Travellog : Cameron Higlands

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi Cameron Highlands akhirnya misi untuk ke sana tercapai. Fuh, dah masuk 2016 baru update. Muahaha! Plan asal adalah atas permintaan kesayangan. Ngee! Kitorang pergi berenam sahaja termasuk si kenik Qayla. So, boleh dikatakan ni first travel  Qayla ke tempat sejuk dalam Malaysia. Mak dan ayah tak ikut sebab kerja. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9:30 pagi. Pergi dan balik ikut jalan Simpang Pulai sebab lagi dekat. Tak silap aku kitorang sampai dekat Tanah Rata pukul 11 pagi macam tu. First stop dekat Avant Chocolate.

sumber dari Google
Last stop pun dekat sini jugak sebab nak beli coklat. Cari dekat tempat lain semuanya tak ada brand coklat ni. Nasib kesayangan sporting. Sanggup berhenti sebelum turun ke Ipoh semula. Keh3. Terima kasih awak. Jelajah sebentar dekat sini dan mata terpandang strawberi-strawberi yang tergantung tu. Grr! Geram je rasa nak petik berbiji-biji then makan kat situ jugak. Nasib baik tinggi kalau tak memang dah ngap terus.


  

Next ke ladang teh. Layan la juga teh boh dekat situ. Padahal kalau ikutkan setiap hari minum teh dekat rumah. Maybe sebab suasana yang sejuk tu yang menjadikan teh tu terasa lagi sedap. Berkesempatanlah juga untuk naik ke ladang teh guna jeep yang disediakan. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM10 seorang. Mula-mula naik jeep tu memang tak ada rasa apa pun tapi bila dah sampai dekat atas bukit dan masa nak turun ditambah pula dengan keadaan jalan yang sempit tu sumpah cuak weh! Qayla awal-awal lagi dah cuak pastu menangis sebab jeep bergegar-gegar. Muka kemain berkerut-kerut. Haha! Pakcik driver berhenti dekat atas sebab nak bagi peluang dekat kitorang tengok pemandangan dari atas.  Berderau darah tengok pemandangan dari atas bukit. Fuh!

masa atas bukit

Next stop errr.. Butterfly Farm kot namanya. Kitorang masuk bertiga je sebab ayong dah tak larat. Awal-awal lagi dia dah mark tempat. Kahkah. Nasib baiklah aku boleh tahan lagi dari naik sampai ke turun. Kesayangan dah gelak masa aku kata pening sikit. Cis! Bersimpatilah sikit yang oi. Sobs. Badan pun dah penat. So, petang tu sebelum turun ke Ipoh balik sempatlah beli sayur-sayur segar. Oklah, itu saje ye. Bye!