Iftar bersama ex-schoolmate

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Yeay, ramadhan yang ke-25. Tak sabar rasanya nak raya. Wee. Nak story banyak pasal kejadian semalam. Semalam, dengan jayanya aktiviti iftar bersama bebudak Haji Taib berjalan dengan lancar. Walaupun tak ramai tak suasana tetap meriah. 

kami lah bekas pelajar haji taib!
Aku sebagai organizer secara tak langsung gembira sangat dengan semangat dan persahabatan yang korang semua tonjolkan semalam. Memang happening gila. Nasib baik meja kita paling hujung. Kalau tak aku rasa mau kena halau dengan manager pizza. Hahaha. 

Bila dah berjumpa dengan bebudak ni secara tak langsung mulut aku memang tak akan duduk diam. Semalam sesape yang kena bahan dengan aku nasib korang la ek. Sampai aje dekat dorang terus tanya "Jea, ko bila lagi nak bagi kami anak sedara?". kahkah. Sorry jea, unexpected question daripada mulut aku. Jangan marah tau. 

 
Sempat lagi bergosip sementara menunggu kehadiran pizza tersayang. Pizza! Masa ni si Fakhrul tak sampai lagi. Jenuh la weh aku nak call kau. Jemir call terus dapat no cina sesat. Aku call dapat pulak tetiba pakcik yang angkat. Boleh pulakkan. Malu oit malu!

 
 

Bukan main gembira bebudak ni makan. Lapar ke oit! Tau la dah 2 hari tak makankan. Ingat-ingatlah orang belakang weh! Tak senonoh sungguh. :)


  
dr kiri : saya, didiey, remi & ain
Muka-muka kekenyang melantak pizza seorang 3 keping (kecuali ak). Macam dirancang pulak. Hi, kami buat iklan gigi dan bibir. Erk! Sementara menunggu take a way untuk family tercinta di rumah, kami sempat lagi bergosip. Gossip gurl! ohmai. Pantang jumpa mesti ada gosip liar yang akan keluar. 

Destinasi yang seterusnya adalah karaoke. Sungguh weh! Semangat aku nak karok malam tadi lain macam. Jom tengok retis-retis ni melepaskan suara yang tak berapa sedap tuh. Hakhak.

Bawah ni penari yang tak bertauliah. Haha. Kemain seronok korang kan menari. Saya suka *sambil buat gaya meimei*.

  

Kini, selesai sudah segala aktiviti kami pada hari itu. Sebelum mengakhiri entri ni sekali lagi aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab korang sudi meluangkan masa bersama. Walaupun pada awalnya aku macam dah berputus asa nak teruskan event ni tapi dengan semangat dan persahabatan yang korang tunjukkan buat aku cekalkan hati untuk teruskan jugak. Thanx korang. 

p/s : Cepat plan next event weh! tak sabar nak kumpul ramai-ramai lagi macam ni.


"Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu "

Ber"BR" di BLACK Canyon

Salam ramadhan. Sekali lagi iftar bersama blogger perak. Kemain sayangnya ha aku dekat Blogger Perak. Maunya tak. Benda pertama yang aku akan klik bila masuk Facebook adalah BP. Eh, malalut ke mana dah. Ok, beralih pada topik utama. 2 orang adik aku : ain & fiffy ajak berbuka sama-sama. Katanya boleh makan aiskrim baskin robbbins free terus.  

Masuk dalam JJ terus ke tempat yang sepatutnya iaitu Black Canyon. Nak buat pengakuan yang sebenarnya ni la kali pertama  aku makan dekat restoran ni. Selama ni pakat usha sebelah mata aje. Dalam hati teringin jugak nak makan. Ha, saatnya telah tiba. Thanx to my dearest sis sebab sudi ajak akak kome ni makan ye. Order siap-siap then sempat la merayap sebentar.

Sementara menunggu panggilan daripada akak Black Canyon (akak ke?), berjalan ke tingkat 1 di mana Baskin Robbins ni terletak. Hamek kaw! Ini yang kami nampak. Tak ke tergamam masa tu.

  

Korang bayangkan kami sampai pukul 7 lebih dah seramai ni. Bersemangat sungguh mereka! Kebanyakkannya kaum cina. Melayu memang ada tapi ada la berapa kerat aje pun. Bukan aje budak-budak yang beratur tapi nenek pun ada sekali. Alahai nek, tak penat ke? Sian saya tengok nenek beratur panjang. Saya yang nak join sekali berbaris terus batalkan niat tuh. Tak larat cu, nek oii.

Usha, usha dan terus usha. Dapat call daripada akak BC. Yeay, meja dah kosong. Apa lagi bergegas la kami menuju ke BC. Duduk dalam beberapa minit makanan pun sampai. Mata  masing-masing berkilau sebab tengok makan.

 
Satu kejadian yang membuatkan kami rasa nak keluarkan balik segala makanan adalah :

 

Ohmai, ada pencungkil gigi dalam tomyam. Pencungkil gigi weh! Ni bukan main-main. Ni betul-betul punya. Bukan sengaja kami letak untuk dapatkan makanan free. Cubalah korang bayangkan sedang korang sedap menghirup keenakan tomyam tuh tetiba jumpa benda ni. Apa korang rasa? Sumpah aku rasa nak termuntah dekat situ jugak. Tunjuk dekat waitress dia kata apa tau "sorry". Kemain kau ye budak say sorry je. Nasib baik angin baik haritu. Kalau tak memang blah macam tu je. *erk, berani ke?*

Berjaya buncitkan perut masing-masing dengan perisa tambahan. Next planning adalah karok! Kemain berkarok-karok ha. Aku rasa aktiviti karaoke semakin kerap aku lakukan sejak meninggalkan dunia belajar nih. Dulu-dulu bowling. Oh, rindunya nak main boling. Korang, jom main bowling. Jomla!

Sesi karaoke ditaja khas oleh Fiffy. Thanx ye dik. Macam-macam lagu yang kami nyanyi. Macam biasa aku lebih suka menyampuk lagu orang daripada memilih sendiri. Hee. Suara wa ni merdu sangat! hakhak. 

~ penuh penghayatan! ~
~ tak sanggup nak tengok muka sendiri menyanyi. geli! ~ 
~ punya la dia ni cover ayu. hahaha ~
Sesi menggedikkan diri sebelum ke destinasi yang seterusnya.


~ i got 5 days mc ~
Makan dah karok pun dah. So, masanya untuk ke gerbnag malam pulak. Kononnya nak buat suprise la dekat si Amirul tapi kami pulak yang disuprisenya. Merewang ke tempat lain rupanya. Ciskiaq betul la kau, Amirul. huh! Fuh! penat membuncitkan perut. Penat jalan sana sini. Masa untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Cewah!

Sampai dirumah dapat berita tentang pakcik. Sakitnya makin tenat dan tak lama selepas itu  dapat call dari mak mengatakan beliau telah meninggalkan kami semua. Ya Allah, masa tu engkau saja yang tahu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Iftar Blogger Perak ditaja oleh Mydin?

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Iftar Blogger Perak pada kali ini ditaja khas oleh pihak Mydin. Mesti korang pelikkan macam mana BPians dapat berbuka puasa macam ni. Ha, itulah kehebatan Blogger Perak. Semakin dikenali di seluruh pelusuk Malaysia. Cewah! Kami ke sana atas jemputan pihak Mydin Mohamed Holding Sdn. Bhd.

Tujuan kami ke sana adalah untuk meraikan majlis pengagihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar dan anak-anak yatim. Majlis ini diadakan sempena meraikan 100 tahun Nestle. Pergh, dah lama sangat Nestle ni wujud. Yang pasti ia wujud pada zaman moyang kita.

 

Kalau korang nak tahu 100 buah periuk disediakan oleh pihak Mydin dan Maggi. Kiranya lebih kurang 25 000 biji bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada para pengunjung. Banyakkan! Majlis pengagihan ini telah dirasmikan oleh MB Perak, Dato' Dr Seri Diraja Zambry b. Abdul Kadir. 

~ kemeriahan di dalam Mydin Mall ~ 


~ Ada juga yang mengambilnya di luar. Cepat dan tangkas ~
Selesai dengan acara pengagihan bubur lambuk, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Iftar kami ditaja oleh pihak Mydin, Maggi & Nestle. Bestnya. Rugi la BPians yang tidak dapat menghadirkan diri.  Macam-macam yang kami dapat pada hari tersebut. Thanx Mydin, Maggi & Nestle.


~ antara anak yatim yang hadir ~
~ semuanya favourite ku. macam tau-tau aje. hikhik ~
Wakil daripada Blogger Perak :


~ Fina & adiknya ~


~ bersama adik Fina. terserlah kependekkan aku. haha ~


~ meja kami ~

Nampak tak milo kat belakang tu? Minum milo anda jadi sihat dan kuat! Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Sebelum tu, sekali lagi jutaan terima kasih atas jemputan tersebut. Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang. Kepada pihak Mydin atau mana-mana organization yang sudi jemput kami amatlah dialu-alukan. :)

Cara untuk naikkan traffic blog

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Hari ni nak berkongsi dengan readers semua pasal satu site nih. Korang pernah dengar tak pasal asiafans.net? Mesti ramai yang tak tau dan tak pernah dengar lagi pasal site ni kan.


Ok, sebenarnya traffic exchanger tools ni masih baru lagi. Aku pun baru nak try gunakan tools nih. Mana la tau kan. Dengan adanya tools ni kot-kot traffic source meningkat. Ok, perasan di situ. Insyaallah. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat saja resultnya nanti. 

Kengkawan, tak susah mana pun nak gunakan tools ni. Senang, mudah dan ringkas. Ok, ni tagline yang aku gunakan untuk tools ni. :). Korang cuma perlu register macam site-site yang lain. Kemudian dapatkan activation link daripada asianfans.net dan kemudian siap. Senangkan!

Macam-macam ada dalam tools ni. Korang boleh share link facebook, twitter, digg, google+, youtube & auto-surf. Dengan perkongsian yang korang lakukan ni secara tak langsung korang boleh menambahkan lagi coins. Nak tau lebih lanjut tentang site ni, sila klik di sini. Diharapkan korang akan enjoy menggunakan traffic exchanger ni. Ok, itu saja. Baibai. 

pesanan penaja : jangan ponteng puasa tau! klik link ni kejap http://blogr.my/?referral=298