Iftar Blogger Perak (Wilayah Tengah) 2013

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah.. 21/7/2013 bersamaan hari ahad yang lepas bebudak blogger perak bagi wilayah tengah (area kl dan sewaktu dengannya) berjaya menganjurkan iftar ramadhan untuk tahun ni. Last minit plan by Aan. Ingatkan tak menjadi tapi tuptup masa dekat Sofina Seafood Restoran, Putrajaya kemain ramai yang datang. Iftar kali ni macaam special sikit sebab kebanyakan yang datang anak-menakan Aan. #eh, boleh gitu?

Kalau ikutkan hampir tak dapat nak join iftar area KL ni. Sobsob. Tapi Alhamdulillah, rezeki agaknya dapat join iftar KL ni. ngehngeh. So, petang tu lepas selesai survey rumah dekat area damansara terus bergegas ke Putrajaya. Macam biasa laluan utamaku nak ke Putrajaya of course ikut Uniten. Nampak tak yang aku ni sangat sayangkan Uniten. #ttdmka sangat. Lalu je area Nampak 1 perubahan dekat bangunan library. Ohoi! Masa study kat situ tak ada lak. Cetcet..

Ok, sampai Alamanda terus cari diorang. Dengar cerita melalui wasap BP diorang tengah rambang mata masa tu sebabnya sales! Sales everywhere. Nasib la boleh tahan nafsu shopping. Fuh2. Duduk sebentar dekat foodcourt. Lagi sekali nafsu memberontak. Nafsu makan. Alahai, kenapalah korang duduk melepak dekat situ. Lapar baq ang masa tu.

dari kiri : ayong & mas

dengan kembar!

So, sementara nak menunggu yang lain sampai kitorang pun melilau dalam Alamanda tu. Kat center atrium tu ada orang tengah buat demo putu kacang. Seriusly teruja nak mencuba sebabnya selama ni tak pernah cuba buat kuih tradisioal. Selalu buat yang moden-moden aje. Pergi dekat dengan kakak demo tu then terus cakap "akak, boleh saya try?" Gigih tak? Ketuk-ketuk dengan penuh cermat supaya kuih putu tu tak hancur. Tangan den ni bukan boleh dipercayai sangat. Kekadang ganas ya amat. Opppsss..

    

Selesai terapikan diri pandang je perkataan SALES tu, tepat pukul 6.20 terus pergi ke tempat yang sepatutnya. Sofina Seafoof Restoran, here we come! Ohoii, selama 4 tahun duduk dekat area situ dan selama 4 tahun jugaklah berulang-alik ke Alamanda ikut Gate 1, Putrajaya tak pernah langsung nmpak kedai makan tu. Bak kata Aan, hijab tak terbuka luas lagi tu. Bagi dia doakan supaya terbuka sikit hijab tu. Kemain haa! Rasa nak seligi aje cikgu/ustaz,ticer sorang ni.

Sampai kat kedai makan tu terus cop seat. Cari seat dekat dengan Izan. Ahaks. Keadaan makin meriah dengan kehadiran student 14 orang student inspen. So, jumlah semua yang ada majlis iftar KL seramai 34 orang. Absolutely ohsem.

34 orang = 2 line meja yang panjang
Makan, melantak semua ada. Sedap-sedap ha. Nak-nak pulak makanan kegemaran ada depan mata. Bantai sakan. Kehkeh. Selesai makan terus tersandar sebab kekenyangan. Makan tak hengat dunia gitu! Wuuwuu. Ok, sebelum balik snap dulu  gambar kenangan dekat kedai makan ni.

dari kiri : kwn kak al, aku, qila & kak al
INSPENians
Lepas makan terus ke Istana Kehakiman. Snap dengan pelbagai pos yang tak terlarang. #eh, ai is behave ok.

    
 
 Habis sudah ceritera iftar ramadhan wilayah tengah. Semoga berjumpa lagi tahun depan. Ehem, dengar cerita iftar BP Ipoh & Taiping buat 3 Ogos. Jejommmmss!
 

4 org mengomel :):

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... Reply To This Comment

tudia....bestnya,,,,

ramai betoi

haniekunie said... Reply To This Comment

happy day! happy day! tak sangka ada entry dari wawa.. han nye tak yah la tgk.. cam enry malas je

haniekunie said... Reply To This Comment

memang best.. !!! @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

nape cari umah kat damansara? nak duk sane pulak?