Wordless Wednesday #6 : Kesihatan


notakaki : semoga sakit kepala ini beransur pulih. Sakit kepala setiap hari membuatkan pergerakan ku terbatas. 

GCAP - Special for Shera

Assalamualaikum.. Entry special untuk our beloved girlfren iaitu Shera.

hi shera,

a Taiping girl. Its quite long time not to see you in the class. Having a lunch, laughing, menggedik bersama adalah moment yang paling best pernah kitorang rasa bersama dengan kamu. Kamu, yes kamu! Haha.. Ingat lagi tak masa mula-mula kamu jejakkan kaki ke kelas GCAP? Tak ingat tak mengapa. Mari adek wawa flashback semua tu semuala. Kamu datang hari Jumaat *tak ingat tarikh* iaitu hari last interview untuk masuk GCAP. Masa tu kitorang tengah tea break 10 min dan secara tetiba pak guard "comel" tu datang bawa kamu. Dia introduce kamu dekat kelas dan tetiba kamu nak bagi resume dekat kitorang (aku, kak umie, kak noryn). Kata kamu "i thought u're interviewer". Pergh, masa tu kitorang pandang sesama sendiri. Dan lepas tu barulah Mr. Ben panggil kamu. 

Mr. Ben ask you to sit besides me. Ohmai, my feelings masa tu adalah "hey, i got a new friends!". Haha. Sebabnya Ain tak ada. Lunch pulak kamu, aku dan Ain pergi makan bersama dekat Mee Rebus Ramli. Thanks again sebab belanja kami berdua makan. Sayang kamu. hikhik *bebudak ni kalau tau shera belanja kitorang masa 1st day dia mesti diorang jeles. hikhik* Benda best lagi pada hari tu Ain hadiahkan kita tudung bawal 2 tone. Homai, is it a nice day for me? Yeah! Shera treat lunch, Ain pulak hadiahkan tudung sebagai tanda ingatan sebab dah dapat kerja sebagai executive kat KL. Thank girls. *mesti diorang lagi jeles ni*

Suatu hari tu kamu bagitau kitorang yang minggu tu adalah minggu last kamu bersama dengan kami. Btw Shera, congratz! U got a job and become engineer! Walaweh, tabik spring untuk kamu. Untuk meninggalkan memori kenangan manis kamu dan kami, maka ber"lunch" la kita di Mee Rebus Ramli lagi. Aku rasa pekerja MRR tu dah kenal muka kita semua. haha. Regular customer meh! 

Ermm last words from me,
thanks for being my neighbour, teacher and etc la. Don't forget about our class especially your gegirls. Memandangkan kamu dah bekerjaya sekarang ni apa salahnya open table untuk kami. Nantikan kami kehadiran kami di career fair Februari ni *if im not mistaken la*. See u there and keep in touch. Oh ya, sorry again sebab tak dapat nak jumpa last friday. Bye. See ya! Oh ya, this is memory since u come into GCAP class. 

~ kfc 14/12/2012 ~
~ wif class ~
~ hostel girls ~
~ go go green! ~
That's all from me. See you at KL! Contact me if you want treat me. Hehehe.

GCAP - TQ Mr. Ben

Assalamualaikum..

Rasanya ini lah saat yang paling tak best untuk kelas GCAP 1. Mana taknya, trainer kami yang slumber, cool, jiwa kental n lawak ni akan meninggalkan kitorang. Seriusly, terkejut jugak dengan berita tersebut. Bak kata orang hati mana yang tak sedih bila orang yang kita sayang meninggalkan kita. Cop, bukan sayang sebab cinta tapi sayang sebab beliau yang disebut tadi terlalu ohsem buat kami semua. Sporting beliau memang tak terkira. Kemungkinan besar cara dan suara beliau akan menjadi igauan setiap muka-muka comel dan hensem GCAP 1. Hahaha.

Mr. Ben, this is for you :

Terima kasih di atas setiap pelajaran dan pembelajaran yang telah diajar, games-games yang sebelum ni memang tak pernah di main oleh kami semua, aktiviti voice drill "chu cha  cha tiki tiki da da ..", baca buku setiap pagi, strecthing dan sebagainya. Hope, we will see you on our graduation day. Don't forget about us and keep in touch! Last but not least, if you have vacancy at mypartners don't forget to inform us, immediately. Hahaha. 

 

notakaki : setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan pasti akan meninggalkan kenangan manis. Sematkan setiap kenangan tersebut dalam diri kita agar ia kekal abadi sampai bila-bila. Insyaallah!


Wordless Wednesday #5 : Happy



notakaki : semoga kebahagiaan ini akan kekal abadi. Amin

GCAP - My Vision Board

Assalamualaikum.

1st assignment yang diberi oleh Mr. Ben adalah vision board. What? Vision board? Menatang apa pulak tu ha. Ok, yang sebenarnya vision board ni salah satu medium perantaraan di antara kita dan cita-cita kita. Maksudnya apa yang kita nak target pada masa hadapan.

Melalui vision board ni jugak, ianya secara tak langsung dapat menolong setiap orang dalam mendapatkan apa yang diinginkannya. Sebagai contoh dalam masa 5 tahun dari sekarang, apa yang kita nak dapat. Kawen, kereta, berkasih sayang? Haa, macam tu la. Sebagai contoh macam dekat bawah ni :


Yang ni macam sarat sangat dengan gambarkan. It' s ok sebenarnya. Melalui vision board ni jugak kita dapat lihat personaliti seseorang tu. Sama ada dia jenis yang santai, serabut, berdikari atau sebagainya. Korang, tips nak buat vision board ni senang aje. Korang cuba ramalkan apa akan terjadi 5/10/15 tahun akan datang. Haa, dari situ korang boleh translatekan segala apa yang ada kat minda tu ke dalam kertas. Tak kisah la kertas apa. Mahjung boleh, manila card pun ok. Kalau boleh ianya betul-betul melambangkan apa yang korang nak. Jangan hanya tampal benda yang bukan-bukan aje. Tu namanya sampah. Bukan lagi vision board. Dalam erti kata lain, korang kembali ke zaman sekolah rendah. Buat kolaj, tampal macam-macam gambar dan perkataan yang bersesuaian. Apa yang penting, pastikan ianya jelas, ringkas dan nyata. Nanti tak ada la serabut je mata bila memandangnya. Itu saja.

Fuh! kemain panjang intro kali ni. Ok, fokus balik dekat assignment tu. Tugasan kami senang aje. Cuma buat vision board yang berkaitan dengan career timeline. Kena ada kekuatan, kelemahan dan juga skill yang diperlukan untuk capai apa yang kita hajatkan tu. Nampak senangkan? hee. This is an individual presentation! Homai! Tapi tak apa. Kita redah aje. Kata nak belajar kan. Haa, mari lihat apa yang berlaku sehari sebelum presentation dan hari presentation vision board ni.

Persiapan kami :

 

Kemain sibuk lagi diorang ni siapkan vision board memasing. Aku? Belek majalah dan paper tuk ambil segala macam ayat yang ohsem dan gambar yang cun dan hensem belaka. Hakhak.

Presentation la pulak :

Mr. Ben in da houz!

Itu dia. Bermacam-macam gelagat yang kitorang tonjolkan masa present tu. Menggeletar? Tipu kata tak. Tahap nerves memang ketara nak-nak pulak masa present. Pada mulanya bukan main lagi ok tapi hambek kau masa presentation. Menggeletar habis! Anxiety disorder betul!

  

Muka-muka bangga bila presentation selesai. Yahoo! Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Ada lagi 3 presentation menanti kami. Seronoknya saya. Jumpa di entry GCAP yang akan datang. Sekian saja laporan dari bilik warna pink. :P

Review : Ruang Hazira

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya nak cerita pasal benda ni. Apa yang specialnya tentang Ruang Hazira ni? Apa yang bestnya pasal Ruang Hazira ni? Hey, stop asking me more question! Haha.

Ruang Hazira,
ruang dalam bilik ke? Ruang privasi seorang budak perempuan ke? No! Yang sebenarnya ianya tentang blog salah seorang sahabat GCAPku aka kakak seguru se'teacher' dan kekadang segroup kalau buat aktiviti dalam kelas. 

Kenapa tetiba buat entry pasal dia? Jawapannya senang aje. I'll be full time supporter sebabnya tak lama lagi novel beliau akan di publish dan dijual di pasaran. Insyaallah! Novelis okeyh! Beliau merupakan novelis dari publisher Kaki Novel. Tipu kalau tak pernah dengar publisher ni. Tengah top sekarang baq ang!

maaf sebab gambar tak berapa jelas. technical error!
Novel yang bakal di publish nanti bertajuk Dari Pandang Pertama. Novel cintun lagi! I loike! Kalau korang tak sabar nak baca pasal cerita dalam novel ni, boleh la pergi ke blog beliau. Klik di sini atau klik saja pada gambar di atas ni. Nantikan novel beliau tau!


notakaki : Wahai Kak Umie ku sayang.. #cewah. ingat tau pesan adikmu ini. Once ur book dah publish, pastikan orang dapat novel yang siap dengan sign special akak & FOC novel. hahaha

GCAP - Wajah comel kami!

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak azwa pernah cerita pasal program GCAP ni. Ingat? Bagus! Sebagai permulaan, mari sini nak kenalkan 28 budak comel dan macho kelas GCAP 1 ni. Comel?  Macho? Hakhak. Tepuk dahi tempek muka dekat cermin. :p

atas (dari kiri) : d.ja, shera, fisha
bawah (dari kiri) : sha, kak shima, aimi
atas (dari kiri) : pengat, shiela, tikah
bawah (dari kiri) : carol, kak umie, ain
atas (dari kiri) : kak bariah, saya!, eza
bawah (dari kiri) : kak ryn, kak niza, siti

atas (dari kiri) : qila, pak lah
bawah (dari kiri) : naqeeb, apis
atas (dari kiri) : safwan, loy
bawah (dari kiri) : yadi, fendi
Haa, dah kenalkan dengan bebudak kelas GCAP 1 ni. Comel dan machokan kami semua. Orite, cukup cukup sudah untuk intro kelas ni. Jumpa lagi! 


'G' to the 'C' to the 'A' and 'P' 

GCAP!


notakaki : naqeeb, aku terpaksa ambik gambo kat fb ko sebabnya takda 1 pun gambo ko dlm folder tu. Soryyy

Blogger Perak - Mini Gath New Year 2013

Assalamualaikum.

lokasi : Aeon, Kinta City & Padang Polo
tarikh : 1 Jan 2013
masa : tak tentu masa. :P

Untuk pertama kalinya dapat join mini gath new year Blogger Perak. Yeay! Seronok tak terkata rasanya. Selalunya tengok je mereka-mereka ni bergath new year bagai. Snap gambar sana sini. Auch! Tapi tidak kali ini. #cewah

Eleh, poyo je kau azwa oit. Macam x pernah gath dengan diorang ni kan. Pernah! Tapi new year gath memang tak pernah. Sekali lagi, tak pernah. Sudah! jangan emosi bagai. Haa, kat bawah ni ada sedikit gambar kenangan kau dan aku kami bersama. Sumbangan ikhlas daripada Pakcu Sofi. Apa blog pakcu eh? Mai nak  skodeng blog kesayangan beliau itu. Btw, adik Muna sila jangan jeles ye. Kakak dan abang semua gembira bila berjumpa. Hikhik. >.<

Baiklah, perjumpaan kami dimulakan di meja makan foodcourt JJ. Sampai saja dekat sana, kelihatan mereka sedang menikmati lunch. Sempat mengepaw mee sizzling Kak Ruzz dan air Nisa. Sharing is caringkan. Kata we're famili. Sesi membuncitkan diri pun dah. Terus buat aktiviti mengempiskan semula perut dengan bowling. Yehaaa. I like this indoor games sebabnya kalau kita tengah stress memang akan anggap pin bowl tu masalah kita. Baling bola kekuat *kuat la sangat*. Kalau dapat strike memang pergh laa. Ok, merepek sudah. Keep on the track, please!

dari kiri : yana admiral, azwa, kakruzz
yana & kakruzz.
dengan abg padil cetcet
Lepas bowling, karaoke pulak! BPians memang gila karok la weh! Asal jumpa je karok. Asal karok je mesti muka-muka bebudak BP ni yang akan menghiasi bilik Prinz tu. Mesti abang-abang Prinz kenal muka retis kami semua ni kan. Pelanggan tetap woo! *ye la kot*

 

Penjelajahan kami diteruskan ke padang polo untuk bermain polo makan laksa dan cendol.     Bermacam benda yang kitorang bincangkan termasuklah gath new year yang akan datang pertengahan bulan Januari ni. Doakan semoga diri ini dapat join gath tersebut. Insyaallah. :P. Setiap perpisahan pasti akan meninggalkan memori daun pisangnya yang tersendiri. Nah, dengan itu kami snap gambar sebelum pulang ke pangkuan orang yang tersayang. Ayat! Bhahaha.

dari kiri : pakcu (KBU), amirul, abgreez, nisa, azwam kakruzz, ain & yana
the power of gegurl!
boboiboy!
Sekian sahaja untuk hari ini. Saya melaporkan dari dalam bilik warna pink. Peace yooo!

Happy 2013!

Assalamualaikum..


Entry pertama di bulan pertama tahun 2013. Btw, Welcome 2013 & happy new year semua. Semoga apa yang kita inginkan pada tahun lepas telah tercapai. Dan kebanyakan wishlist yang dibuat untuk 2012 telah tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah!

Malam tadi untuk pertama kalinya kami sambut ambang 2013 dekat Mydin Meru. Selalunya sambut dengan family dekat Dataran Ipoh. Tapi tahun ni kita buat kelainan sikit. Sambut dekat-dekat aje. Mydin dengan rumahku hanya 10 minit je. Nampak tak betapa dekatnya kami. Sebab itulah Mydin sentiasa dihati. #eh. 

Sampai saja dekat Mydin terus terkeluar "mak aih, biar betul. ramainya manusia". Siap ada stage & artis lagi. Antara artis-artis yang hadir adalah Azza Elite, suami Watie Elite, Siti Saida, Ery Putra, dan ramai lagi. *ada yang x ingat namanya*. Btw, suka tengok sorang artis lelaki ni. Sekali malam tadi dia ada. Homai! *duckface*.

Oh, ada persembahan rupanya masa tu. Siap buat pertandingan karaoke lagi. 30 min sebelum ambang tu diorang umumkan pemenang pertandingan karaoke. Not bad suara mamat tu. Nyanyi lagu rock baq ang. Lepas ni boleh sign kontrak dengan produser terkenal ye. 

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kira sama-sama. Ok, senyap sekejap. Pandang mak, ayong n anis. Dalam kepala nak ajak diorang balik dah sebab ingatkan xda bunga api tu. KEBABOM! hahaa. Itu dia.. Menjelma sudah! 


Once again, HAPPY 2013 everybody!