik tapi kena cari keje. aha, setiap pekerjaan yang dorang buat ganjarannya adalah gaji. yeah, gaji! adik & anak sedara aku main wall climbing. sumpah macam best. kemain lagi aku teringin nak main mende alah ni. dolu kecik sampai la ke beso ni haa hajat main panjatpanjat tak kesampaian. sadiskan?

 

eh, hotel terbakar. helo 999. ada hotel terbakar dalam kidzania la. boleh tak datang ke sini dengan segera! tutt. *talian putus*

 

seminit kemudian.. ponpon. ke tepi semua. bomba datang berlumba-lumba. 

   
gigih betul bebudak ni padamkan api dekat hotel tuh.comelnya!

ok, jejom tengok gelagat kanak-kanak ribena & pekerjaan yang ada di dalam kidzania nih. layannnn

        
 
     

eh, dah pukul 5 la..ok, adik-adikku sayang jom balik ipoh. sebelum balik kena kira dulu jumlah gaji yang adik-adik dapat. kalau ada 50 kidzo baru boleh tukar dengan barang. kesimpulannya, hari tu aku tak sabar nak sampai umah. sebelum balik plan nak lepak the curve @ ikea sekejap tapi malangnya driver bus nak balik cepat la pulak. *hancur lebur harapan*. tepat pukul 9.20 pm --> home sweet home.

p/s : akak-akak, nanti ada rombongan lagi jangan lupa ajak ye..