Sakit tengkuk

Assalamualaikum dan salam jumaat. Jumaat dah weh. Maksudnya esok cuti! yahooo.. Masa untuk merehatkan diri. Hari ni bangun awal pagi terus pegi dapur buat makanan untuk lunch. Kemain sediakan makanan untuk lunch. Kenapa breakfast punya tak sediakan? 

Ini kerana kebiasaannya pepagi sebelum pergi office, aku akan singgah dulu dekat kedai nasi lemak. Bak kata kengkawan office "makin berlemaklah badan kamu". Ahaks, tak mengapa sebabnya febret. Sebenarnya, sepanjang duduk dekat rumah sewa memang tak pernah buat centu. Mimpi apa entah tetiba bangun pagi terus ke dapur buat sediakan makanan. Praktis jadi isteri barangkali? #eh!

Hari ini hujan dari awal pagi sampai pukul 10 pagi tadi. Pergi keje dalam keadaan hujan dan jalan raya yang licin. Harini bawak moto dengan kelajuan 30km/j. Bagus tak? Bak kata pepatah "ingatlah orang yang tersayang". 

Weh korang, sebenarnya aku sakit tengkuk dari pagi. Tetiba je kena masa nak breakfast tadi. Nak pandang kiri kanan terasa sengal ha tengkuk ni. Ada apa-apa cara yang terbaik tak untuk elokkan balik tengkuk yang sakit ni? Tolonggg.. Kata orang kalau sakit tengkuk lepas bangun tidur maknanya salah bantal. Salah bantal yang macam mana tu ye?

 

Tadi ada jugak cari dekat google cara-cara pulihkan sakit tengkuk ni. Dah ikut sebijik-sebijik cara yang dia suruh tapi macam tak menjadi je. Huu.. Tolong! Sakit woo.. Sobsob

0 org mengomel :):