Travellog : Percutian ke Pulau Pinang - Part 2

Assalamualaikum. 

Hari kedua adalah hari yang ditunggu-tunggu selama ini dan ia merupakan tempat yang dah lama aku nak pergi. Alhamdulillah. Let's go to Escape Penang! Cop, sebelum beraksi di sana apa-apa pun jangan lupa breakfast dulu kome oii. Karang tak pasal-pasal pengsan masa tengah buat aktiviti naya je. Tak pasal-pasal jadi watak utama pulak dekat sana. Hew.

Pagi khamis tu kami breakfast ke salah sebuah kedai popular dekat Penang ni. Roti canai Transfer Road.  Aku confirm korang mesti pernah makan dekat sini. Aku order roti canai kuah kari ayam dan teh tarik. Marvellous! dapat pula part drumstick. Yummy! Manakala yang lain ada yang order roti bakar telur goyang. 

 

Perut pun dah kenyang. Ate, moh le kita terus ke Escape Penang.  

pintu masuk Escape Penang

Masa dah nak sampai dekat Escape Penang ni kitorang pakai terus sunblock. Yelah, sunblockkan kena pakai sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum buat sebarang aktiviti luar. Kami sampai awal jugak tapi masa tu memang dah ramai orang. Kebetulan masa kami sampai tu sekumpulan remaja dari kolej dan sekolah pun baru sampai. Sampai terus cari parking dan alhamdulillah parking mudah dicari.  Management Escape Penang ni buat ala-ala pondok gitu parkingnya. Tak adalah hangat pijar bila masuk dalam kereta bila nak balik tu.

Alright, ramai kawan tanya macam mana beli tiket secara online. Ok hakak dan abang semua. Mari adik azwa ajarkan caranya. Mudah sahaja. Usha dekat bawah ni :

1. mula-mula klik pada link ni https://ticket.escape.my/ Link ini akan bawa korang terus ke page pembelian tiket secara online tu.


2. Kategori group : bila dah keluar page macam dekat atas ni korang akan nampak ada 4 kategori. Macam kami pilih kategori Family & Friends je sebab bukan pergi dengan company, sekolah ataupun mana-mana travel agensi. Tapi make sure betul-betul pilih ye. Hee. 

 

3. Pilih theme park : Bila dah klik pada mana-mana kategori dalam page tadi nanti korang akan diberi pula pilihan macam di atas ni. Kami pilih Adventure Play Day Ticket. Kami datang cuma untuk buat aktiviti seharian. Cuba segala extreme aktiviti yang ada dalam Escape Penang ni. Kalau ada yang berhajat untuk camping dalam tu sila klik pada tiket no 2 dan 3.

 

4. Pilih tarikh dan bilangan ahli : Alright, atas ni contoh tarikh yang sudah dipilih. Dapat half price kalau korang beli tiket dengan lebih awal dari tarikh yang korang plan tu. Ini adalah salah satu tips yang korang kena titikberatkan untuk buat pembelian tiket Escape Penang secara online. Plan baik-baik dengan kawan-kawan. Make sure tarikh untuk beraksi di sana tak salah. Lagi satu korang boleh beli terus topup duit dalam tiket korang sebabnya nanti semua guna token yang sebagai ganti duit. Kalau boleh topup lebih sikit pun tak apa. Biasalah makanan dan minuman dalam theme park biasanya lagi mahal dari harga asal. 

 

5. Summary Oder : kat sini korang boleh view jumlah yang korang perlu bayar. Harga yang dipaparkan sudah termasuk gst.

 

6. Maklumat diri dan cara pembayaran : Ini adalah step terakhir. Dekat page ni tak perlu masukkan maklumat semua ahli yang nak pergi. Cuma masukkan sahaja maklumat salah seorang dari ahli tersebut. Senang cerita korang masukkan sahaja maklumat diri korang. Pastikan setiap maklumat terutama email dan no telefon adalah betul. Email sangat penting untuk pihak Escape Penang sebab diorang akan hantar maklumat yang kita dah masukkan tu. Dah settle beli tiket boleh main terus. Hee!

Alright, sekarang kita cerita pulak tentang apa yang ada dalam Escape Penang ni. I tell you guys. Korang tak akan rasa rugi bila masuk dalam ni. Mainlah sepuas-puasnya sampai pengsan. Btw, korang masuk je dalam tu korang akan nampak tempat bergayut. Ha tu namanya Monkey Business. Ada 3 stage kesemuanya dan kami larat main sampai stage kedua je sebab rasa penat giler dengan cuaca panas teriknya. Haha. 

 
  

Banyak lagi aktiviti boleh korang buat dalam ni. Tapi ini je yang sempat diambil. Tangkap gambar guna handphone dan selebihnya sjcam tapi malangnya banyak gambar yang bergegar. Haha! Biasalah bila amatur ambil gambarkan. :p Ok sebelum balik sempatlah abadikan diri dekat menatang bawah ni sebagai tanda kami pernah sampai..


Muka jangan cakaplah. Memang sunburn punya. Tapi disebabkan tadi dah pakai sunblock kurang la sikit sunburn. Lepas tu terus ke Padang Kota. Masa untuk makan pasembor! Tapi aku order nasi goreng ayam sebab dah lapar macam tak makan setahun. Penat punya pasal. Best kena angin. Rehat dekat situ kejap then terus shoot balik bilik. Semua dah letih sangat-sangat nampaknya. 

Malam tu masing-masing malas nak keluar tapi demi perut yang lapar terpaksalah keluar juga. Nanti tak pasal-pasal gastrik menyerang. Kitorang lepak dekat area mana entah tapi dekat tepi laut sambil makan char kuew tiaw tapi tak kick. Huhu. Sembang sambil ambil angin laut sekali lagi. Macam-macam cerita keluar termasuklah cerita masa zaman sekolah rendah. Kiranya sesi throwback baliklah. Haha! 

Alright, part 3 kita sambung kemudian. Bye!