Reunion Raya bersama ex-classmate

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi. Syukur sangat-sangat Ya Allah. Akhirnya kami semua dapat berkumpul bersama-sama semula walaupun berapa ketul je yang dapat datang open house kat rumah Ain Sapawi. Sebenarnya, dah 11 tahun kitorang tak jumpa face-to-face macam ni sejak masing-masing bawak haluan sendiri ke sekolah menengah yang berasingan. Walaupun rumah dekat-dekat tapi seriusly memang susah nak jumpa. Maklumlah, semuanya dah ada bekerjaya.

dari kiri : Syahidah, Ain, Seha, Marlina, Shuhada & Qhalesya.
Duduk depan : Syed
Hamek kau! Bila sume bergabung macam-macam ceritalah yang keluar. Wohoiii, best giler. Mengutuk, mengata, kenang waktu-waktu jahat masa dekat sekolah semua ada lah. Ko cakap je apa yang tak ada. Nak-nak lagi si tukang ceritanya adalah si tettt. haha.. Jangan ditanya siapa "tett" tu sebab semuanya kaki pedajal orang. Hahaha. Al-maklumlah, zaman jahiliah la katakan. 

Tengok gambar kat atas ni kan. Agak-agak semua dah berstatus ke belum ye? Mostly! Hahaha. Ada yang dah kahwin, tunang, dirisik, couple, single dan sebagainya. #eh, status apa lagi lepas single ye? Ok, abaikan. Sebenarnya aku geramkan anak si Shuhada ni. Muka sebijik macam dia. Dengan telinga capangnya. Grrrr. Ingatkan budak kecik ni tak reti cakap. Masa duduk bersembang sambil makan-makan mee rebus buatan si Ain tuan rumah, aku cakaplah "capangnya telinga anak ko, Ada". Sekali budak Qhalesya ni ikut sebijik-sebijik apa yang aku cakap tadi. Hamek kau, terkedu kejap. Hahaha. Kata kawan aku ni, anak dia memang suka ikut apa yang orang cakap. Comel!  

Ok, mari tengok aktiviti kitorang sepanjang reunion raya semalam. Kita mulakan dengan beraya kat rumah Ain anak pakcik Sapawi ni. 

ex pengawas sek dan pengawas pss
Menu utama adalah mee rebus. Yeahh! Sedap weh. Tanpa segan silu diri ini menambah sebanyak 2 kali. Kehkeh. Maaflah ye tuan rumah, diri ini kelaparan sebenarnya. Tu yang aku bantai sampai 2 pinggan. Ala, rumah kau rumah aku jugak kan. :p Makan, sembang, mengutuk. Aktiviti biasalah kalau dah jumpa ni. Macam-macam cerita keluar dari mulut anak-anak chepor ni. Tak boleh blah mengutuk kawan kelas tu. Kata mereka "dah sombong sangat!". Kemain korang ye. 

2 1/2 jam dekat meja makan tu je. Memula tu malas la nak keluarkan kamera sebabnya malas nak snap-snap lagi. Tapi bila pikir apa guna bawak camera tapi tak guna kan? Nak pulak tengok si Syahidah snap macam-macam gambar. Lagilah berkobar-kobar teman nak snap. Hehe. Nak dijadikan cerita duduk sebelah Seha memang tak kering gusi. Mana taknya, budak ni makin lama makin banyak cakap dan makin lawak aku tengok. Tau lah dah lama x jumpa aku kan. Semput aku weh bila dengan ko ni. Nasiblah tak selalu jumpa, kalau tak maunya aku ke hospital. :p

Selesai je makan kitorang snap-snap lagi. Kali ni dengan macam-macam aksi dan position. Kiri, kanan, depan, belakang, duduk, berdiri. Semualah. Penat oit tangkap gambar dengan kome ni. 

Laila + Marlina = BFF 
Lepas tu! Lepas tu paksa si Syed amik air kickapoo kat rumah dia. Kemain banyak stok la budak ni bawak balik. Tau lah dapat air kickapoo tu free. Tak kira, bagi kitorang seorang 2 botol. Hahaha. Dengan rela hati budak tu gigihlah amik air kickapoo kat rumah dia. Nasiblah rumah dia dengan Ain sekangkang kera je. Eleh, dekat-dekat pun moto jugak dinaiknya. Mengada tahu! 

Next plan adalah main bowling. Yahooo! Pebret game aku tu. Lama tak exercise tangan haa. Eksaited giler baq ang. Kami berlima je main kecuali Shuhada sebab nak jaga anak dia. Bukan tak ajak main tapi katanya taknak. So, jangan dipaksa kalau orang taknak. Tak apa Ada, kami paham. Peace yoo. :) 

 
 
 

Btw, aku menang bowling semalam. Sukanya saya! Walaupun lagi 4 markah aje nak sampai 100 tapi ok lah kan. Janji 1st ranking. Kehkeh.


Lepas habis main bowling terus beraya kat rumah Seha pulak. Eh sebelum tu hantar Ada dan Qhalesya balik rumah sebab budak kecik kat atas ni nak tido. Kesian pulak aku tengok masa dekat bowling. Merah-merah dah mata dia tahan mengantuk. Lepas hantar diorang, kitorang terus pergi rumah Seha sebab aku sorang je tak raya lagi. Macam tak best la pulakkan tak raya rumah kengkawan. Ok, jumpa mak si Seha ni lagi lah banyak cerita. Siap gurau senda bagai. Mak ko mak aku jugak kan Seha. Hee. 

Lepas beraya terus hantar Syahidah balik rumah. Ke medan gopenglah kami malam tu. Masa dalam perjalanan nak ke rumah si Syahidah ni, Marlina cerita macam-macam pasal experience dia jadi budak praktikal. Bakal nurse tu. Baru aje habis study. Dapat tahu tempat posting dia dalam Perak je. Haaa, bagus-bagus. Senang nak jumpa. Dari cerita yang dia bagitahu tu ada part yang buatkan bulu roma aku naik dan seriusly seriau giler. Dengar dia cerita pasal orang bersalinlah, wad lelaki la, pernah handle gangster la, Haizzz. Seriau weh! Tapi katanya "kitorang semua dah jadi kering hati dengan semua tu". Terlupa nak tanya samada dia pernah handle kes kat bilik mayat atau tak. Nak jugak tahu pengalaman dia kan. Tak mengapa, yang tu dalam next story. Insyaallah. Marlina, get ready dengan story tersebut.

Erm baiklah, rasanya itu aje lah kot buat masa ni. Sekian sahaja ceritera reunion raya dari saya bersama rakan sekolah rendah. Insyaallah, kalau tak ada apa-apa hal hujung tahun ni bakal ada reunion besar antara kami. Tempatnya belum decide lagi. Next year buat reunion untuk si Amir budak Jepun. Habis study dah ko. Make sure souvenior untuk kami semua ye! 

Bye!

Sakit tengkuk

Assalamualaikum dan salam jumaat. Jumaat dah weh. Maksudnya esok cuti! yahooo.. Masa untuk merehatkan diri. Hari ni bangun awal pagi terus pegi dapur buat makanan untuk lunch. Kemain sediakan makanan untuk lunch. Kenapa breakfast punya tak sediakan? 

Ini kerana kebiasaannya pepagi sebelum pergi office, aku akan singgah dulu dekat kedai nasi lemak. Bak kata kengkawan office "makin berlemaklah badan kamu". Ahaks, tak mengapa sebabnya febret. Sebenarnya, sepanjang duduk dekat rumah sewa memang tak pernah buat centu. Mimpi apa entah tetiba bangun pagi terus ke dapur buat sediakan makanan. Praktis jadi isteri barangkali? #eh!

Hari ini hujan dari awal pagi sampai pukul 10 pagi tadi. Pergi keje dalam keadaan hujan dan jalan raya yang licin. Harini bawak moto dengan kelajuan 30km/j. Bagus tak? Bak kata pepatah "ingatlah orang yang tersayang". 

Weh korang, sebenarnya aku sakit tengkuk dari pagi. Tetiba je kena masa nak breakfast tadi. Nak pandang kiri kanan terasa sengal ha tengkuk ni. Ada apa-apa cara yang terbaik tak untuk elokkan balik tengkuk yang sakit ni? Tolonggg.. Kata orang kalau sakit tengkuk lepas bangun tidur maknanya salah bantal. Salah bantal yang macam mana tu ye?

 

Tadi ada jugak cari dekat google cara-cara pulihkan sakit tengkuk ni. Dah ikut sebijik-sebijik cara yang dia suruh tapi macam tak menjadi je. Huu.. Tolong! Sakit woo.. Sobsob

Kembara Hari Rayaku!

Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta anda sekiranya sepanjang perkenalan kita, diri ini pernah mengucapkan kata-kata yang tak sepatutnya secara sedar atau tidak sedar. 0-0 ok! Amacam sambutan raya pada tahun ni? Ohsem tak? Banyak dapat duit raya? Tak dapat? Atototo. Sedarlah awak-awak tu dah bekerjaya. Memang patut pun tak dapat duit raya. #Eh, sebenarnya terkena pada diri sendiri jugak. Tahniah! 

Sebenarnya dah tak kisah sangat tapi yelah cuma macam pelik sikit banyak pun ada sebabnya boleh dikatakan setiap tahun ada saje yang sudi hulurkan duit raya kepada diri ni. Tapi memandangkan dah bekerja rasanya memang patut pun kita yang bagi duit raya dekat bebudak termasuklah parents, adik-beradik dan sepupu-sepapat semua. Janggal? Tipu kalau tak janggal. Wa cool beb! Tahniah kepada sesiapa yang dah dapat duit raya dari ku. hehehe. 

Eh, sebelum berleter panjang nak bagitahu ni, rasanya entry ni bakal berjela-jela. Nak baca, terima kasih daun keladi. Bagi yang taknak tu nampak tak tanda "X" kat sidebar sebelah kanan tu. Peace! Baiklah, mari kita mulakan dengan apa yang terjadi pada hari raya pertama. 

Seperti tahun-tahun yang lepas, rumah kami senantiasa akan dipenuhi dengan sanak-saudara kedua belah keluarga ayah dan mak. Alhamdulillah! Penuh rumah dari pagi lepas sembahyang raya sampailah tengah malam. Penat? Jangan ceritalah tapi positifkan diri. Raya setahun sekali ye dok? Sempat pakai baju raya sampai tengahari je then terus tukar tshirt dan tracksuit. Lagi senang nak buat keje sebenarnya. Famili datang semua tanya "mana baju raya kamu?". Jawapan senang je "dok tergantung dalam bilik." haha. Hari raya pertama memang tak ada gambar famili langsung. Serius beb! Sedih pun hado haaa. Sebelah pagi famili belah ayah datang dulu sebab kami semua duduk dekat-dekat. Sebelah petang famili mak pula. Happening sangat! Syukur alhamdulillah.

 
Oh ya, hari tu jugak rupanya birthday salah sorang cazen aku yang kecik. Happy birthday, Dina! Angah doakan semoga Dina membesar dan terus membesar serta jadi anak solehah ye budak! Muahhh bebanyak! Keh3x.

 
 
Dapat pulak favourite kek. Chocolate indulgance! Yabedabedu.. Eh, korang layan dulu gambar-gambar kat bawah ni ye. Tak ada idea pulak nak menaip. Heee.

dari kiri : nazihah, ayong, qihah & mak anjang
dari kiri : che' jie, anis, adik, irfan, farah & acu
dari kiri : apik, che' yah (bawah apik), mak tam, che' din & danis
our big family! sebelah emak. 
Selesai raya pertama. Alhamdulillah. :) Now, proceed ke raya kedua. Selepas melawat kubur arwah atok, opah, pakcik, makcik dan abang sedara sebelah ayah terus bersiap-siap beraya ke rumah sedara sebelah ayah. Memandangkan raya kedua tu jatuh pada hari jumaat, maka terhadkan dahulu aktiviti beraya. Lepas tu baru kita sambung semula. Tepat pukul 3 petang pulanglah kami ke kampung tercinta sebelah mak. Oooo balik kampung! Dekat aje pun. Dekat area pengkalan, Ipoh nun ha je. Tak singgah rumah opah terus sebabnya mak yang buat makan-makan tuk famili kitorang. Nasi ulam baq ang. First time rasa nak ulam sebenarnya. Not bad and I loike! Alorh, tak ada gambo la pulak. Sedih! 


Kenyang melantak nasi ulam, bihun goreng, sosej, nuget dan segala macam kuih diorang decide nak pegi beraya dekat Malim Nawar pulak. Alang-alang beraya terus melawat atuk sedara. Sakit sejak puasa akibat jatuh kalau tak silap aku la. Semoga cepat sembuh ye atok sedara. :) Macam biasa la kan, kalau dah namanya raya mesti makan, makan, makan dan makan! Kami dijamu dengan kuih-muih yang pelbagai ditambah lagi dengan mee goreng. Laris baq ang. Semua lapo agaknya. Padahal baru lepas melantak macam-macam kat rumah mak yang. Apa pun tak leh la kome ni.

raya bersama syidah!  
Macam biasa sebelum balik gambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan kami di Malim Nawar ni. 

  

Kembara raya keluarga Hajah Sabariah diteruskan lagi ke rumah famili di Batu Gajah. Masa ni rasa kenyang tu dah mula terasa. 3 buah rumah keluarga Batu Gajah kami beraya sekali gus. 

kami semua di Batu Gajah
Yahoo! seronok jumpa sanak-saudara dalam masa 2 hari ni. Paling seronok sebabnya adik-beradik sebelah mak semuanya balik beraya kat rumah opah tahun ni. Syukur! Hai, pengembaraan rayaku diteruskan pada hari raya ketiga. Mak nyah (adik mak) dah bagitahu awal-awal kosongkan perut sebabnya dia nak buat makan-makan untuk kami semua pada pagi tu. Yabedabedu. Makan free lagi. Makin mengembanglah badan. Adik-beradik mak, dan opah dah pergi dulu sebabnya memasing nak balik raya kat rumah mentua pulak. Usai makan diorang terus balik. Tinggallah kami 4 beranak kat rumah opah sebabnya famili sebelah Batu Gajah nak datang beraya kat rumah opah. Mak minta diorang ikut kitorang pergi rumah maknyah sebabnya semua dok berkumpul kat sana. Dekat tengahari baru diorang sampai. Nasib lah pagi tu bibik sediakan nasi goreng. 

Pukul 11.30 pagi, diorang pun dah sampai then terus pergi rumah maknyah. 10 min aje dari rumah opah. Sampai sana memang tak pikir lain dah. Ambil pinggan letak nasi lemak then makan. Kenyang! Cazen kata "laponya angah". Perli aku nampak. Hahaha. 

bergambar dengan keluarga Batu Gajah. Sila cari saya!
Sebelah petang, opah sedara sebelah rumah opah buat makan-makan. Makan lagi! Kali ni kami dijamu dengan nasi ayam u'olss. Terliur tak?


Lepas tu terus balik ke rumah sebab sebelah malamnya pulak keluarga maknyah sebelah ayah buat open house. Catering by Pakeza Restaurant. Ada kambing panggang, ayam panggang, nasi beriani, abc dan macam-macam lagi lah. Tapi malam tu boleh makan nasi beriani je sebabnya memang dah kenyang dari pagi lagi. Weh, penatlah nak taip. Korang layan je la gambar-gambar ni ye. Have fun

dari atas sebelah kiri : kak ida, kak lita & kak lia
dari bawah sebelah kiri : mak, aku & ayong
bersama cazen yang sengal!
  
 
  

Selesailah sudah ceritera kembara raya saya dan ahli keluarga di kedua belah pihak. Rasanya masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua. Semoga ikatan yang terjalin ini akan terus terjalin sehingga akhir hayat. Salam ukhwah dariku. 

Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin. 

Duit Raya

 
 
 
Duit raya! Duit raya!
Duit raya dah ditukar.
Nak duit raya?
Sila datang rumah ye.
 


Jangkitan Usus

Assalamualaikum..
Ramadhan ke-27 dah. lagi 3 hari je lagi nak raya. Eksaited atau tak bergantung pada empunya diri. Kalau tanya pada diri ni opcoz la eksaited sebabnya masa ni lah kita boleh kumpul ramai-ramai dengan sanak-saudara yang jauh. #eh jauh ke pakcik makcik aku ni. Semua duduk area KL je pun. hikhik. Nak pulak diorang sume bakal beraya kat Ipoh dulu. yeayyy! Rumah opah bakal riuh-rendah semula.
Ok, sebenarnya itu bukan topic utama entry ni. Nak cerita bagaimana dan betapa cuaknya diri ini bila doctor beritahu kemungkinan besar kena jangkitan usus. Ceritanya mula bila 2 minggu lepas kerap kali sakit dekat bawah perut sebelah kanan. Sebenarnya sebelum puasa lagi dah rasa sakit dekat bawah perut ni dan dah pergi klinik. Mula-mula pergi klinik 1Malaysia dekat dalam UTC. Doc kata gastrik. Esoknya sakit lagi. Tak puas hati pergi pulak Pusat Perubatan Ar-Ridzuan belakang Greentown Mall, Ipoh. Gigih dalam hujan pegi ke sana. Makan ubat yang doc bagi. Ok, Alhamdulillah dah ok lepas tu.
Tapi, sejak seminggu yang lepas sakit bawah perut tu menyerang balik. Sebelah kanan. Kata orang kalau sakit sebalah kanan kemungkinan appendix. Kalau sebelah kiri tu gastrik. Dengar aje perkataan appendix badan terus berpeluh. Teringat cerita housemate masa dekat Uniten. Beliau disahkan kena appendix masa appendix tu dah nak pecah. Takut ya amat tengok keadaan kawan masa tu.
So, last week disebabkan tak larat pergi la ke klinik yang berhampiran dengan rumah sewa aku tu. Doc tanya memacam masa jumpa beliau. Tanya dah kahwin ke belum, period last bila, sakit tak masa buang air kecil, berapa lama dah sakit. Sekali dia kata "kemungkinan besar usus adik ni terkena jangkitan. Tak apa, saya bagi adik ubat 2 ubat ni : ubat air n pil. Pil boleh lagi nak telan tapi bila part ubat air tu memang payah nak-nak lagi ubatnya rasa ntah hape-hape aje. Tak sedap betul rasanya. Asal telan je ubat tu memang rasa nak termuntah. So, cara nak elakkan rasa tu pejam mata then tido. kroh krohh. Ok, secara amnya ubat tu macam sama aje dengan yang sebelum ni. Kesannya sekejap je sebabnya hari ni rasa sakit tu datang balik. Sobsob. Harus ke klinik balik ni.
Oh, sadisnya rasa hati bila mengenangkan hal tu. Sakit dan klinik macam dah tak dapat dipisahkan aje. Duhai badan, sihatlah dikau dengan segera. :'(