Selamat Hari Raya dari IT Department.

 
Selamat Hari Raya!
 

ps : Nampak tak yang aku ni sorang je bunga dalam department ni..

Iftar Blogger Perak (Wilayah Tengah) 2013

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah.. 21/7/2013 bersamaan hari ahad yang lepas bebudak blogger perak bagi wilayah tengah (area kl dan sewaktu dengannya) berjaya menganjurkan iftar ramadhan untuk tahun ni. Last minit plan by Aan. Ingatkan tak menjadi tapi tuptup masa dekat Sofina Seafood Restoran, Putrajaya kemain ramai yang datang. Iftar kali ni macaam special sikit sebab kebanyakan yang datang anak-menakan Aan. #eh, boleh gitu?

Kalau ikutkan hampir tak dapat nak join iftar area KL ni. Sobsob. Tapi Alhamdulillah, rezeki agaknya dapat join iftar KL ni. ngehngeh. So, petang tu lepas selesai survey rumah dekat area damansara terus bergegas ke Putrajaya. Macam biasa laluan utamaku nak ke Putrajaya of course ikut Uniten. Nampak tak yang aku ni sangat sayangkan Uniten. #ttdmka sangat. Lalu je area Nampak 1 perubahan dekat bangunan library. Ohoi! Masa study kat situ tak ada lak. Cetcet..

Ok, sampai Alamanda terus cari diorang. Dengar cerita melalui wasap BP diorang tengah rambang mata masa tu sebabnya sales! Sales everywhere. Nasib la boleh tahan nafsu shopping. Fuh2. Duduk sebentar dekat foodcourt. Lagi sekali nafsu memberontak. Nafsu makan. Alahai, kenapalah korang duduk melepak dekat situ. Lapar baq ang masa tu.

dari kiri : ayong & mas

dengan kembar!

So, sementara nak menunggu yang lain sampai kitorang pun melilau dalam Alamanda tu. Kat center atrium tu ada orang tengah buat demo putu kacang. Seriusly teruja nak mencuba sebabnya selama ni tak pernah cuba buat kuih tradisioal. Selalu buat yang moden-moden aje. Pergi dekat dengan kakak demo tu then terus cakap "akak, boleh saya try?" Gigih tak? Ketuk-ketuk dengan penuh cermat supaya kuih putu tu tak hancur. Tangan den ni bukan boleh dipercayai sangat. Kekadang ganas ya amat. Opppsss..

    

Selesai terapikan diri pandang je perkataan SALES tu, tepat pukul 6.20 terus pergi ke tempat yang sepatutnya. Sofina Seafoof Restoran, here we come! Ohoii, selama 4 tahun duduk dekat area situ dan selama 4 tahun jugaklah berulang-alik ke Alamanda ikut Gate 1, Putrajaya tak pernah langsung nmpak kedai makan tu. Bak kata Aan, hijab tak terbuka luas lagi tu. Bagi dia doakan supaya terbuka sikit hijab tu. Kemain haa! Rasa nak seligi aje cikgu/ustaz,ticer sorang ni.

Sampai kat kedai makan tu terus cop seat. Cari seat dekat dengan Izan. Ahaks. Keadaan makin meriah dengan kehadiran student 14 orang student inspen. So, jumlah semua yang ada majlis iftar KL seramai 34 orang. Absolutely ohsem.

34 orang = 2 line meja yang panjang
Makan, melantak semua ada. Sedap-sedap ha. Nak-nak pulak makanan kegemaran ada depan mata. Bantai sakan. Kehkeh. Selesai makan terus tersandar sebab kekenyangan. Makan tak hengat dunia gitu! Wuuwuu. Ok, sebelum balik snap dulu  gambar kenangan dekat kedai makan ni.

dari kiri : kwn kak al, aku, qila & kak al
INSPENians
Lepas makan terus ke Istana Kehakiman. Snap dengan pelbagai pos yang tak terlarang. #eh, ai is behave ok.

    
 
 Habis sudah ceritera iftar ramadhan wilayah tengah. Semoga berjumpa lagi tahun depan. Ehem, dengar cerita iftar BP Ipoh & Taiping buat 3 Ogos. Jejommmmss!
 

Seoul Garden bersama Officemate

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini genap 3 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Maknanya lagi 27 hari lagi nak sambut raya. yeay! Bukan nak cerita pasal puasa tapi nak cerita pasal Seoul Garden. Pernah makan dekat Seoul Garden tak?

Alhamdulillah, ni kali kedua pergi makan kat Seoul Garden. Kali ni hangout dengan officemate. Kata mereka "makan besar sebelum puasa". Memang besar la makannya. Macam-macam yang dimakan sampai perut pun rasa sendat ya amat. Restoran ni boleh dikatakan mahal la jugak tapi bagi aku kalau mahal dan sedap tu memang aku tak kisah sebenarnya. Lagipun makanan dekat sini memang sedap. I Loike!

Tepat pukul 5 terus ke Festival City dekat area Wangsamaju. Bezanya Seoul Garden dekat Wangsamaju lagi besar dari Ipoh. Dari segi rasa memang tak ada beza. Semua sama dari segi rupa, bentuk dan warga. *boleh pulak*. Seramai 15 orang staff IDSB serbu Seoul Garden ni. Meriah baq ang. *tetiba teringat BPians*.

 

Banyakkan kami makan. Semua makan tak ingat dunia. Nasib baik tak ada yang pengsan sebab kekenyangan. Aku perasan couple depan kitorang usha padat dekat kami semua. Agaknya bengang kot sebab ganggu ketenteraman dia nak bermanja-manjaan dengan boyfie dia. Siap buat muka tu yang aku geram tu. 

 
 

Boleh dikatakan dekat 2 jam jugaklah kami makan tak berhenti-henti. Habis daging tambah lagi daging. Habis ayam tambah lagi ayam. Semuanya berulanglah. Memang makan tak hengat dunia la weh. Bak kata meja sebelah kitorang, "korang bila makan kemain senyap. Dah kenyang potpet tak habis-habis". Haha. 

 

Muka happy bila dah kenyang. 


Budak paling sengal dalam company. Kemain suruh kitorang buat mimik muka "budak tak sihat".  Sebelum balik sempat lagi window shopping. Hey korang, lepas raya kita makan besar lagi macam ni ye. >.<

Salam Ramadhan semua

 
 
Salam Ramadhan semua.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya
 
 
pesanan dari penaja : yang tak boleh dan "tak boleh" nak puasa tu janganlah makan depan orang ramai. Silap hari bulan merasa la korang naik kereta mayat.kehkeh