Assalamualaikum.
Rezeki itu milik Allah. Dia memberi rezeki itu kepada sesiapa sahaja di dunia ini dan Dia jugalah yang berhak untuk menarik semula rezeki tersebut pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka, dengan itu bersabarlah ketika mencari rezeki. Pada masa yang sama bersyukurlah dengan apa yang sedang kita miliki pada waktu ini. Walaupun sedikit tetapi dalam sedikit itulah keberkatannya Dia sahaja yang tahu.
Bila kita bincang soal rezeki ni mesti ramai terfikirkan bagaimana untuk mendapatkan atau menambah lagi rezeki yang sedia ada. Kira macam side income la. Setakat nak makan basic gaji je mana cukup pada zaman sekarang ni. Hai korang, macam-macam benda boleh dilakukan. Cop! pastikan HALAL ok. Sekarang ni zaman serba boleh. IT maa. Korang boleh buat online business. Bak kata pepatah, rezeki tu ada di mana-mana sahaja. Apa yang penting kita usahakan dan insyaallah apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Cuma kita perlu bersabar dan terus bersabar.
Jangan bersedih dan cepat berputus asa jika hasil yang diperolehi tak seberapa pada awalnya. Itu adalah salah satu cabaran untuk membuatkan korang lebih berusaha dan maju dalam mencari punca rezeki yang halal. Meh, nak bagi satu contoh dekat korang. Pernah tengok tak seorang pakcik yang menjual sate celup dengan hanya menggunakan motor pada mulanya tapi kini beliau berjaya membeli sebuah lori pickup untuk menjual sate celup tersebut. Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan".
Lagi satu jangan dengkikan kejayaan orang lain.
Lagi satu jangan dengkikan kejayaan orang lain.
Allah sudah tetapkan tahap rezeki seseorang itu. Jika kita lihat seseorang itu lebih berjaya daripada kita ini bermakna itulah rezekinya yang telah ditetapkan oleh-Nya. Berusahalah wahai manusia. Setiap bidang ada cabarannya yang tersendiri. Ingat! Asalkan hati kita sentiasa pada-Nya, kita akan melihat segalanya.
0 org mengomel :):
Post a Comment