Kami sahabat.. Takkan terpisah

Assalamualaikum..

Semalam bergayut dengan makcik lina kita sorang ni. Tanya perkembangan dan persiapan dia. Majlis kahwinnya dah tak lama je lagi. Hoi! Bestnya kahwin. Nak jugak. #Eh!

Pagi-pagi buta kemain dapat idea nak post gambar dengan captionnya seperti di bawah ini dekat instagram.


Kami sahabat.. Takkan terpisah..

Kiri tu tunangan orang. Bakal diijabkabulkan tidak lama lagi. Oh cikros, aku tak sabar nak jumpa ko nanti dan yang paling aku tak sabar adalah tengok ko bersanding!

Tengah ni pulak sudah selamat diijabkabulkan pada 31/5 tahun lepas. Alhamdulillah, aku tengok lepas berkahwin ni perubahan demi perubahan ke arah kebaikan berjaya dilakukan. Good job, minah! Nanti ko
buat makan~makan tu wajib ajak aku. Haha..

Kanan.. Ehem.. Bakal ok bakal. Amboi depa 2 ni tak sabo beno nak tengok aku tunang dan kahwinkan. Chillax my dear sis.sampai masa dan betul timïngnya korang yang akan diberitahu dulu. Korang doakan hubungan aku dan si dia. Semoga segala urusan kami dipermudahkan oleh~Nya.

So, secara kesimpulannya aku rindu giler nak together~gether dengan korang berdua balik. Rindu nak makan, tidur, karaoke, hangout, gosip dan macam~macam lagi dengan korang.. Argh!! Cepatnya masa berlalu.

Btw, semoga ukhwah persahabatan ini akan terus terjalin dan berpanjangan hingga nafas yang terakhir!

Salam rindu untuk korang berdua.. 



Eh kejap! Posisi gambar atas dengan yang ni sama r. Nampak tak yang si Minah ni suka duduk tengah antara kitorang. Haha. Bak kata si Minah ni la "Nmpknye ak mmg slalu jd pngadil kat tgh". Poyo sangat ayat ko Minah. Hehe..

Cik Ros siap bagi tips dan nasihat lagi sepanjang kitorang bergayut. Thanks weh. Akan aku ingat dan usahakan sampai dari sekarang. Jumpa korang nanti

Kbye!


5 org mengomel :):

Sylarius Yusof said... Reply To This Comment

Dah macam tagline iklan Digi je. Hehe

Azwa said... Reply To This Comment

@Sylarius Yusof hehehe..

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

susah nak dpt shbt kan..

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI betul tu yui. :)

Norain Yusoff said... Reply To This Comment

bff forever n ever..

http://www.norainyusoff.com