Travellog : Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Last week hari Sabtu dan Ahad bercuti dengan keluarga makcik di Bagan Lalang, Sepang. First time sampai dekat Bagan Lalang ni. Teruja dan eksaited memang ada. Tak sabar nak jejakkan kaki dekat masa. So, last week juga aku buat research pasal tempat ni. Not bad juga even pantai dia tidaklah secantik pantai lain. 

Hari Sabtu pagi bertolak ke sana. Sebelum tu singgah lunch dekat Killiney Cafe, Cyberjaya.


First time jugak makan dekat Killiney Cafe ni. Harga makanan, service, dan rasa makanan not bad. Cuma keadaan cafe je panas sikit dan ruang makan yang terhad. Tapi aku jenis tak kisah pun semua tu asalkan makanan dan servicenya ok. Antara menu yang terdapat di Killiney Cafe ni.

 
  
Dan yang ni antara pilihan menu yang dipilih masa tu. Rasa mee rebus tu memang sedap baq ang. Kuahnya pekat. Mee siam tu aku tak sure macam mana rasanya sebab pakcik yang makan. 

mee rebus
mee siam

Sambil makan tu mata ni sempat la pandang pada bangunan-bangunan yang ada di sekitar tu. #eh, apa maksud nombor yang ada pada setiap bangunan ye? Melambangkan nombor bangunan ke? Selesai makan dan solat perjalanan diteruskan ke tempat yang sepatutnya. Bagan Lalang, here we come!

 

Perjalanan ke sampai kalau tak silap aku dalam 1 jam lebih kot. Tertidur masa otw ke sana. Haha! Sedar je dah sampai. Mula-mula sampai macam blur "aku dekat mana ni. dah sampai ke?". Kitorang stay di Camar Laut ni. Sementara pakcik ambil kunci bilik cousin aku si Faiqah dan Mia kata "mama, buruknya tempat ni. tak bestnya". Ahaks! Kemain budak 2 orang ni. Sekali kena sound dengan ayah diorang "jangan takbur". Nasiblah budak kecik kalau yang cakap tu sebaya aku takpun adik aku memang dah kena dengan angah depa ni. >.<

Ok, jom terjah kawasan Camar Laut ni.

  

Kalau tak silap aku chalet yang terdapat di Camar Laut ada lebih kurang 10 buah tapi jangan risau sebuah chalet tu dibahagi kepada 2 pintu. 1 pintu rumah tu ada 2 buah bilik dengan 4 buah katil single. So, macam kitorang gabungkan katil single jadi katil queen. Erk, boleh bayangkan tak? 

 
 

Depan chalet tu ada sebuah padang permainan. So, kalau nak biarkan bebudak main kat luar pun tak kisah tapi awasi setiap pergerakan diorang ok. Jangan terlalu leka bersembang.

 

Mak bapak bebudak bolehlah lepak dekat pondok ni sambil tengok anak-anak diorang main dekat padang.

Pantai Bagan Lalang
Lepak dekat pantai ni masa hari Ahad sebelum balik sambil main belon sabun. Masa duduk dekat pantai ni terpandangkan pemandangan dekat sebelah kiri. Weh! tu lah Palm Tree. Resort atas air. Teringin nak stay dekat situ.


Hopefully, dapat datang ke sini lagi. Tak kisahlah sama ada menginap atau ambil angin laut. :) One day, nak stay dekat Palm Tree Resort ni. Jom kumpul duit dari sekarang. XOXO

6 org mengomel :):

Yan Ty said... Reply To This Comment

Jom!! Teringin juga nka stay dekat Palm Tree Resort tu.. lets meet up dear.

Azwa said... Reply To This Comment

@Yan Ty haha kak ty. plan plan n plan.. dengar cerita palm tree tu mahal. haha..

Yan Ty said... Reply To This Comment

@Azwa : sila plan la ye , I olls tak reti nak plan.

Azwa said... Reply To This Comment

@Yan Tyx reti gak. akkaka

Anne Anabella said... Reply To This Comment

avani gold coast tu costnya dalam RM500++

Azwa said... Reply To This Comment

@Anne Anabella tempah macam ekslusif. :)