Sikap emak


Assalamualaikum.. Refer pada tajuk di bawah

 

Korang pernah terfikir walau sesaat tak kenapa ibu kita tak akan tidur selagi keadaan rumah bukan dalam keadaan yang sepatutnya?

Yeah, secara jujurnya benda ni memang aku terfikir dari dahulu lagi. Tapi tak pernahlah pula aku tanya dekat emak pasal benda-benda macam ni. Aku pasti korang sendiri tahu jawapannya apa nanti. Ini dari apa yang aku lihat tentang mak kesayangan aku ni. 

 

Emak..
 Seorang pengemas. Beliau tidak akan pernah rasa penat untuk mengemas rumah walaupun rumah sudah kemas. Beliau seakan tak tahu erti apakah itu penat. Yeah, aku admit. Aku kagum dan sangat bersyukur ada seorang emak seperti ini. Beliau akan berhenti betul-betul kalau penat yang amat sangat. Aku tolong ke tak? Of course la tolong. Tapi aku ni jenis buat kerja rumah secara senyap. Maksud aku biasanya masa diorang tidur ke tak ada dekat rumah ke. Haa, masa inilah aku buat. 

Nak kata aku ni pengemas dan rajin mengemas tu boleh la kot. Haha! Sebabnya aku seorang manusia yang tak boleh tengok keadaan rumah dan bilik yang bersepah. Mulalah mata ni rasa serabut. Dah serabut cepat-cepat kemas then baru rasa lega. Yeah, that's typical seorang Azwa. #lulz

Ok, itu saje. Keh!

Walimatulurus : Hafiz dan Syena

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 2 orang sahabat yang aku kenali sejak dari zaman belajar di Uniten lagi kini sah bergelar suami dan isteri pada hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah. Barakallah sahabat. Dah lama tunggu nasi minyak korang berdua dan akhirnya impian tersebut termakbul. Weehuu..

u look gorgeous, Syena!

Sampai aje di dewan tersebut terus jumpa dengan mak Syena. Weh, rindu pulak dekat makcik ni. Dah lama tak jumpa. Nasib beliau kenal lagi. Then terus ke homestay tempat di mana Syena stay sementara tunggu Hafiz sampai.


Bersama mereka! Woi, yang ni memang aku tak nafikan. Korang memang nampak sepadan sangat. Sama cantik dan sama padan. Baju pengantin korang tu aku nak jadikan inspirasi untuk wedding aku pulak boleh? #berangan! Baju yang simple tapi cantik pada pandangan mata aku. Hee

Akhir kata dari aku :

Selamat pengantin baru duhai sahabatku. 
Selamat menjalani alam rumahtangga. 
Selamat menempuhi segala pancaroba di alam yang baru ini. 
Hadapi segalanya dengan akal fikiran yang positif.
Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah Allah. Amin Ya Rabb..
Selamat berhoneymoon! :) :) :)

p/s : Doakan lepas ni turn aku pulak. Ngee!

Salam Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum..

Salam aidilfitri dari saya dan keluarga. Rasanya masih belum terlambat lagikan. Minta ampun dan maaf zahir dan batin andai pernah terkeluar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya selama ini. Kosong-kosong ye. :)

 




Majlis Pertunangan Umairah


ambil berkat ye. ahaks!

Selamat bertunang wahai sepupuku, Umairah 
Semoga segala perancangan yang diatur dipermudahkan olehNya.
Amin.. 

Walimatulurus : Fad Ali dan Lana

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

 

Selamat pengantin baru Fad Ali dan Lana. Semoga ikatan suci ini diberkati olehNya.

 

Cop mohor dan tanda kedatangan kami wakil dari Blogger Perak. :)

 

Tadaaa! Kamilah minah dan mamat yang pergi kenduri Fad Ali. Keh3!


Walimatulurus : Ain dan Khairuddin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

 

Selamat pengantin baru Ain dan Khairuddin
Semoga ikatan suci yang terbina ini berkekalan hingga akhir hayat.

 

Wehuu, tak sangka dapat jumpa schoolmate.
Lama jugak sebenarnya tak jumpa diorang ni sampaikan yang sorang tu dah beranak pun aku tak tahu. Wakaka!

Pantai


Suatu kedamaian apabila dapat pergi ke pulau.
Tak kisah pulau mana asalkan namanya pulaulah. 
Semoga keinginan hati tercapai. Amin!

Mencari Rumah Sewa.

Assalamualaikum

Gambar Hiasan

Saya sedang mencari rumah sewa area Setapak, Sri Rampai dan Wangsa Maju. Rate harga kalau boleh RM700 dan ke bawah. Sebenarnya agak payah jugak nak cari harga dalam range macam ni tapi tak mustahil rasanya kan. heee.

So, anyone yang ada info atau kenalan dan saudara-mara yang sedang mencari penyewa di 3 kawasan pencarian ni harap dapat bagitahu dengan segera ye. Really need it!

Kerjasama dari korang semua amat saya hargai. TQ.

Blogger Perak : Setia City Mall

Assalamualaikum..

 

Berjimba sebentar bersama mereka di sini. Dah lama tak jumpa oi!! Dah lama tak jumpa? Err, rasanya yang kerap jumpa pun kakak bertudung pink kepala senget dalam gambar ni. Hai kak Hanie! Makan-sembang-makan-sembang-blurppp!

Lepas tu aktiviti kepamkan badan masing-masing bersama giant bubble. 

 

Tudia kak Al! Haha.. 

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum..

sumber : google
Hari ini keputusan SPM 2014 keluar. Macam mana result wahai budak-budak '97? Tahniah pada yang telah mendapat keputusan straight A's. Pada yang tak berjaya dapat result gempak macam tu jangan risau dan jangan sedih. Kehidupan sebenar korang baru nak mula. Teruskan usaha bila dapat tawaran belajar ke universiti/kolej/politeknik. 

Imbau semula kisah SPM aku. HAHA! Secara amnya aku ni bukanlah budak cerdik pun. Result pun orang kata takat makan je. Tapi berjaya jugak masuk universiti dan sekarang dah ada kerjaya. Alhamdulillah. Result yang gempak tu sebenarnya tiket masuk untuk ke universiti je. Hiks! No worry ok. 


Travellog : Sejenak di Lumut

Assalamualaikum..

Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah ini. Segala stress yang ada dalam kepala hilang serta-merta bila tengok ciptaan tersebut. Alhamdulillah.

 

Alkisah suatu pagi ayah kata "ok, jom pergi lumut". Maka, sampailah kami di bumi Lumut. Hai orang Lumut! Miss me? LULZ.  Bawak baby Qayla ketak-ketak ni tengok keindahan ciptaan-Nya. Suatu yang aku perasan masa lepak dekat jeti, mata budak ketak-ketak ni fokus je tengok laut sambil tangan ke atas merasa angin. So cute la budak weh! 

Bosan lepak dekat sana terus cari benda paling wajib. Ikan bilis mata biru! Borong sakan ha.

 

Nampak tak keterujaan budak ketak-ketak ni main belon? Haha! Jakun betoi. Anak siapa entah.

Walimatulurus : Heiry dan Ain

Assalamualaikum..

 

Selamat pengantin baru Heiry dan Ain

Aku dan rakan-rakan yang lain doakan semoga ikatan perkahwinan yang kau bina bersama dengan isteri tercinta berkekalan sampai ke Jannah Allah.

So, next bride to be dengar ceritanya Akwa tak pun Ain. Tak kisah la weh. Apa yang penting korang bagi aku makan nasi minyak korang dulu baru turn aku. Ahaks!

Walimatulurus : Boy dan Alynn

Assalamualaikum..

Ke Melakalah kita kali ni sempena wedding officemate merangkap jiran sebelah meja aku.

Gambar pengantin terpaksa diambil dari tepi. 
Selamat pengantin baru boy. Aku doakan semoga masjid yang dibina ini berkekalan hingga syurga Allah. Amin! Design pelamin diorang ni simple tapi bagi aku menarik. Kuning kaw!

 

Kami sampai awal sebelum pengantin sampai. Sempatlah habiskan makanan dulu. Btw, makanan sedap lagi-lagi ayam masak merah dengan ikan masin. Ikan masin segar rasanya sebab rasanya lain. Berlemak gitu. Kitorang tak lama pun dekat sana. Selepas tu terus ke Bandaraya Melaka. First time jadi tour guide. Nasib baiklah ada waze. Kus jugak semangat aku masa nak tunjuk jalan tapi alhamdulillah. 

Dari Lendu ke bandaraya ambil masa dekat 1 jam jugak sebab jalan jem. Tempat pertama yang kami jejak adalah Masjid Selat Melaka. Last year dah sampai sini, tahun ni pergi lagi. :) 

 

Solat sambil tu rehat jap. Kesian dekat Ogy drive dari KL-Melaka. Lepas tu apa lagi berselfie laaa.. :P

 

Kalau dah sampai sini maka wajiblah bershoppingkan. Sakan kau padahal duit dah ciput sebab shopping dekat Langkawi. Tak sempat nak pergi banyak tempat sebab masa pun terhad. It's ok. Next time kita datang lagi.

Travellog : Langkawi aku jejak - Part 2

Assalamualaikum.

Bangun seawal 6 pagi sebab malas nak berebut bilik air dengan adik dan cousin. Walaupun hotel tempat kami menginap ni tidaklah segah hotel mewah kat luar sana tapi i tell you gebar/comforter dia memang best giler. Kalah comforter aku yang ada dekat rumah tu. Kemain lembut. Memang tak sanggup nak bangun masa tu #eh #poyojekau.

Lebih kurang pukul 8 pagi semua orang kena berkumpul dekat bawah hotel dan bawa beg serta barang-barang sekali. Pemandu bas akan ambil kami dalam pukul 8.15 pagi macam tu. So, sementara menunggu bas sampai kitorang selfie dahulu tanda kenangan.

 

Tudia beg kami. Dari 4 buah beg besar beranak terus jadi 8 buah. Aku dah agak mesti beranak-pinak punyalah. Beg coklat kami adik-beradik je dah 2 pastu ditambah dengan beg baju dan backpack lagi. Pagi tu breakfast dulu sebelum. Pakcik bas bawak kitorang breakfast dekat dekat warung tepi jalan. Apa yang aku ingat kedai tu nak menghala ke Pantai Cenang. Pantai Cenang! :'(

Masa otw ke kedai makan tu dia cadangkan kitorang pergi beberapa tempat je memandangkan tiket feri kami pukul 2.30 petang. Asalnya diorang semua nak ke Pulau Dayang Bunting tapi driver bas cakap masa dekat tasik tu je dah 4 jam. Memang tak sempat. Kecewa woi! Memandangkan ramai jugak yang tak shopping coklat lagi maka dia bawak kami ke HIG semula. Borong coklat lagi tapi kali ni aku dengan adik beli untuk stok kitorang berdua je. Hiks!

Dah puas borong coklat, kami ke cable car. Semua terkinja-kinja nak naik tapi masa tetap tak mengizinkan. Maka, tengok ajelah cable car yang kat atas tu bergerak. Nyarislah aku pernah naik dekat genting dulu. So, tak terasa sangat. LOL! Tak eksplore sangat pun kawasan ni. Tapi sempatlah nak bergambar dekat sini. Eh jap, masa nak ke cable car ni kena lalu dekat jambatan titi dulu. Aku punyalah jahat nyakat makcik-makcik yang tengah berjalan dekat atas tu. Sambil jalan sambil goyang. Bhaha! Eh, kalau korang pergi dekat sini singgahlah dulu dekat kedai kami ni. :p

Travellog : Langkawi aku jejak - Part 1

Bismillah..

Saat yang ditunggu-tunggu sejak lebih kurang belasan tahun yang lepas untuk menjejakkan semula kaki di Permata Kedah akhirnya tercapai. Yahoo! Alhamdulillah. Kali kedua jejakkan kaki ke Langkawi. #poyojekau #sukahatiakulah #kausibukkenapa. Percutian di Langkawi berlangsung selama 2 hari 1 malam. #masasikit #takhabisshoppinglagi

Bertolak dari Ipoh tepat jam 12.15 malam. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 4.50 pagi kami sampai di Jeti Kuala Perlis. Dalam hati laju betul driver bas ni bawa. Tapi syukur semuanya selamat tanpa sebarang halangan. Berhenti di RnR sebanyak 2/3 kali tak silap aku. Sampai sahaja di Jeti Kuala Perlis kami semua terus ke masjid berhampiran untuk bersihkan diri dan solat.

 

Masuk dalam kawasan masjid tengok ramai giler orang.  Fuh! Terfikir sempat ke nak mandi memandangkan feri kami pukul 7 pagi. Redah ajelah. Nak masuk ke toilet pun jenuh beratur. Peringatan! Tidak dibenarkan mandi dalam toilet tapi aku langgar peringatan tersebut, Bhaha. Ampun, sesungguhnya aku memang rasa tak selesa bila nak ke mana-mana dalam keadaan tak mandi. Terasa seperti diperhatikan. :p Btw, kawasan masjid ni sangat cantik. Sesiapa yang pernah masuk aku berani bat yang diorang pun akan teruja. 

Ok, masa untuk naik feri dah tiba. Beraturlah kami sekumpulan manusia dari seluruh pelusuk bumi Malaysia untuk masuk ke dalam feri. Sebenarnya hati aku berdebar-debar sebab aku ni mabuk laut. Jadi untuk hilangkan rasa mabuk tu aku tidur dari mula feri bergerak dan sedar masa dah nak sampai di Langkawi. Sempat jugalah nak tengok pemandangan pulau sementara dekat dalam feri tu. 10 minit selepas terjaga ternampak burung helang. Yeay! Alhamdulillah.

muka happy bila dah sampai langkawi
Banyak perubahan yang dah berlaku dekat Langkawi ni. Menurut kata emak masa pertama kali kami sekeluarga sampai di Langkawi suatu masa dulu burung helang tu baru nak dibina. Tudia, punyalah lama tak ke Langkawi. Sampai je di Langkawi perkara paling utama yang kami buat adalah breakfast. Punyalah lapar perut. Tak pasti nama foodcourt tu apa. Destinasi seterusnya driver bas bawak kami ke tempat jualan gamat.

 

Maaf, terlupa nak amik gambar kedai ni sebab teruja nak beli minyak gamat banyak-banyak. #padahalsikitaje. So, masa dekat kedai tu kita boleh tengok cara diorang proses minyak gamat. Masa kami semua sampai di sana, diorang tengah errr yang ni aku tak pasti panggil goreng orang rebus atau apa. Apa yang pasti diorang letak minyak gamat tu dalam kuali besar kemudian keluarlah minyak-minyak dari gamat tersebut. Menurut kata tuan kedai diorang dah letak lebih kurang 2 hari gamat-gamat tersebut dalam kuali. Macam-macam weh ada dekat kedai tu. Segala macam minyak, balm, shampoo dan sebagainya. Original dari gamat ok! So, ni kira permulaan shopping untuk aku dan adik serta kaum kerabat aku la ni. 

Perjalanan kami diteruskan ke kedai menjual batik. Borong lagi. Haha! Borong untuk mak. Aku tak pakai mana kain batik. Fail lagi oi. Haha. Adik dan sepupu kemain borong seluar bagai dekat sana. Fuh! Seterusnya ke Makam Mahsuri. 

 

Cantik keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aisyah ni. Bagi yang belum pernah sampai di sini meh teman nak kabo mengkeme semua. Kome masuk dalam muzium ni dan kome akan dapat tengok sejarah dan kisah-kisah Mahsuri sehingga beliau meninggal dunia. Segala macam barang Mahsuri depa pamer dalam tu. Siap ada video lagi.

  

Jenjalan lagi dan terdapat satu pemandangan yang buat aku tergamam sekejap. Padi! Lawa.. Jakun sekejap sebab tak pernah tengok dari dekat. Kesian betul dekat budak bernama Azwa ni. Haha!

selfie dulu sebelum chow 
Panas sebenarnya hari tu tapi panas yang hangat tu kami tak terasa hangat dek keseronokan. Cewah, poyo la ko ni. :p  Ok ok ok! *buat gaya bapok jap* Badan dan penat. Kepala dah penat. Kami berehat dahulu dekat hotel. Petang-petang sikit baru sambung pengembaraan Le Cazen ke HIG pulak.

Petang tu kami bebas nak buat apa sahaja. Sebenarnya nak ke Pantai Cenang tapi hasrat hati tak kesampaian. So, kami sepakat ke HIG terus. Perkara paling best yang kami pernah buat dan aku rasa memang memori terindah kami adalah berjalan kaki sepanjang 1.2 km dari hotel semata-mata nak ke bangunan HIG ni saja. Dengan keadaan panas terik petang tu aku rasa tak ramai yang mampu buat. Kagum sebentar. :P Alhamdulillah, walaupun cuaca panas terik tapi petang tu kami tak rasa terik langsung. Akhirnya!!

sumber dari Google
Aku sendiri tak pasti berapa lama masa yang kami ambil untuk sampai ke sana. Tapi apa yang aku pasti tak sampai 1 jam pun. :) Sampai HIG kemain menyengih semuanya. Misi berjaya! Maka boronglah kami di sana. Sekali lagi kerana terlampau eksaited aku terlupa nak ambil gambar coklat-coklat dan barang-barang yang kami borong dekat sana. Setelah ditolak campur bahagi darab jumlah coklat + barang lebih kurang RM1K++. Hambik kau. Sakan!

 

Duit dah tinggal berapa je maka kita dinner dulu sebelum balik ke hotel. Fuh. Dalam banyak-banyak coklat yang aku borong 2 coklat ni paling win. 

whittakers berry & biscuits - sama macam cadbrurry blackforest dan lagi sedap!
nutella & go - konsep sama macam mini celup zaman budak hingusan dan coklatnya adalah nutella.

Penat menaip. Nanti aku sambung part 2 pulak. Bye!

Happy 2015




 



Happy 2015 semua!

Diharapakan segala apa yang dihajati pada tahun 2014 tercapai.
So, hajat aku tahun ni apa?
Aha! Rahsia....