Pengalaman membeli melalui Tesco Online

Assalamualaikum

2 hari lepas order barang melalui Tesco Online. Sengaja nak cuba perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Tesco. Sebenarnya, aku mencari 1 barang ni dekat macam-macam mall tapi tak ada. So, bila usha Tesco online ni tetiba barang tu ada dekat sini. So, dengan gigihnya aku register dan buat pembelian.

So, nak tahu tak macam mana nak beli melalui Tesco Online? Meh, aku story satu per satu step yang korang perlu buat sebelum membuat sebarang pembelian. Pada yang baru nak menjinakkan diri dengan Tesco Online macam aku ni macam biasalah korang kena REGISTER akaun dulu.


Dah selesai register? Selesai je register web Tesco ni akan kembalikan korang ke main page macam page mula-mula yang korang nampak tu. Page yang aku maksudkan tu macam dekat bawah ni. So, dah login nama korang akan dipaparkan dekat sidebar sebelah kiri.


Step seterusnya adalah mulakan pengembaraan shopping korang! Jangan risau tentang perbezaan harga sebabnya harga yang dipaparkan dalam web Tesco itu sendiri sama seperti di store diorang. Gambar bawah ni adalah contoh produk yang ada dalam web tersebut.


Ok, sekarang aku nak tunjuk pula cara-cara untuk korang buat pembelian. Sebagai contoh korang nak beli Koko Krunch. Nampak tak kotak biru ADD? Klik situ dan hasilnya macam gambar dekat bawah ni. 


Kalau pilihan barang yang dipilih tu tengah dalam tempoh promosi, aku ucapkan tahniah. Hee! 


Selesai pilih barang, korang kena pilih slot masa delivery. Harus diingat bahawa setiap  delivery bukanlah free tapi akan dikenakan CAS PENGHANTARAN. Jangan risau kalau korang rasa masa yang dipilih tu tak sesuai korang boleh klik aje dekat remove slot reservation. Oh ya, sebelum terlupa pihak Tesco akan buat penghantaran tersebut pada keesokan harinya. 


Selesai part cara pembelian. Oh ya, tentang cara pembayaran pula pihak Tesco tidak menerima sebarang pembayaran dalam bentuk wang atas sebab keselamatan staffnya. Korang boleh buat pembayaran menggunakan kad visa, kad kredit atau kad debit. Mudah bukan?

So, secara kesimpulannya semalam aku dah dapat apa yang aku order dekat Tesco Online. Alhamdulillah, barang sampai tepat jam 6:20 pm. Tadaa! inilah hasilnya....


So, tunggu apa lagi buatlah pilihan yang lebih bijak BECAUSE WE CARE!

Fakta Anak Kedua

Assalamualaikum.


Hari ini nak story pasal fakta anak kedua? Siapa anak kedua? Mohon mengaku! So, bila tengok pada list fakta anak no 2 ni hampir kesemuanya sama macam aku. Korang yang anak kedua tu macam mana pula? Sama atau tak? Meh nak describe satu per satu tentang fakta ni.

1. Senang memaafkan orang
Ehem, kalau nak ikutkan diri aku ni kengkadang je. Ngeh! Tapi ikut keadaan jugaklah. Kalau benda yang terjadi tu memang salah kita aku sendiri akan minta maaf pada pihak yang satu lagi. TAPI! kalau benda tu bukan salah aku JANGAN harap aku akan sewenang-wenangnya minta maaf.

2. Garang macam harimau tapi hanya pada sesetengah orang
Ok part ni aku tak nafikan yang sebenarnya aku seorang anak/kakak/adik/sepupu/cucu/cicit yang garang. Garang demi kebaikan. Kengkadang tu garang sebab nak ajar bebudak yang lebih kecil benda yang betul.

3. Kalau gelak tak ingat dunia
Erk! part ni lagi satu. En. Cinta kata ni memang aku. wakakaka. Awak, kalau saya gelak macam ni maknanya saya bebetul tengah happy. Eleh! dah dia yang buat lawak. Maunya orang tak gelak sakan macam orang gilak. >.<

4. Sensitif, hati lembut
Ini memang sifat semulajadi aku. Hati aku sebenarnya sangat sensitif dan lembut. Senang cerita aku memang senang nangis.

5. Ramai peminat
Ramai peminat? Mak aih! nampak sangat tak betul.. Tipu ni!

6. Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya
Yeah!

7. Sukar melupakan orang yang dia sayangi
Sudah semestinya.

8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai
Pentipu ni! Kalau tetiba jadi tumpuan tu mesti ada yang tak kena. Aku rasa jadi tumpuan ni sebab gelak macam hape tu kot. :p

9. Senyuman tetap dibibir walaupun sedang sedih
Jap nak fikir. Rasanya tak selalu pun aku akan senyum kalau tengah sedih. Yela, hati tengah sedih lagi mau tanya.

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya
Of course la weh! Kau ingat senang-senang ke aku nak lupakan kengkawan. Kecuali la kan kalau kengkawan aku tu buat-buat lupa pasal kawan dia ni. Hukhuk

11. Romantik & penyayang
Romantik? Aku tak tahu. Kena kahwin dan lepas tu kena tanya dekat suami tersayang betul ke tak. :p
Penyayang ni yeah! Aku sayangkan famili aku, cinta hati aku dan kawan-kawan aku.

12. Manja & pemurah hati
Bukan dengan semua orang aku manja. Haha!

13. Peramah
Part ramah ni kan.. yang sebenarnya aku akan ramah dengan orang yang aku dah kenal je. Kalau dengan kenalan baru kau cakap la macam mana pun. Sepatah ko tanya sepatah jugak aku jawab. Hee

14. Takut gelap
Hoi! ini paling ketara beb! Ramai yang gelakkan aku sebab aku penakut. Tapi peduli pulak aku kan. Ini sifat semulajadi aku okeh!

15. Kaki shopping & suka melancong
Menipu benor le kaki shopping. Sebenarnya aku ni kaki window shopping. Aku lagi selesa window shopping dari shopping. Biar penat berjalan jangan sesak purse! If u know what i mean. Eh btw aku ni bukanlah kedekut nak keluarkan duit bila keluar tapi entahlah ni memang aku. Dari dulu lagi. Aku akan bershopping bila perlu sahaja. Sebab aku tahu tahap dan kemampuan kewangan aku bagaimana.

Part suka melancong ni originality dari sifat ayah aku. Bak kata pepatah ayah borek anak perempuan dia ni rintik

16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya
Suka masak ye? Haha! Aku suka masak benda-benda yang simple dan tak lah sedap mana pun. Untuk tekak sendiri bolehlah.

17. Rajin
Alhamdulillah. ni lagi satu sifat semulajadi yang ada dalam diri aku ni. Sorry! Bukan nak puji atau membangga diri pulak tapi ni memang kenyataan. Contoh yang paling senang bilik. Keadaan bilik yang serabut dan penuh dengan barang yang tidak disusun dekat tempat yang sepatutnya akan membuatkan kepala aku cepat serabut, pening dan seangkatan dengannya. Lepas tu mulalah aku akan naik angin.

* adik aku selalu kena bila aku tengok biliknya yang bersepah tu. 

18. Nak tahu merajuk ke tak senang je. Kalau diam tu tandanya tengah merajuk
Hehehehe

19. Kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan ditolong
Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya yang boleh untuk menolong mereka yang dalam kesusahan.

20. Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati
Betul! Correct! True! 

Travellog : Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Last week hari Sabtu dan Ahad bercuti dengan keluarga makcik di Bagan Lalang, Sepang. First time sampai dekat Bagan Lalang ni. Teruja dan eksaited memang ada. Tak sabar nak jejakkan kaki dekat masa. So, last week juga aku buat research pasal tempat ni. Not bad juga even pantai dia tidaklah secantik pantai lain. 

Hari Sabtu pagi bertolak ke sana. Sebelum tu singgah lunch dekat Killiney Cafe, Cyberjaya.


First time jugak makan dekat Killiney Cafe ni. Harga makanan, service, dan rasa makanan not bad. Cuma keadaan cafe je panas sikit dan ruang makan yang terhad. Tapi aku jenis tak kisah pun semua tu asalkan makanan dan servicenya ok. Antara menu yang terdapat di Killiney Cafe ni.

 
  
Dan yang ni antara pilihan menu yang dipilih masa tu. Rasa mee rebus tu memang sedap baq ang. Kuahnya pekat. Mee siam tu aku tak sure macam mana rasanya sebab pakcik yang makan. 

mee rebus
mee siam

Sambil makan tu mata ni sempat la pandang pada bangunan-bangunan yang ada di sekitar tu. #eh, apa maksud nombor yang ada pada setiap bangunan ye? Melambangkan nombor bangunan ke? Selesai makan dan solat perjalanan diteruskan ke tempat yang sepatutnya. Bagan Lalang, here we come!

 

Perjalanan ke sampai kalau tak silap aku dalam 1 jam lebih kot. Tertidur masa otw ke sana. Haha! Sedar je dah sampai. Mula-mula sampai macam blur "aku dekat mana ni. dah sampai ke?". Kitorang stay di Camar Laut ni. Sementara pakcik ambil kunci bilik cousin aku si Faiqah dan Mia kata "mama, buruknya tempat ni. tak bestnya". Ahaks! Kemain budak 2 orang ni. Sekali kena sound dengan ayah diorang "jangan takbur". Nasiblah budak kecik kalau yang cakap tu sebaya aku takpun adik aku memang dah kena dengan angah depa ni. >.<

Ok, jom terjah kawasan Camar Laut ni.

  

Kalau tak silap aku chalet yang terdapat di Camar Laut ada lebih kurang 10 buah tapi jangan risau sebuah chalet tu dibahagi kepada 2 pintu. 1 pintu rumah tu ada 2 buah bilik dengan 4 buah katil single. So, macam kitorang gabungkan katil single jadi katil queen. Erk, boleh bayangkan tak? 

 
 

Depan chalet tu ada sebuah padang permainan. So, kalau nak biarkan bebudak main kat luar pun tak kisah tapi awasi setiap pergerakan diorang ok. Jangan terlalu leka bersembang.

 

Mak bapak bebudak bolehlah lepak dekat pondok ni sambil tengok anak-anak diorang main dekat padang.

Pantai Bagan Lalang
Lepak dekat pantai ni masa hari Ahad sebelum balik sambil main belon sabun. Masa duduk dekat pantai ni terpandangkan pemandangan dekat sebelah kiri. Weh! tu lah Palm Tree. Resort atas air. Teringin nak stay dekat situ.


Hopefully, dapat datang ke sini lagi. Tak kisahlah sama ada menginap atau ambil angin laut. :) One day, nak stay dekat Palm Tree Resort ni. Jom kumpul duit dari sekarang. XOXO

Kami sahabat.. Takkan terpisah

Assalamualaikum..

Semalam bergayut dengan makcik lina kita sorang ni. Tanya perkembangan dan persiapan dia. Majlis kahwinnya dah tak lama je lagi. Hoi! Bestnya kahwin. Nak jugak. #Eh!

Pagi-pagi buta kemain dapat idea nak post gambar dengan captionnya seperti di bawah ini dekat instagram.


Kami sahabat.. Takkan terpisah..

Kiri tu tunangan orang. Bakal diijabkabulkan tidak lama lagi. Oh cikros, aku tak sabar nak jumpa ko nanti dan yang paling aku tak sabar adalah tengok ko bersanding!

Tengah ni pulak sudah selamat diijabkabulkan pada 31/5 tahun lepas. Alhamdulillah, aku tengok lepas berkahwin ni perubahan demi perubahan ke arah kebaikan berjaya dilakukan. Good job, minah! Nanti ko
buat makan~makan tu wajib ajak aku. Haha..

Kanan.. Ehem.. Bakal ok bakal. Amboi depa 2 ni tak sabo beno nak tengok aku tunang dan kahwinkan. Chillax my dear sis.sampai masa dan betul timïngnya korang yang akan diberitahu dulu. Korang doakan hubungan aku dan si dia. Semoga segala urusan kami dipermudahkan oleh~Nya.

So, secara kesimpulannya aku rindu giler nak together~gether dengan korang berdua balik. Rindu nak makan, tidur, karaoke, hangout, gosip dan macam~macam lagi dengan korang.. Argh!! Cepatnya masa berlalu.

Btw, semoga ukhwah persahabatan ini akan terus terjalin dan berpanjangan hingga nafas yang terakhir!

Salam rindu untuk korang berdua.. 



Eh kejap! Posisi gambar atas dengan yang ni sama r. Nampak tak yang si Minah ni suka duduk tengah antara kitorang. Haha. Bak kata si Minah ni la "Nmpknye ak mmg slalu jd pngadil kat tgh". Poyo sangat ayat ko Minah. Hehe..

Cik Ros siap bagi tips dan nasihat lagi sepanjang kitorang bergayut. Thanks weh. Akan aku ingat dan usahakan sampai dari sekarang. Jumpa korang nanti

Kbye!


GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum.

Hai! Untuk pertama kalinya join giveaway sepanjang berblogging ni. Hai Yui! Kita join giveaway awak ni. 

sila klik pada banner 


So, macam mana nak join GA Nurul Yui Collection ni? Senang dan mudah sahaja. Korang just follow je apa yang Kakak Yui kita ni punya arahan. Syarat-syaratnya WAJIB yang harus korang patuhi adalah :



1. Buat satu entry tajuk "GA Nurul Yui Collection", letak banner & linkkan entry tersebut

2. Follow blog & like page Nurul Yui Collection
    

3. Beri link yang korang dah buat tu.


Tarikh tutup penyertaan :
24 April 2014


Jumlah pemenang :
1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( Digi / Maxis / Celcom )


Cara pemilihan pemenang GA :
1 X top referal
2 x random org



Aha korang mesti ingat, syarat-syarat tu amatlah penting untuk korang patuhi. Kalau tidak secara automatik penyertaan korang tidak akan dikira dan tidak akan dimasukkan dalam list peserta.

Rezeki itu milik Allah

Assalamualaikum.

Rezeki itu milik Allah. Dia memberi rezeki itu kepada sesiapa sahaja di dunia ini dan Dia jugalah yang berhak untuk menarik semula rezeki tersebut pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka, dengan itu bersabarlah ketika mencari rezeki. Pada masa yang sama bersyukurlah dengan apa yang sedang kita miliki pada waktu ini. Walaupun sedikit tetapi dalam sedikit itulah keberkatannya Dia sahaja yang tahu.


Bila kita bincang soal rezeki ni mesti ramai terfikirkan bagaimana untuk mendapatkan atau menambah lagi rezeki yang sedia ada. Kira macam side income la. Setakat nak makan basic gaji je mana cukup pada zaman sekarang ni.  Hai korang, macam-macam benda boleh dilakukan. Cop! pastikan HALAL ok. Sekarang ni zaman serba boleh. IT maa. Korang boleh buat online business. Bak kata pepatah, rezeki tu ada di mana-mana sahaja. Apa yang penting kita usahakan dan insyaallah apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Cuma kita perlu bersabar dan terus bersabar. 

Jangan bersedih dan cepat berputus asa jika hasil yang diperolehi tak seberapa pada awalnya. Itu adalah salah satu cabaran untuk membuatkan korang lebih berusaha dan maju dalam mencari punca rezeki yang halal. Meh, nak bagi satu contoh dekat korang. Pernah tengok tak seorang pakcik yang menjual sate celup dengan hanya menggunakan motor pada mulanya tapi kini beliau berjaya membeli sebuah lori pickup untuk menjual sate celup tersebut. Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan".

Lagi satu jangan dengkikan kejayaan orang lain.

Allah sudah tetapkan tahap rezeki seseorang itu. Jika kita lihat seseorang itu lebih berjaya daripada kita ini bermakna itulah rezekinya yang telah ditetapkan oleh-Nya. Berusahalah wahai manusia. Setiap bidang ada cabarannya yang tersendiri. Ingat! Asalkan hati kita sentiasa pada-Nya, kita akan melihat segalanya.

#prayformomandayah

Assalamualaikum..

 

Lets pray for 3 of them. Semoga usaha Aleesya dan Engku Emran akan membuahkan hasil. :)

Farewell Party untuk Kak Ita

Assalamualaikum..

Lagi seorang kawan opis pergi meninggalkan kami di sini. Huaaa.. :'( Siti Robitah aka Kak Ita. Sampai hati akak tinggalkan kitorang. Lepas ni dah tak ada kawan nak pergi beli kerepek sama-sama. Btw kak good luck dekat company baru. Kalau tak best dekat sana jangan segan silu pindah balik dekat sini. Macam  En. Hairul kata la "pintu lift terbuka luas untuk Ita" :)

So, awal-awal lagi En. Hairul dah pesan tema pada hari Khamis minggu tersebut adalah tema hari raya. Semua orang wajib pakai baju raya pada hari tu. Semangat giler bos aku ni. Raya lambat lagi dah ambil mood awal-awalkan. Its ok. Makan besar lagi hari tu. Nasi beriani u'olls! Sedap dan perut konyang dan terus konyang. Yabedabedu.

muka lapar
Macam biasalah sebelum makan mesti ada sembang-sembang sikit sebelum bantai makanan yang ada kan. 


Makan sudah bersembang pun sudah. So, sambung buat kerja balik lepas tu. Majlis bersambung pada hari Isnin minggu depannya. So, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2014 hari terakhir Kak Ita bersama kitorang. Perasaan sedih tu memang ada. Tapi aku cool beb. Tak tunjuk. Haha!

mak dara & anak dara
Bergambar dan terus bergambar.

 

Ucapan terakhir untuk Kak Ita,
thanks for everything even kita sempat bersama lebih kurang 8 bulan. Tapi macam-macam benda tau. Haha, lagi satu sorry sebab banyak sangat soalan yang ditanya setiap kali kita lunch sesama. TQ so much! Jangan lupa datang office setiap kali Selangor cuti. :)

Doa untuk orang yang membuat fitnah

Assalamualaikum.



Maksudnya:

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa. 


FITNAH! Siapa yang pernah kena fitnah? Aku sendiri pernah kena fitnah dari kawan baik aku. Fine! Masa kena fitnah tu aku redha dan pasrah aje. Aku tahu Allah sentiasa bersama orang yang benar. Even sampai sekarang fitnah tersebut belum lagi selesai tapi tak mengapa. Aku percaya suatu hari nanti sama ada lambat atau cepat kebenaran akan muncul jugak. 

Kepada orang yang pernah memfitnah diri ini, aku doakan semoga kau "bahagia" dengan segala ungkapan dan ucapan yang kau katakan itu. Kepada yang mendengar serta menyokong fitnah tersebut tanpa usul periksa, korang hadamlah ayat-ayat manusia tersebut. Suatu hari kau akan tahu kebenarannya. 

Ayat di atas sesuai sangat untuk korang yang sedang difitnah oleh orang-orang sekeliling. Cubalah baca ayat di atas ni. Semoga fitnah tersebut berbalik kepada orang yang membuat fitnah. Insyaallah. 

Changing Batteries

Salam khamis.. 

korang tengok video ni dan hadam maksud tersirat apa yang terkandung dalam video ni.. Selamat menonton semua!


Review Produk : Harum Malam

Assalamualaikum.

Hai semua. Hari ni nak review satu produk yang sekarang ni tengah hott. HARUM MALAM. Btw, siapa pernah dengar dan pernah cuba produk ni? Nak tahu dengan lebih mendalam tak tentang kebaikan dan khasiat supplemen Harum Malam ni? Ok, secara jujurnya ni first time aku cuba minum supplemen. Rasanya sedap dan tak likat. Aku dah cuba minum supplemen Harum Malam ni dan dalam masa yang singkat memang terasa perubahan. Serius! 

 

Salah satu produk keluaran syarikat Legacy Secret Network Sdn. Bhd ini bukan sahaja dikhaskan untuk wanita yang sudah berkahwin TETAPI anak dara pun boleh cuba tau. Ni teman nak kabo ni, bagi sesiapa yang dah kahwin tu teman digalakkan kome amik le supplemen Harum Malam ni. Hiks! Bak kata mereka yang pernah cuba "merapatkan lagi keintiman suami isteri". Eh korang, produk ni juga mampu atasi masalah bau badan tau.

Antara kebaikan Harum Malam adalah :

 

Seperti yang aku katakan sebelum ni, keberkesanan produk ni memang terserlah. Menakjubkan sebabnya aku sendiri rasa setelah cuba produk ni. Cuba bayangkan dalam masa seminggu menggunakan produk ni badan terasa lebih berstamina dan bertenaga. Boleh dikatakan secara tiba-tiba jadi hyperaktif dekat office. Haha! 

Selain daripada tu, Harum Malam ni juga bersesuaian untuk wanita yang mengalami masalah keputihan. Korang mesti tak selesakan? So, dengan pengambilan supplemen Harum Malam ni, insyaAllah masalah keputihan korang tu dapat diatasi dengan segera. 

Kandungan Harum Malam :
  • ekstrak ros
  • ekstrak sireh
  • buah tin
  • kismis
  • madu 
  • buah goji
  • limau purut
  • strawberry
  • pueraria mifrica
  • pueraria lobata
  • kayu serapat
  • buah delima
  • senna

Cop! nak ingatkan korang bahawa sekarang ni terdapat Harum Malam TIRUAN tau. So, macam mana nak pastikan produk ni original atau tiruan? Jom, tengok dekat bawah ni.

Perbezaan antara original dan tiruan :
  • cuba korang tengok pada label huruf "R" Harum Malam. Untuk produk original terdapat corak lebih pada huruf R tersebut manakala tiruan pula huruf R designnya nampak biasa-biasa sahaja.

 

  • kalau korang tengok pada gambar 2 botol Harum Malam dekat bawah ni perbezaan kedua-duanya nampak ketara iaitu pada penutup botol dan warna sticker Harum Malam.



  • Keadaan dan bentuk botol. Botol tiruan lebih besar dan mudah kemek berbanding original. 

Berminat dengan produk ni? Tunggu apa lagi. PM pihak Legacy Secret di http://www.facebook.com/LegacySecretTrading. Hanya RM 33  SEM & RM 39 SS SAHAJA! 

Semoga pengambilan Harum Malam, malam-malam korang akan menjadi lebih indah dan mewangi selamanya. Insyaallah. :)