Walimatulurus : Jana dan Ammar

Assalamualaikum...

1 Oktober 2014 bersamaan 8 Muharam. Rakan sekerja selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Ammar. Tahniah Jana dan suami. Semoga baitulmuslim yang korang bina ini akan berkekalan hingga ke Jannah Allah. Amin! Majlis perkahwinan bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur.

sumber Google
Pergi kenduri lepas solat zohor sebab senang nanti tak adalah kelam kabut sangat nak kejar zohor. Kami berkumpul dahulu dekat office dan tepat pukul 1 lebih bergerak ke kenduri. Setibanya di sana terpandang 1 bangunan ni. Burgerbyte!


Nasib baik masa tu kedai ni tak buka lagi. Kalau tak lepas kenduri memang ajak officemate lepak dekat sini pula. Hiks! Oh ya, hari tu memang hujan turun dari tengah hari sampai petang. So, sampai je dekat kenduri tersebut apa lagi cari meja dan terus ambil makanan. Sambil makan sambil bersembang. Adat melayu sangatkan. Ahaks! Selesai makan terus diorang ajak bergambar dengan pengantin. Maka bergambarlah dengan pengantin baru.

 
 
  

Sambil-sambil tu ambil la sikit aura pengantin beliau. Iols pun nak kahwin jugak suatu hari nanti. Doakan ya. :)

 

Itu dia Kak Pah (baju merah). Bergaya na! Hiks.

So, puas bergambar dengan pengantin dan perut pun dah sendat lepak pula dekat rumah bos. Kebetulan rumah beliau dekat area tu juga. Kemain bos "paksa" pergi rumah beliau. No problem asalkan dapat makan free untuk satu hari tu. Hiks!

Akhir kata, Jana ooo Jana.. Ucapan ni khas untuk kamu. Semoga baitulmuslim yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah Allah. Lalui segalanya bersama-sama. Terima segala kelebihan dan kekurangan beliau seadanya. Insyaallah, segalanya berjalan dengan lancar. Amin ya Rabb.



Dunia ini yang aku cinta

Dunia ini yang aku cinta 
by Hilal Asyraf 


Kalau bukan dunia ini ladang akhirat,
Tiadalah padaku rasa cinta,
Dunia ini hanya akan hancur,
Tetapi inilah dia saham yang kita ada.


Dunia ini semakin tua,
Dipimpin mereka yang korup,
Dunia semakin sakit,
Hasil tangan-tangan rakus yang lampau,
Tetapi rakyat lebih parah,
Kerna terus dibutakan mereka,
Dan tidak melihat apa yang berlaku kepada dunia.


Dunia semakin tua,
Sakit,
Dan entah apa yang aku akan tinggalkan,
Untuk generasi anak-anak,
Apakah terus dengan korupsi yang ada,
Atau aku ingin berjuang hingga mati,
Biar terpangkas pemimpin durjana,
Agar anak-anakku nanti hidup selesa untuk beragama?


Hari ini Islam dicelup pelbagai warna,
Dek tangan-tangan mereka yang korup,
Islam warna oren tidak perlu menutup aurat,
Islam berwarna pelangi, hukum Tuhan tidak perlu diangkat,
Hasil?
Dunia semakin sakit dan tenat,
Meronta untuk diselamatkan


Aku cinta ini dunia,
Bukan kerana apa,
Kerana inilah ladang akhirat kita,
Dunia semakin tua,
Mengapa tidak kita berikan hari-hari akhirnya kegemilangan yang bahagia.



p/s : Ya, dunia semakin tua dan semakin tenat. Adakah kita mampu meneruskan apa yang ada di dunia ini? Adakah kita sanggup untuk terus diwarnai dengan warna-warna kehidupan yang semakin hari semakin kotor? Sanggupkah kita? Tepuk dada tanya hati.




Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah diberi untuk terus menghirup udara dan terus memperbaiki kekurangan menjadi seorang muslimah dan hamba-Nya atas muka bumi ini. Salam November semua. Semoga hidup kita akan terus disinari dan dilimpahi dengan cahaya Ilahi. Insyaallah.

 

Siapa pernah baca buku motivasi Sebelum Aku Bernikah hasil karya Hilal Asyraf ni? Aku baru sahaja habis baca buku ni. Best dan yang penting banyak ilmu serta motivasi-motivasi yang dikongsi oleh penulis Hilal Asyraf.

Kenapa aku baca buku ni? Dah gatal sangat ke nak kahwin? Eh cop, sebelum lagi banyak pertanyaan seumpama itu, ni aku nak tegaskan. Aku baca bukan sebab dah merenyam sangat nak kahwin. Tapi nak tambah ilmu sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Isi kandungan buku ini memang menarik. Penulis menerapkan pendekatan mengenai apa itu cinta yang sebenar, larangan-larangan semasa bertunang, dan persediaan mental dan fizikal sebelum berkahwin. Penulis juga turut menyelit cerita-cerita bagaimana beliau boleh jatuh cinta dengan isterinya. 

Sangat sesuai untuk remaja, pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan dan golongan yang berkahwin. Selamat membeli dan hayatilah bait-bait coretan penulis.