Kembara Hari Rayaku!

Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta anda sekiranya sepanjang perkenalan kita, diri ini pernah mengucapkan kata-kata yang tak sepatutnya secara sedar atau tidak sedar. 0-0 ok! Amacam sambutan raya pada tahun ni? Ohsem tak? Banyak dapat duit raya? Tak dapat? Atototo. Sedarlah awak-awak tu dah bekerjaya. Memang patut pun tak dapat duit raya. #Eh, sebenarnya terkena pada diri sendiri jugak. Tahniah! 

Sebenarnya dah tak kisah sangat tapi yelah cuma macam pelik sikit banyak pun ada sebabnya boleh dikatakan setiap tahun ada saje yang sudi hulurkan duit raya kepada diri ni. Tapi memandangkan dah bekerja rasanya memang patut pun kita yang bagi duit raya dekat bebudak termasuklah parents, adik-beradik dan sepupu-sepapat semua. Janggal? Tipu kalau tak janggal. Wa cool beb! Tahniah kepada sesiapa yang dah dapat duit raya dari ku. hehehe. 

Eh, sebelum berleter panjang nak bagitahu ni, rasanya entry ni bakal berjela-jela. Nak baca, terima kasih daun keladi. Bagi yang taknak tu nampak tak tanda "X" kat sidebar sebelah kanan tu. Peace! Baiklah, mari kita mulakan dengan apa yang terjadi pada hari raya pertama. 

Seperti tahun-tahun yang lepas, rumah kami senantiasa akan dipenuhi dengan sanak-saudara kedua belah keluarga ayah dan mak. Alhamdulillah! Penuh rumah dari pagi lepas sembahyang raya sampailah tengah malam. Penat? Jangan ceritalah tapi positifkan diri. Raya setahun sekali ye dok? Sempat pakai baju raya sampai tengahari je then terus tukar tshirt dan tracksuit. Lagi senang nak buat keje sebenarnya. Famili datang semua tanya "mana baju raya kamu?". Jawapan senang je "dok tergantung dalam bilik." haha. Hari raya pertama memang tak ada gambar famili langsung. Serius beb! Sedih pun hado haaa. Sebelah pagi famili belah ayah datang dulu sebab kami semua duduk dekat-dekat. Sebelah petang famili mak pula. Happening sangat! Syukur alhamdulillah.

 
Oh ya, hari tu jugak rupanya birthday salah sorang cazen aku yang kecik. Happy birthday, Dina! Angah doakan semoga Dina membesar dan terus membesar serta jadi anak solehah ye budak! Muahhh bebanyak! Keh3x.

 
 
Dapat pulak favourite kek. Chocolate indulgance! Yabedabedu.. Eh, korang layan dulu gambar-gambar kat bawah ni ye. Tak ada idea pulak nak menaip. Heee.

dari kiri : nazihah, ayong, qihah & mak anjang
dari kiri : che' jie, anis, adik, irfan, farah & acu
dari kiri : apik, che' yah (bawah apik), mak tam, che' din & danis
our big family! sebelah emak. 
Selesai raya pertama. Alhamdulillah. :) Now, proceed ke raya kedua. Selepas melawat kubur arwah atok, opah, pakcik, makcik dan abang sedara sebelah ayah terus bersiap-siap beraya ke rumah sedara sebelah ayah. Memandangkan raya kedua tu jatuh pada hari jumaat, maka terhadkan dahulu aktiviti beraya. Lepas tu baru kita sambung semula. Tepat pukul 3 petang pulanglah kami ke kampung tercinta sebelah mak. Oooo balik kampung! Dekat aje pun. Dekat area pengkalan, Ipoh nun ha je. Tak singgah rumah opah terus sebabnya mak yang buat makan-makan tuk famili kitorang. Nasi ulam baq ang. First time rasa nak ulam sebenarnya. Not bad and I loike! Alorh, tak ada gambo la pulak. Sedih! 


Kenyang melantak nasi ulam, bihun goreng, sosej, nuget dan segala macam kuih diorang decide nak pegi beraya dekat Malim Nawar pulak. Alang-alang beraya terus melawat atuk sedara. Sakit sejak puasa akibat jatuh kalau tak silap aku la. Semoga cepat sembuh ye atok sedara. :) Macam biasa la kan, kalau dah namanya raya mesti makan, makan, makan dan makan! Kami dijamu dengan kuih-muih yang pelbagai ditambah lagi dengan mee goreng. Laris baq ang. Semua lapo agaknya. Padahal baru lepas melantak macam-macam kat rumah mak yang. Apa pun tak leh la kome ni.

raya bersama syidah!  
Macam biasa sebelum balik gambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan kami di Malim Nawar ni. 

  

Kembara raya keluarga Hajah Sabariah diteruskan lagi ke rumah famili di Batu Gajah. Masa ni rasa kenyang tu dah mula terasa. 3 buah rumah keluarga Batu Gajah kami beraya sekali gus. 

kami semua di Batu Gajah
Yahoo! seronok jumpa sanak-saudara dalam masa 2 hari ni. Paling seronok sebabnya adik-beradik sebelah mak semuanya balik beraya kat rumah opah tahun ni. Syukur! Hai, pengembaraan rayaku diteruskan pada hari raya ketiga. Mak nyah (adik mak) dah bagitahu awal-awal kosongkan perut sebabnya dia nak buat makan-makan untuk kami semua pada pagi tu. Yabedabedu. Makan free lagi. Makin mengembanglah badan. Adik-beradik mak, dan opah dah pergi dulu sebabnya memasing nak balik raya kat rumah mentua pulak. Usai makan diorang terus balik. Tinggallah kami 4 beranak kat rumah opah sebabnya famili sebelah Batu Gajah nak datang beraya kat rumah opah. Mak minta diorang ikut kitorang pergi rumah maknyah sebabnya semua dok berkumpul kat sana. Dekat tengahari baru diorang sampai. Nasib lah pagi tu bibik sediakan nasi goreng. 

Pukul 11.30 pagi, diorang pun dah sampai then terus pergi rumah maknyah. 10 min aje dari rumah opah. Sampai sana memang tak pikir lain dah. Ambil pinggan letak nasi lemak then makan. Kenyang! Cazen kata "laponya angah". Perli aku nampak. Hahaha. 

bergambar dengan keluarga Batu Gajah. Sila cari saya!
Sebelah petang, opah sedara sebelah rumah opah buat makan-makan. Makan lagi! Kali ni kami dijamu dengan nasi ayam u'olss. Terliur tak?


Lepas tu terus balik ke rumah sebab sebelah malamnya pulak keluarga maknyah sebelah ayah buat open house. Catering by Pakeza Restaurant. Ada kambing panggang, ayam panggang, nasi beriani, abc dan macam-macam lagi lah. Tapi malam tu boleh makan nasi beriani je sebabnya memang dah kenyang dari pagi lagi. Weh, penatlah nak taip. Korang layan je la gambar-gambar ni ye. Have fun

dari atas sebelah kiri : kak ida, kak lita & kak lia
dari bawah sebelah kiri : mak, aku & ayong
bersama cazen yang sengal!
  
 
  

Selesailah sudah ceritera kembara raya saya dan ahli keluarga di kedua belah pihak. Rasanya masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua. Semoga ikatan yang terjalin ini akan terus terjalin sehingga akhir hayat. Salam ukhwah dariku. 

Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin. 

0 org mengomel :):