Travellog : Percutian ke Pulau Pinang - Part 3

Assalamualaikum dan selamat hari rabu. Ok, mari sambung part terakhir travelog ke Penang ni.


Part ni merupakan hari terakhir kami semua di Pulau Mutiara. Sobs! Malas nak balik lagi masa ni. Hari terakhir ni kitorang lebih santai. Kiranya lebih kepada aktiviti cuci kepala yang serabut dengan melihat alam ciptaanNya. Kitorang pergi ke beberapa tempat yang sememangnya menjadi tarikan utama para pelancong yang datang ke Penang iaitu bukit bendera, Penang 3D Art Museum, Wonderfood Museum & Kedai asam pedas Ajai. Disebabkan pagi tu masing-masing terbongkang keletihan *kecuali aku. haha!*. Plan nak check out pukul 10am tapi budak-budak ni boleh bantai bangun pukul 10. Haha! Breakfast disediakan oleh Ida. Thanks Ida! Songket Sarawak free satu. Ngehngeh.

Bukit Bendera :
Sampai je dekat sini terus ternganga. Ramai betul manusia yang tengah beratur. Mengucap terus beb. Plan asal nak beli tiket biasa je tapi disebabkan baju dah basah dengan peluh dek kena panas terik terus ambil jalan pintas beli tiket dari kaunter fast lane. Ha ni semua plan tak terduga si Amir. Katanya penat nak beratur. Haha! Tibai la asalkan boleh naik atas tu dengan cepat. Tiket fast lane ni kira tiket VIP la. Person incharge yang jaga pintu train tu akan mengutamakan customer yang ada tiket fast lane. Wee!

 muka penat beratur

Dah sampai atas tu terus snap snap dan snap. Subhanallah! Mengucap aku dekat atas tu. Indahnya ciptaan-Mu, Ya Allah. Dah lama tak naik bukit bendera ni. Banyak dah perubahan yang diorang buat. Bukit bendera makin cantik. Berjalan sambil ambil gambar bila jumpa point of view yang menarik di mata. Then kitorang rehat dekat foodcourt yang disediakan disitu. Bau asam laksa menyerang! Tak tahan beb. Terus lunch asam laksa dekat situ. Perut pun dah kenyang maka rehatlah sebentar sebelum ke destinasi yang seterusnya.

Penang 3D Art Museum :
Destinasi kitorang ke sini atas cadangan Seha. Alright, kita terjah since masih awal lagi nak balik. Hee. Usha ajelah ye gambar-gambar ni. 

 
  
   

Actually banyak lagi gambar tapi pilih mana yang ok ajelah ye. :)

Wonderfood Museum :
Ha, muzium ni aku sendiri yang cadangkan sebabnya aku ada search tempat-tempat menarik yang tak pernah dijejaki lagi. Nampak menarik sebab nak tengok betul ke besar gedabak replika-replika makanan tempatan yang ada dekat muzium ni.

Yeah, memang besar. Wonderfood Museum ni tak jauh pun dari Penang 3D Art Museum tu. Lebih kurang 10-15 minit je dari situ. Kitorang ke sana ikut waze. Sekali lagi aku kata waze. Sambil berjalan pasang waze dan alhamdulillah jumpa. Hee. Gigihkan?

besar woo
  
 

Oh ya, nak bagi peringatan. Bila korang ke sini jangan usik sembarangan replika-replika yang ada dekat situ. Kitorang kena marah! Haha. Manalah tahu. Tapi kalau ikut logik pun memang betulkan? Eh, jangan risau ada replika makanan yang korang boleh pegang sepuas-puasnya dan bergambar macam gambar dekat bawah ni. 

 
 
Area coklat ni paling aku suka sebab pewangi yang diorang gunakan bau coklat. Rasa nak makan je coklat-coklat tu. :p

Sate. Makan ni kenyang 3 hari. Haha!

Ok, ni part terakhir sebelum journey kitorang dalam muzium ni berakhir. Person incharge kata inilah hidangan TERmahal di dunia. Semua makanan yang ada dekat setiap hidangan tu diorang letak kepingan emas. Makan emas beb. Tak terbayang dek fikiran aku. Bayangkan pizza je dah beribu. Fuh, kaya betul diorang ni.
  
Asam Pedas Hirup :
Tempat terakhir kami di Penang. Wuu :'( Kedai ni milik artis komposer dan penyanyi terkenal iaitu Ajai.

Menu
Ini antara hidangan yang disediakan di kedai ni. Tunggu apa lagi. Jom makan! 

 

 

Antara hidangan yang kami order. Not bad jugak rasanya.

Yeay! tamatlah sudah pengembaraan kami 6 sekawan ke Pulau Pinang. InsyaAllah dan jika diizinkan akan ke tempat lain pula.

Pada sahabat-sahabatku Marlina dan suami, Seha, Fahidah dan Amir. Thanks sebab sudi luangkan masa kita bersama-sama. Lepas ni kita plan ke tempat lain ok? Tak kisahlah dalam atau luar. Satu je aku harap sangat-sangat. Semoga ukhwah persahabatan yang kita semai sejak dari sekolah rendah berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. Memori indah bersama korang ni tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Thanks again!

Nota ringkas :
Hargailah persahabatan yang ada ini. Tak semua orang akan sentiasa berada disamping kita.